Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum w.b.t...

Yang saya hormati Guru Penolong Kanan 1 Encik Zainuddin Bin Noh, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Puan Fazilawati Binti Samsudin, GPK Ko-kurikulum Encik Mohamad
Halim Bin Isa, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana telah mengizinkan kita bersama-sama dalam majlis
perasmian bulan kemerdekaan yang ke-64 peringkat sekolah Sk Bandar Easter 2021.

Hari Kemerdekaan pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema ini amat bertepatan
dengan aspirasi yang didukung kerajaan ini, bahawa seluruh rakyat MALAYSIA, sama ada
penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-
sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19. Manakala PRIHATIN menunjukkan
inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat
Malaysia.

Sebagai warganegara, kita seharusnya berasa bertuah menjadi sebahagian daripada rakyat
negara yang berdaulat dan merdeka kerana kita dapat mengecapi kehidupan dalam suasana yang
harmonis, aman serta sejahtera. Dengan nikmat kemerdekaan, rakyat di negara ini hidup lebih
selesa, harmoni dan makmur serta bertolak ansur dalam menjalin hubungan sekali gus perpaduan
kaum. Perpaduan adalah suatu nikmat yang amat berharga dan tidak ternilai harganya.
Oleh itu, ia perlu dibelai, dipupuk dan dipelihara dalam diri kita semua agar kemerdekaan
Malaysia dapat dipertahankan sampai bila-bila walaupun jasad, nyawa serta maruah menjadi
taruhan.

Apabila kita mengibarkan Jalur Gemilang, secara tidak langsung dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan kita semua tanpa mengira latar belakang agama yang kita anuti,
warna kulit yang menyalut tubuh badan kita, pangkat atau darjat. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Kata-kata azimat tersebut sudah cukup menggambarkan betapa kita perlu bersatu hati.
Sejarah telah membuktikan betapa keagungan sesuatu empayar itu bukan hanya terletak kepada
kepimpinan yang bijak bestari semata-mata tetapi semangat jati diri dan permuafakatan rakyat.
Sebagai generasi muda, murid-murid juga perlu insaf bahawa dalam ledakan era
globalisasi ini, mereka perlu mempunyai ketahanan mental bagi menghadapi cabaran yang
membabitkan penjajahan minda oleh pengaruh asing. Semua pelajar perlu melengkapkan diri
dengan semangat patriotisme yang tinggi agar menjadi lebih kompetitif dan dinamik.

Sebagai murid7r4murid7r4 yang pintar dan matang jangan mudah terpengaruh dengan
perkara-perkara yang nagatif seperti bergaduh, mendengar hasutan kawan, mencuri, minum
minuman keras, manjadi mat rempit, menceroboh asrama perempuan atau lelaki dan sebagainya
yang menunjukkan akal fikiran kita dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat. Sebaiknya kita bersatu
antara satu sama lain jika ada kawan-kawan yang berniat seperti itu lebih baik kita nasihat-
menasihati antara satu sama lain dan mengelakkan dari tindakan disiplin dari pihak sekolah.

Para pelajar sekalian. Maksud satu hadis : Berkawan dengan individu pintar seperti
berdiri di sisi penjual minyak wangi. Jika tidak dapat minyaknya tercium juga wanginya, jika
berkawan dengan individu jahil seperti berdiri dekat dengan tukang besi, jika tidak kena baranya,
kena juga asapnya. Apabila ingin cemerlang pilihlah kawan yang membantu kita mencapai
matlamat kearah kecemerlangan. Jika kita salah pilih kawan, kita akan kecundang.

Guru-guru dan para pelajar sekalian. Berbagai cara orang menyambut kemerdekaan.
Tetapi kita disini, marilah kita sama-sama menyambut kemerdekaan dengan rasa bersyukur dan
mengikuti program-program yang diatur oleh jawatan kuasa guru dengan penuh keinsafan,
bahawa kita dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan keseronokan, bergembira, kebebasan
tanpa rasa takut dan bimbang.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program bulan kemerdekaan ke-64 ini.
Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Perasmian Bulan
Kemerdekaan bertemakan ” maya” Peringkat Sk Bnadar Easter bagi tahun 2021.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai