Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2014



Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.k, selamat sejahtera dan Selamat
menyambut Hari Guru tahun 2014
Yang Berusaha Pn Rahimah bt Omar, Guru Besar Sk Taman Klang Jaya,
Yang Berusaha Pn. Hjh Rohana bt. Ismail , GPK Pentadbiran, Pn. Siti Natasha bt. Hj Mohamed
GPK Hal Ehwal Murid, Pn. Saadiah bt Harun, GPK Kokurikulum, Pn. Siti Wan Nor bt Abdul
Rasit GPK Pendidikan Khas
Yang Dihormati Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru SK Taman Klang Jaya,
Yang Dikasihi para pelajar dan para pelajar SKTKJ
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya , dapatlah saya
menyampaikan ucapan dan penghargaan kepada semua guru dan para pelajar hari ini,
sempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah.
GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Tema Hari Guru pada tahun ini bukan sahaja kedengaran indah tetapi juga
mencerminkan guru sebagai agen perubahan yang sangat penting dalam masyarakat. Apa yang
menjadi ukuran, bukannya kekayaan harta, kemewahan hidup, tetapi kemenjadian pelajar yang
menjadi penilaian.
Pencapaian dan kecemerlangan seluruh hidup pelajar yang menjadi tumpuan. Kemurnian hati
pelajar, tingkah laku yang sopan dan segala aspek yang berkaitan dengan pelajar adalah fokus
utama para guru.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, demikianlah perbandingan yang mengaitkan
didikan dan ajaran para guru untuk melahirkan para pelajar yang berpotensi, berbakat dan
cemerlang.

Saya selaku YDP PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
para guru, bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun 2014. Sungguh bertepatan
sekali tema pada tahun ini, GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI
Sebagai wakil ibu, bapa dan penjaga pelajar, kami amat menyedari kegigihan para guru untuk
menyerlahkan lagi kemampuan para pelajar. Para guru berperanan serta bertanggungjawab
untuk mengembangkan minat para pelajar dalam bidang masing-masing. Sebagai guru, besar
sungguh peranan para guru. Para guru jugalah yang amat menyedari kesungguhan para pelajar
dalam merealisasikan impian masing-masing. Pelajar merupakan tunjang negara pada masa
hadapan. Para pelajar juga mesti menanamkan azam untuk mencapai kecemerlangan.
Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa
akan datang. Dengan tujuan membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Namun
demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang
semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan
golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang
dari segi jasmani , emosi, rohani, intelek dan sosial.
Pn Guru Besar dan para guru yang dihormati,
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada para guru di SKTKJ yang terus
berusaha dengan gigih dan cemerlang demi tanggunggjawab dan amanah yang sangat besar
serta bermakna kepada masyarakat, agama dan Negara.
Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK
Taman Klang Jaya. Terima kasih daripada kami para ibu bapa , penjaga pelajar. Teruskan
usaha murni dan disanjung tinggi guru-guru dalam bidang pendidikan.

Selamat Hari Guru kepada semua guru di SKTKJ GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA
INOVASI

Sekian, terima kasih. Wabilahitaufiq, walhidayah. Assalamualaikum warahmatulllah w.b.k

Anda mungkin juga menyukai