Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum (w.b.

t)
Salam sejahtera

Yang Berbahagia Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican , Ahli Parlimen Kepala Batas
merangkap Timbalan Menteri Luar Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Nasir bin Talib
selaku Yang Di Pertua PIBG Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, Yang Berusaha Naib Yang
Di Pertua PIBG, Encik ……………………, Yang dihormati barisan ahli jawatankuasa PIBG,
barisan guru penolong kanan, warga pendidik SK Hashim Awang seterusnya tuan-tuan dan
puan-puan para waris yang diingati sekalian.
Syukur dipanjatkan kehadrat Allah (s.w.t) kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul di
Dewan Harmoni pada hari ini sempena Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Hashim
Awang kali yang ke-44.

Yang Berbahgia Dato’ Seri , Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,


Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Dato’ Seri
Reezal yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke majlis ini dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-44. Kehadiran Dato’ Seri pada hari ini sesungguhnya
memperlihatkan kepada kita jiwa seorang pemimpin yang yang amat cakna akan kepentingan
pendidikan kepada anak-anak khususnya di kawasan Kepala Batas ini.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP , NYDP PIBG serta semua ahli
jawatankuasa PIBG yang telah memberi komitmen yang padu kepada pihak sekolah dalam
memastikan segala aktiviti dan perancangan yang disusun meliputi segenap bidang berjalan
dengan lancar dan teratur.
Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dapat hadir pada pagi ini, Syabas dan Tahniah
saya ucapkan. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ini sesungguhnya amat dihargai kerana di
sinilah medannya untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dan melontarkan idea yang
bernas bagi kemajuan anak-anak kita di sekolah ini. Sesungguhnya pihak sekolah amat
memerlukan buah fikiran dan sokongan yang padu daripada pihak para waris dalam
merencanakan pelbagai program khusus untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-
anak di sekolah ini. Saya percaya dengan kesungguhan dan iltizam yang padu dalam kalangan
para waris dan barisan guru, IsyaAllah , apa yang bakal direncanakan ini bukanlah sekadar
hanya sebuah fatamorgana cuma.

Dato’ Seri serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Sebagai pentadbir sekolah ini, saya amat mengharapkan wujudnya pemuafakatan yang utuh
dalam kalangan para guru dan pihak ibu bapa. Hal ini demikian kerana ia merupakan kunci
kejayaan PIBG dan sekolah bagi menggembling tenaga ke arah kemajuan dan kecemerlangan
selari dengan visi dan misi yang telah digariskan.
Kerjasama yang erat dapat diterjemahkan menerusi penglibatan para waris dalam Program
Sarana Sekolah. Salah satu elemen yang boleh diperkasakan ialah Penglibatan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK). Melalui PIBK misalnya, sekolah dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab
yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan pembelajaran berkualiti untuk
murid. PIBK juga dapat memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak di sekolah ini. Hal ini bertepatan dengan inisiatif penting
di bawah anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang menekankan
peri pentingnya elemen PIBK dalam komuniti sekolah.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia kini berada dalam Gelombang Kedua.
Gelombang Kedua PPPM kini terarah kepada keberkesanan dan pelaporan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang lebih menjurus kepada kemenjadian murid secara holistik.
Justeru, ukuran kemenjadian murid adalah berdasarkan pencapaian mereka dalam empat domain
penting iaitu Penilaian Pusat (PP), Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).Bagi merealisasikan hasrat
ini maka pihak sekolah dan ibu bapa perlulah sama-sama berganding bahu untuk merealisasikan
hasrat seperti mana yang termaktub dalam anjakan ke-9 PPPM.
Akhir kata, saya mengharapkan jawatankuasa yang dipilih pada mesyuarat agung pada kali ini
dapat menggalas segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan jayanya demi memastikan
kesinambungan kecemerlangan akan sentiasa berterusan.
Bagi mencapai hasrat itu, Amin menjelaskan, Gelombang Kedua PPPM
melihat kepada keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dengan tidak menumpukan kejayaan seseorang
murid atau pelajar berasaskan peperiksaan.

Tambahnya, bermula darjah satu sehingga tingkatan tiga, ukuran


kemenjadian pelajar dan murid berdasarkan tahap pencapaian mereka yang
dianalisis sukan, kokurikulum, personaliti dan minat kerjaya.

. Harus juga diingatkan, kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula dari rumah. Sebagai ibu
bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai murni dan
mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas
tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab bersama
antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu
sepenuhnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap
proaktif untuk menyumbangkan usaha ke arah tersebut. Selain membantu dalam kebajikan anakanak
didiknya, guru juga berperanan dalam kejayaan sesebuah sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama
yang baik dan erat telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG di sekolah ini. Tahniah kepada
penerajunya, YDP dan Ahli-ahli Jawatankuasanya. Tuan-tuan dan puan-puan, Sebelum mengakhiri
ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis
pada pagi ini dan mengucapkan syabas serta tahniah kepada AJK PIBG yang bakal dilantik sebentar lagi.
Tunaikanlah amanah itu dengan rasa sukacita dan tanggungjawab demi kecemerlangan anak-anak kita
bersama. Harapan saya, semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 ini dapat berjalan dengan lancar dan
teratur hingga ke penghujungnya.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinya kita dapat mengadakan Majlis
Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38 khusus bagi Sekolah Kebangsaan Alai.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir pada Mesyuarat Agong
PIBG kali ke 38 ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan
misi Sekolah Kebangsaan Alai untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah pelajar.
Majlis pada pagi ini juga amat bermakna, kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bertemu untuk
berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai