Anda di halaman 1dari 5

Dasar-dasar Panitia Bahasa Malaysia

1. Mengajar Mengikut Modular


Pada asasnya melalui sistem KSSR, mata pelajaran Bahasa Malaysia perlu
diajar secara Modular iaitu satu kemahiran atau aspek dalam satu hari dan
diajar sekurang-kurangnya 75% peruntukan masa bagi satu-satu kemahiran
itu.
Namun, sejajar dengan awasan sekolah untuk memastikan prestasi
murid terus dijaga dari sudut pengetahuan yang meluas dalam aspek
penulisan dan pemahaman, maka jadual pembelajaran dianjalkan:

(a) Kemahiran Membaca


75% pengajaran adalah untuk mencapai objektif Standard Pembelajaran
harian manakala 25% adalah berfokus kepada penulisan (Bahagian A
atau Bahagian C).

(b) Kemahiran Menulis


75% pengajaran adalah untuk mencapai objektif Standard Pembelajaran
harian manakala 25% adalah berfokus kepada penulisan (Bahagian B).

(c) Kemahiran Dengar Tutur


75% pengajaran adalah untuk mencapai objektif Standard Pembelajaran
harian manakala 25% yang selebihnya harus dititikberatkan kepada
latihan pemahaman dan tatabahasa.

(d) Aspek Tatabahasa (Minggu Ganjil)


100% masa diperuntukkan untuk pengajaran tatabahasa.
(e) Aspek Seni Bahasa (Minggu Genap)
75% pengajaran adalah untuk mencapai objektif Standard
Pembelajaran harian manakala 25% yang selebihnya harus
dititikberatkan kepada latihan pemahaman dan tatabahasa.

2. Senarai Buku yang Digunakan


Selain buku teks, panitia menetapkan beberapa buah buku untuk
digunakan oleh murid pada tahun 2015:
Tahun 6

1. Buku Latihan berpandukan Buku Teks


2. Buku Latihan Soalan Berformat UPSR
3. Buku Latihan Tatabahasa Topikal (Panitia)
4. Buku Latihan Bahagian B (Panitia)

Tahun 4 dan 5

1. Buku Latihan berpandukan Buku Teks


2. Buku Latihan Tatabahasa Topikal (Panitia)
3. Buku Latihan Bahagian A (Panitia)
4. Buku Latihan Bahagian B (Panitia)
5. Buku Latihan Bahagian C (Panitia)

3. Bilangan Latihan ( Target Minimum )

Tahun 6
i. Ejaan - sekali seminggu (bilangan perkataan mengikut kesesuaian
kelas dan perkara yang diajar. Pilihan seperti kosa kata, nilai
murni, kata kerja, simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya)
ii. Karangan – sekali seminggu:
a. Minggu 1 – buku Bahagian B
b. Minggu 2 – murid mengarang sendiri
iii. Bina ayat – sekali seminggu
a. Minggu 1 – menyenaraikan kata kerja berdasarkan gambar
atau menyenaraikan kata kerja berdasarkan situasi
b. Minggu 2 – murid membina ayat sendiri
iv. Ulasan – sekali seminggu
a. Menyatakan nilai murni berdasarkan ayat-ayat pernyataan
atau daripada petikan
b. Menulis ayat-ayat ulasan
c. Menulis ulasan dalam bentuk satu perenggan
v. Format UPSR (40 soalan Objektif)
a. seminggu sekali – mengikut kesesuaian dari segi bilangan
latihan yang diberikan (sama ada 10, 20, 30 atau 40 soalan
seminggu)
vi. Latihan Tatabahasa dan Pemahaman Topikal
o seminggu sekali – mengikut kesesuaian dari segi bilangan
latihan yang diberikan (sama ada 10, 20, 30 atau 40 soalan
seminggu dan bilangan petikan pemahaman yang sesuai)
vii. Buku Teks dan Latihan Tahun 6 - dua minggu sekali (selang seli
atau digunakan serentak)
viii. Program FROGVLE – upload satu site seminggu sekali dan minta
murid siapkan latihan tersebut melepasi hari minggu
ix. Cadangan Pengajaran Modular
Isnin – Ejaan / Buku Topikal
Selasa – Format UPSR / Buku Teks / Buku Latihan Tahun 6
Rabu – Karangan (Buku Bah. B atau Buku BM3)
Khamis – Bina Ayat
Jumaat - Ulasan
x. Buku Teks dan Buku Latihan Tahun 6 dibawa ke sekolah setiap hari

Tahun 4 dan 5
i. Ejaan - sekali seminggu (bilangan perkataan mengikut kesesuaian
kelas dan perkara yang diajar. Pilihan seperti kosa kata, nilai murni,
kata kerja, simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya)
ii. Karangan – sekali seminggu:
a. Minggu 1 – buku Bahagian B
b. Minggu 2 – murid mengarang sendiri
iii. Bina ayat – sekali seminggu (latihan berdasarkan buku Bahagian A)
iv. Ulasan – sekali seminggu (Latihan berdasarkan buku Bahagian C)
v. Latihan Tatabahasa dan Pemahaman Topikal
a. seminggu sekali – mengikut kesesuaian dari segi bilangan
latihan yang diberikan (sama ada 10, 20, 30 atau 40 soalan
seminggu dan bilangan petikan pemahaman yang sesuai)
vi. Buku Teks dan Latihan 4A / 5A – dua minggu sekali (selang seli atau
digunakan serentak)
vii. Program FROG-vle – upload satu site seminggu yang melepasi hari
minggu
viii. Cadangan Pengajaran Modular:
1. Isnin - Kemahiran dengar tutur
(ejaan / Buku A-bina ayat)
2. Selasa - Kemahiran membaca
(Buku Topikal / Buku Teks / Buku Latihan 4A / 5A)
3. Rabu - Kemahiran menulis
(Buku B - karangan / ejaan / Buku Latihan 4A/ 5A)
4. Aspek seni bahasa
(Buku C / Buku Teks / Buku Latihan 4A/ 5A)
5. Aspek tatabahasa
(Buku Topikal / Buku Teks / Buku Latihan 4A/ 5A)

4. Jenis Buku Rampaian BM


(a) Buku Rampaian Tahun 6:
- BM1 (Latihan Tatabahasa / Pembetulan dari buku latihan)
(buku rampaian pendek)
- BM2 ( ejaan / rencana / imlak )
(buku rampaian pendek)
- BM3 (Karangan – yang ditulis sendiri oleh murid) (buku nota sains)
- BM4 ( Latihan bahagian A dari buku format UPSR)
- BM5 ( Latihan bahagian B dari buku format UPSR)
(b) Buku Rampaian Tahun 4 dan 5:
- BM1 (Latihan Tatabahasa / Pembetulan dari buku latihan)
(buku rampaian pendek)
- BM2 ( ejaan / rencana / imlak )
(buku rampaian pendek)
- BM3 (Karangan – yang ditulis sendiri oleh murid)
(buku nota sains)

5. Cara Murid Menulis Latihan dan Muka Surat Hadapan


i. setiap buku rampaian mesti ada format m/s hadapan yang ditetapkan.
(rujuk lampiran)
ii. setiap latihan baharu mesti ditulis tarikh oleh murid.
iii. Setiap latihan yang diberikan oleh guru mestilah dalam buku khusus dan tidak
dicampuradukkan di dalam pelbagai buku.

6. Cara Penyemakan Guru


i. Guru dimestikan menyemak dan menanda latihan murid satu persatu.
ii. Semua buku latihan murid mesti disemak dan ditanda oleh guru kecuali
soalan objektif daripada buku format UPSR atau Buku Topikal tetapi mesti
ditandatangani oleh guru sebagai bukti penyemakan.
iii. Semua latihan yang telah disemak perlu dibuat pembetulan oleh murid
dan turut disemak oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai