Anda di halaman 1dari 40

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

TUNAS
KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL UJIAN KENAIKAN


PANGKAT LANS KOPERAL
PERINGKAT SEKOLAH

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 1


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

BUTIRAN DIRI Gambar

NAMA PENUH :

TARIKH LAHIR :

ALAMAT SEKOLAH :

ALAMAT TEMPAT TINGGAL :

NO TEL (KECEMASAN) :

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 2


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

PENGENALAN

Sejarah Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi
sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala
Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah sepertimana Kadet Remaja
Sekolah (KRS) untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan
adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana
TKRS merupakan KRS di peringkat awal (Sekolah Rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta
perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan,
pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali
dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Logo Tunas Kadet Remaja Sekolah

Maksud Logo
 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta
matang dan rasional dalam semua tindakan.
 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan
latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara
yang tercinta.
 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia.
 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 3


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Bendera Tunas Kadet Remaja Sekolah

Lagu Tunas Kadet Remaja Sekolah

Kadet Remaja Sekolah


Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi


Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja, sambutlah cabaran


Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja, hayati budaya


Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Lagu: Mejar Muhammad Thani B. Shaaban


Lirik: Left. Ustaz Roslan B. Abd. Rahman

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 4


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL A

i) KEROHANIAN - Sirah Rasulullah SAW


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( ‫نب محمد صىل هللا عليه وسلم‬
‫ ) ي‬adalah pesuruh
Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu
anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus
dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang
mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan
tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi
Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam.
Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (‫ )األمي‬yang
bermaksud 'yang terpuji'.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk
mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung
yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai
oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan
bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 5


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid 1, halaman 184-187
menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada
orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-
Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi
berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40
tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan
sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun
11H/ 8 Jun 632M.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 6


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

ii) PENDIDIKAN MORAL - Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31


Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei
1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Perisytiharan
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
 Memelihara cara hidup demokratik
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama
 Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak
 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan Kepada Tuhan


Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa
dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah
agama Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang
di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda,
Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 7


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan
kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu
kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu
atau mana-mana pihak

Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi
undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-
undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan
dipertahankan. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan


Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya adalah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Prinsip ini menjadi
panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 8


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL B
i) Asas Kawad Kaki (Kawad Statik)

BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI


BIL PERGERAKAN BAHASA HUKUMAN KETERANGAN CATATAN

1. BUKA BARISAN “Buka Barisan....... Barisan hadapan ambil dua Masa;


Gerak” langkah ke hadapan, iaitu langkah 1 – kaki kanan
kaki kanan ke hadapan 30 inci dan 2 – kaki kiri
kaki kiri 15 inci, kemudian angkat 1 – kaki kanan
kaki kanan dan hentak di sebelah hentak
kaki kiri kepada kedudukan sedia.

Barisan belakang ambil dua


langkah ke belakang mulai kaki
kanan diikuti kaki kiri, kemudian
angkat kaki kanan dan hentak di
sebelah kaki kiri kepada
kedudukan sedia.

Masa bergerak bilang;


(1-2-1)

2. MEMBETULKAN “Ke kanan..... Lurus” Penanda kanan diam. Yang lain


BARISAN langkah* kaki kanan 6 inci ke
hadapan dan angkat kaki kiri
serta hentak disebelah kaki
kanan, kedua-dua tangan lurus
dan rapat ke badan.

Diam dan kira masa sendiri (2-1).


Kemudian palingkan muka ke
kanan; melainkan anggota yang
nombor satu dalam setiap
barisan; serentak dengan itu
anggota dalam barisan hadapan
angkat tangan ke paras bahu

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 9


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

melalui sebelah belakang


anggota di kanannya, jari
genggam dalam keadaan ibu jari
di kedudukan atas mencecah
bahu anggota di sebelah kanan.

Diam dan kira masa sendiri,


(2-1), diikuti dengan hentak kaki
“pendek-pendek” sehingga
barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam.


Anggota di sebelah kanan
barisan tengah dan barisan
belakang hendaklah mengangkat
tangan sekadar menyentuh bahu
anggota di hadapannya. Setiap
barisan ini hendaklah berdiri
bersetentang dengan anggota-
anggota di hadapan. Sesudah
barisan lurus, semua diam dan
tunggu hukuman pandang depan.

“Pandang...... depan” Palingkan muka ke hadapan dan


turunkan tangan ke sebelah
rusuk serentak dengan pantas.

3. Melapor Ketua platun memberi laporan

4. “Bergerak ke kiri, Dengan menetapkan kedua-dua


Kiri....... Pusing” lutut lurus, hendaklah berpusing
sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas
tumit kaki kiri dan hujung kaki
kanan dengan mengangkat

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 10


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

hujung kaki kiri dan tumit kaki


kanan.

Apabila sampai ke hala yang baru


tapak kaki kiri terletak atas bumi
menyerong ke kiri dan tumit kaki
kanan terangkat.

Kedua-dua lutut lurus, badan


tegak seperti kedudukan sedia .

Keberatan badan di atas kaki kiri.


Angkat kaki kanan dan hentak di
sebelah kaki kiri dengan pantas
kepada kedudukan sedia.

5. BERPUSING KE “Bergerak ke kanan , Dengan menetapkan kedua-dua


KANAN/ KIRI/ Belakang...... Pusing” lutut lurus, hendaklah berpusing
BELAKANG 180 darjah mengikut pusingan
jam (ikut bahu kanan) , di atas
tumit kaki kanan dan hujung kaki
kiri dengan mengangkat hujung
kaki kanan dan tumit kaki kiri.

Apabila sampai ke hala yang baru


tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke kanan dan
tumit kaki kiri terangkat.

Kedua-dua lutut lurus, badan


tegak seperti kedudukan sedia .

Keberatan badan di atas kaki


kanan. Angkat kaki kiri dan
hentak di sebelah kaki kanan
dengan pantas kepada
kedudukan sedia.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 11


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

“Menghadap ke
6. belakang, kanan.......
pusing”
“Menghadap ke
7. hadapan,
belakang...... pusing”
“Bergerak ke kiri, kiri
8. ...... pusing”

9. “Tutup Barisan...... Barisan hadapan ambil dua


Gerak” langkah ke belakang dan barisan
belakang ambil dua langkah ke
hadapan. Pergerakannya adalah
serupa seperti
“Buka Barisan...... Gerak”

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 12


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL C
a) Kemahiran Tali Temali
Asas Simpulan
i. Simpulan Buku Sila

Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar.


Mematikan ikatan pada bungkusan.
Mematikan ikatan semasa membalut luka.

ii. Simpulan Tindih Kasih

Berguna terutama untuk tujuan menyelamat dan menjerut.

iii. Simpulan Bunga Geti

Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saiznya.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 13


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

iv. Simpulan Angka Lapan

Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal.
Lebih berguna kerana mudah dibuka.

v. Simpulan Lilit Dua Simpul

Digunakan untuk mengikat perahu dan bot yang berlabuh.


Boleh juga digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau kayu.
Digunakan juga untuk mengikat hujung tali khemah pada pancangnya.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 14


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

vi. Manuk

Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.


Simpulan yang digunakan tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat
ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memula dan mematikan ikat seraya dan ikat silang gunting.

Asas Ikatan

i. Ikatan Serong

Digunakan untuk membina jambatan, menara, gajet, dan aktiviti pioneering.


Apabila kayu atau buluh yang digunakan itu dalam keadaan bersilang, ikat serong
digunakan.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 15


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

ii. Ikatan Seraya

Digunakan semasa membina jembatan, menara dan aktiviti pioneering.


Digunakan apabila kayu atau buluh itu bersudut tepat.

iii. Ikatan Pengail

Digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
Kegunaan ikatan ini sama seperti simpul belit.
Ikatan pengail lebih kuat dan selamat berbanding dengan simpul belit.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 16


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

iv. Ikatan Silang Gunting

Digunakan dalam aktiviti pioneering.


Digunakan untuk menyambung dua batang tiang atau mengikat dua batang kayu.
Apabila digunakan untuk menyambung dua batang tiang ikat silang gunting dibuat
dua kali.

v. Ikatan Silang Tungku

Digunakan untuk membuat gejek dan menyambung kayu.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 17


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL D
a) Mengenali Kompas / Orienteering

KEGUNAAN KOMPAS
1. Menentukan arah perjalanan.
2. Menyelaraskan peta.
3. Mengukur bearing di atas peta.
4. Mencari bearing objek di atas muka bumi.

BAHAGIAN KOMPAS
1. Tapak kompas
2. Perumah kompas
3. Jarum magnetic
4. Garisan melintang
5. Mata angin
6. Tanda arah

b) Terminologi Dan Alatan

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi
menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)


Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

ii. Penanda kawalan (Control marker)


Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod
Kawalan.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 18


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

iii. Kad kawalan (Control card)


Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu
diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)


Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 19


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

v. Keterangan kawalan (Control description)


Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 20


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

vi. Landasan (Course)


Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan
yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan
disalin oleh peserta kemudiannya.
. Tanda yang berkenaan landasan adalah
. itik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
. Titik kawalan dengan tanda bulatan.
. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)


Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 21


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL E
Pertolongan Cemas (Bantu Mula)

Merupakan bantuan awal atau rawatan yang diberi kepada orang yang sakit atau cedera
(dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar berkelayakan.

BEBATAN
Pembebatan dilakukan untuk menutup luka dengan tujuan untuk memberhentikan pendarahan
serta memastikan luka bersih dan mencegahnya daripada tercemar.
Kain bebat boleh disuci hama bagi memusnahkan sebarang bakteria. Kebiasaannya, ia
dibungkus atau ditutup rapat dalam bungkusan kedap udara dan sedia untuk diguna.
Kain bebat seharusnya diperbuat daripada kain kapas yang halus, putih serta tidak berbulu.
Bahagian dalam sapu tangan yang bersih atau kertas tisu boleh disesuaikan penggunaannya jika
perlu.

Menggunakan bebatan.

 Cuci tangan sebelum menyentuh luka atau kain bebat


 Guna kain bebat yang menutupi keseluruhan luka tersebut
 Memegang kain bebat di sebelah tepi
 Tambah alas pada luka supaya lebih selesa dan lapik bersama-sama kain balutan

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 22


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

IKATAN ANDUH
Apabila mengikat anduh, gunakan lipatan buku sila kerana ia adalah ikatan yang rata, kemas
dan tidak mudah lucut.

Ingat!!!!

Kiri Atas Kanan….

Kanan Atas Kiri

BALUTAN
Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada
kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada
bahagian 2 penjuru bertentangan.

Lipatan Anduh Tiga Segi


 Lipatan lebar - menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.
 Lipatan kecil - menutup bebatan luka kecil.
 Lipatan pelapik - pelapik padat untuk mengawal pendarahan

Lipatan Anduh Tiga Segi

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 23


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Anduh leher dan siku

Anduh tapak tangan dan tapak kaki

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 24


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL F
i) Kerohanian

a) Asma Ul Husna
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) :
1. Ar-Rahmaan: ( ‫ ) الرحمن‬Maha Pengasih.
2. Ar-Rahim: ( ‫ ) الرحيم‬Maha Penyayang.
3. Al-Malik: ( ‫ ) الملك‬Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah.
4. Al-Quddus: ( ‫ ) القدوس‬Maha Suci.
5. As-Salaam: ( ‫ ) السالم‬Maha Penyelamat.
6. Al-Mu’min: ( ‫ ) المؤمن‬Maha Pengaman / Pemelihara keamanan.
7. Al-Muhaimin: ( ‫ ) المحيمن‬Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas.
8. Al-’Aziiz: ( ‫ ) العزيز‬Maha Mulia / Maha Berkuasa.
9. Al-Jabbaar: ( ‫ ) الجبار‬Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya.
10. Al-Mutakabbir: ( ‫ ) المتكب‬Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran.
11. Al-Khaaliq: ( ‫ ) الخالق‬Maha Pencipta.
12. Al-Baari’: ( ‫ ) البارئ‬Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan.
13. Al-Mushawwir: ( ‫ ) المصور‬Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk.
14. Al-Ghaffaar: ( ‫ ) الغفار‬Maha Pengampun.
15. Al-Qahhaar: ( ‫ ) القهار‬Maha Pemaksa.
16. Al-Wahhaab: ( ‫ ) الوهاب‬Maha Pemberi / Maha Menganugerah.
17. Ar-Razzaaq: ( ‫ ) الرزاق‬Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki.
18. Al-Fattaah: ( ‫ ) الفتاح‬Maha Membukakan / Maha Pembuka.
19. Al-’Aliim: ( ‫ ) العليم‬Maha Mengetahui.
20. Al-Qaabidh: ( ‫ ) القابض‬Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang.
21. Al-Baasith: ( ‫ ) الباسط‬Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat.
22. AI-Khaafidh: ( ‫ ) الخافض‬Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /
Pengurang.
23. Ar-Raafi’: ( ‫ ) الرافع‬Maha Mengangkat / Maha Peninggi.
24. Al-Mu’iz: ( ‫ ) المعز‬Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi
Kemuliaan/Kemenangan.
25. Al-Muzil: ( ‫ ) المذل‬Maha Menghina / Pemberi kehinaan.
26. As-Samii’: ( ‫ ) السميع‬Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( ‫ ) البصب‬Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( ‫ ) الحكم‬Maha Menghukum / Maha Mengadili.
29. Al-’Adl: ( ‫ ) العدل‬Maha Adil.
30. Al-Lathiif: ( ‫ ) اللطيف‬Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus.
31. Al-Khabiir: ( ‫ ) الخبب‬Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( ‫ ) الحليم‬Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba.
33. Al-’Adzhiim: ( ‫ ) العظيم‬Maha Agung.
34. Al-Ghafuur: ( ‫ ) الغفور‬Maha Pengampun.
35. Asy-Syakuur: ( ‫ ) الشكور‬Maha Pembalas / Maha Bersyukur.
36. Al-’Aliy: ( ‫العىل‬
‫ي‬ ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 25


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

37. Al-Kabiir: ( ‫ ) الكبب‬Maha Besar.


38. Al-Hafidz: ( ‫ ) الحفيظ‬Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara.
39. Al-Muqiit: ( ‫ ) المقيت‬Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan.
40. Al-Hasiib: ( ‫ ) الحسيب‬Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung.
41. Al-Jaliil: ( ‫ ) الجليل‬Maha Luhur.
42. Al-Kariim: ( ‫ ) الكريم‬Maha Pemurah.
43. Ar-Raqiib: ( ‫ ) الركيب‬Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada.
44. Al-Mujiib: ( ‫ ) المجيب‬Maha Mengabulkan.
45. Al-Waasi’: ( ‫ ) الواسع‬Maha Luas Pemberian-Nya.
46. Al-Hakiim: ( ‫ ) الحكيم‬Maha Bijaksana.
47. Al-Waduud: ( ‫ ) الودود‬Maha Pencinta / Maha Menyayangi.
48. Al-Majiid: ( ‫ ) المجيد‬Maha Mulia.
49. Al-Ba’ithu: ( ‫ ) الباعث‬Maha Membangkitkan.
50. Asy-Syahiid: ( ‫ ) الشهيد‬Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui.
51. Al-Haq: ( ‫ ) الحق‬Maha Haq / Maha Benar yang kekal.
52. Al-Wakiil: ( ‫ ) الوكيل‬Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan.
54. Al-Matiin: ( ‫ ) المتي‬Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-
Nya.
55. Al-Waliy: ( ‫ ) الوىل‬Maha Melindungi.
56. Al-Hamiid: ( ‫ ) الحميد‬Maha Terpuji.
57. Al-Muhshii: ( ‫ ) المحىص‬Maha Menghitung / Maha Penghitung.
58. Al-Mubdi’: ( ‫ ) المبدئ‬Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal.
59. Al-Mu’iid: ( ‫ ) المعيد‬Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan.
60. Al-Muhyii: ( ‫المح‬‫ي‬ ) Maha Menghidupkan.
61. Al-Mumiit: ( ‫ ) المميت‬Maha Mematikan.
62. Al-Hay: ( ‫الح‬‫ ) ي‬Maha Hidup.
63. Al-Qayyuum: ( ‫ ) القيوم‬Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya.
64. Al-Waajid: ( ‫ ) الواجد‬Maha Penemu / Maha Menemukan.
65. Al-Maajid: ( ‫ ) الماجد‬Maha Mulia.
66. Al-Waahid: ( ‫ ) الواحد‬Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( ‫ ) األحد‬Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( ‫ ) الصمد‬Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan.
69. Al-Qaadir: ( ‫ ) القادر‬Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( ‫ ) المقتدر‬Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( ‫ ) المقدم‬Maha Mendahulukan / Maha Menyegera.
72. Al-Muakhkhir: ( ‫ ) المؤخر‬Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha
Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan.
73. Al-Awwal: ( ‫ ) األول‬Maha Pemulaan / Maha Pertama.
74. Al-Aakhir: ( ‫ ) اآلخر‬Maha Penghabisan / Yang Akhir.
75. Azh-Zhaahir: ( ‫ ) الظاهر‬Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan.
76. Al-Baathin: ( ‫ ) الباطن‬Maha Tersembunyi.
77. Al-Waalii: ( ‫ ) الواىل‬Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah.
78. Al-Muta’aalii: ( ‫ ) المتعال‬Maha Suci/Tinggi.
79. Al-Bar: ( ‫ ) البار‬Maha Dermawan / Maha Bagus.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 26


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

80. At-Tawwaab: ( ‫ ) التواب‬Maha Penerima Taubat.


81. Al-Muntaqim: ( ‫ ) المنتقم‬Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum.
82. Al-’Afuw: ( ‫ ) العفو‬Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun.
83. Ar-Rauuf: ( ‫ ) الرؤف‬Maha Pengasih / Maha Mengasihi.
84. Maalikul Mulk: ( ‫ ) المالك الملك‬Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik
Kedaulatan Yang Kekal.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ‫ ) ذوالجالل واإلكرام‬Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha
Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
86. Al-Muqsith: ( ‫ ) المقسط‬Maha Mengadili / Maha Saksama.
87. Al-Jaami’: ( ‫ ) الجامع‬Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul.
88. Al-Ghaniy: ( ‫ ) الغب‬Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap.
89. Al-Mughnii: ( ‫ ) المغب‬Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan.
90. Al-Maani’: ( ‫ ) المانع‬Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah.
91. Adh-Dhaar: ( ‫ ) الضار‬Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha
Pemberi bahaya.
92. An-Naafi’: ( ‫ ) النافع‬Maha Pemberi Manfaat.
93. An-Nuur: ( ‫ ) النور‬Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya.
94. Al-Haadi: ( ‫ ) الهادى‬Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk.
95. Al-Badii’: ( ‫ ) البديع‬Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru.
96. Al-Baaqi: ( ‫ ) الباقع‬Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya.
97. Al-Waarits: ( ‫ ) الوارث‬Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris.
98. Ar-Rasyiid: ( ‫ ) الرشيد‬Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin.
99. Ash-Shabuur: ( ‫ ) الصبور‬Maha Penyabar.

b) Surah Lazim

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 27


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

c) Ayatul Qursi

ii) Ketatanegaraan (Non Muslim)

Menghasilkan karangan (150 pp) berdasarkan mana-mana tajuk di bawah:

1. Baik hati
 Kita harus baik hati menolong orang yang berada dalam kesusahan.

2. Berdikari
 Kita patut berdikari tanpa bergantung kepada orang lain.
 Kita patut berdikari menyempurnakan tugas kita tanpa disuruh oleh orang lain.
 Kita patut berdikari dan jangan bergantung kepada orang lain sahaja.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 28


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

3. Hormat-menghormati / berterima kasih


 Kita perlu hormat-menghormati di antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan bangsa.
 Kita perlu menghormati ibu bapa kita kerana mereka ialah orang yang membesarkan kita.
 Kita perlu menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
 Kita perlu menghormati / berterima kasih ibu bapa kerana mereka sanggup menyediakan
keperluan kita dan membesarkan kita.
 Kita perlu menghormati / berterima kasih guru kerana mereka mendidik kita menjadi
manusia yang berguna.

4. Kasih sayang
 Kita mesti menyayangi keluarga kita kerana mereka ialah orang yang rapat dengan kita.
 Kita seharusnya menyayangi warga sekolah kita untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
 Kita seharusnya menyayangi binatang-binatang atau tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita
tanpa memusnahkannya.

5. Keadilan
 Kita mesti bersikap adil kepada semua orang tanpa pilih kasih.
 Kita perlu bertimbang rasa secara adil tanpa berat sebelah semasa membuat sesuatu
keputusan.
 Kita jangan berat sebelah dan mesti bersikap adil kepada semua orang tanpa pilih kasih
supaya kita dipandang tinggi.

6. Keberanian
 Kita seharus berani mengakui kesalahan sekiranya kita telah melakukannya.
 Kita harus berani untuk mencuba sesuatu.
 Kita harus bersikap berani untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.

7. Kebersihan fizikal dan mental


 Kita perlu sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar kita supaya kita dapat menjauhi
penyakit.
 Kita patut menjaga kebersihan di sekitar supaya kita dapat hidup dalam suasana yang
bersih dan segar.
 Kita patut menjaga kebersihan diri kita untuk mengelakkan kita daripada dijangkit penyakit.
 Kita patut sentiasa membersihkan kawasan rumah kita supaya kita hidup dengan sihat.
 Kita seharusnya menjaga kebersihan sendiri supaya tidak mudah dijangkit oleh penyakit.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 29


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL G
Alam Sekitar

1. KEMANDIRIAN HUTAN

Matlamat

Sebagai seorang pencinta alam atau ahli alamiah, kebanyakan masa adalah di dalam hutan kerana
tugasan mengkaji, maka kemahiran untuk tinggal di hutan penting seperti mengenali jenis makanan
yang boleh dimakan dan kaedah mencari air serta bahan semulajadi yang boleh dijadikan ubatan.

TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


a) Jenis-jenis ikatan a) Kaedah mencari air a) Pemakanan a) Mencari tapak
b) Bahan ikatan dan b) Mengenali jenis b) Perubatan perkhemahan
gajet awan dan hujan c) Memahami masa b) Memasang khemah

2. SAINS ZOOLOGI

Matlamat

Pendedahan awal bagi murid yang berminat untuk mengkaji tentang haiwan dan proses hidupnya.

TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


a) Pengelasan haiwan a) Pengenalan haiwan a) Respirasi a) Kemandirian spesis
b) Keperluan asas kordata b) Pembiakan b) menganggar dan
haiwan b) Pengenalan haiwan memeta haiwan
invertebrata

3. AKTIVITI FOSSILOGI

Matlamat

Satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi seterusnya satu kerjaya pada masa hadapan dalam bidang
arkeologi dan fossilogi. Murid diajar kaedah mengumpul, merawat, mengelas dan mengkategori
serta menyimpan bahan yang dikumpul.

TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


a) Mengumpul daun a) Mengumpul pokok a) Mengumpul a) Mengumpul rangka
b) Mengumpul biji kecil pelbagai bulu serangga
benih b) Mengumpul haiwan b) Membuat awetan
jenis-jenis Batu b) mengumpul kulit
siput

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 30


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

4. AKTIVITI LANDSKAPING

Matlamat

Aktiviti wajib iaitu membina atau menyelenggara satu taman yang mengandungi pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang bertujuan untuk memupuk murid cintakan alam sekitar yang
bersih dan indah.

TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


a) Menanam tanaman a) Aquarium a) Terarium a) Membina landskap
b) Perkebunan b) Jenis-jenis ikan dan b) Kaedah penanaman darat
tanaman b) Membina landskap
air

5. INOVASI KITAR SEMULA

Matlamat

Satu aktiviti inovasi iaitu menghasilkan barangan yang baru dari hasil buangan. Pada peringkat ini,
murid didedahkan kepada inovasi yang mudah dan bahan yang mudah ditemui.

TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


a) Kertas – manik surat a) Kayu – Bingkai a) Plastik – Bunga a) Logam - Arca
khabar gambar straw b) Logam – Penindih
b) Kertas – Origami b) Kayu – Ukiran kayu b) Kaca – vas bunga kertas

6. INOVASI ALAM SEKITAR

Matlamat

Pengenalan kepada inovasi orang-orang dahulu yang menggunakan bahan semulajadi sebagai
barangan keperluan masa itu.

TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


a) Daun – Bunga daun a) Batang – Bidai a) Batang – Perabut a) Tanah liat – Manik
getah batang perun rotan dan perhiasan
b) Daun – Tikar pandan b) Batang – Barangan b) Batang – Kraf kayu b) Tanah liat - Pasu
buluh terbuang buatan tangan

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 31


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL H
Keusahawanan

ii) Menyediakan hidangan ringkas

Peserta diminta menyediakan salah satu daripada hidangan ringkas seperti di bawah:

a) Roti lilit
Ramuan:
· tepung gandum
· air
· gula
· buluh yang dibelah
Langkah-langkah:
1. Campurkan sedikit air dan gula ke dalam tepung
2. Ulikan tepung sehingga sebati
3. Tepung dibiarkan kering
4. Lilitkan tepung pada buluh yang telah
5. Pastikan tepung tersebut lilit dengan kemas
6. Panggangkan tepung yang siap dililit dengan bahang dan haba supaya roti tidak
hangus
7. Bakarkan roti lilit itu sehingga berwarna sedikit coklat

b) Lempeng
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
3/4 cawan air - jika adunan terlalu kental, tambahkan sedikit lagi air
secubit garam - jika nak rasa masin tambah lagi sikit
minyak
Langkah-langkah:
1. Campurkan tepung gandum, kelapa parut, garam dan air.
2. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali dan glis dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan dan leperkan.
5. Masak dengan api perlahan, dan setelah garing atau masak di bahagian bawah,
terbalikkan bahagian atas ke bawah pula supaya kedua-dua belah lempeng masak.
6. Hidangkan bersama pencecah kegemaran.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 32


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

c) Nasi buluh
Ramuan:
· seruas buluh
· beras
· air
· daun pisang
Langkah-langkah:
1. Sediakan seruas buluh dan sedikit beras
2. Cucikan buluh dan daun pisang yang disediakan dengan bersih
3. Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh
4. Cucikan beras yang disediakan
5. Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam buluh dan jangan terlalu penuh
6. Masukkan air yang cukup ke dalam buluh yang berisi beras
7. Bina satu alat penyokong dengan ranting kayu
8. Letakkan buluh tersebut pada alat penyokong itu untuk dibakar
9. Bakar dengan api yang sederhana besar dan dibalik-balikkan agar masaknya sama
rata
10. Bakarkan buluh itu sehingga nasi dalam buluh itu masak

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 33


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

d) Sandiwch
Bahan-Bahan
 1 tin sardin saiz besar
 4 ulas bawang merah - hiris
 2 labu bawang besar - kupas dan cincang dadu
 4 biji cili merah
 1 buku roti
 1 biji timun - hiris nipis
 1 ikat daun salad
 1 biji tomato buah - hiris nipis
 butter secukupnya
 4 sudu besar mayonis
 garam secukupnya
 1 biji limau nipis
 minyak masak
Langkah-langkah:
1. ambil 1 tin sardin kemudian pisahkan kuah dan tulang kerana kita hanya akan
mengambil isi, kemudian hancurkan isi sardin dan ketepikan sekejap.
2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang besar yang sudah di
cincang dadu, kemudian masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan tadi.
3. perahkan limau nipis ke dalam bahan yang dimasak tadi dan kacau hingga kering.
kemudian masukkan cili merah dan garam secukupnya. kacau hingga rata kemudian
matikan api dan gaul dengan mayonaise.
4. akhir sekali, sapukan butter pada roti kemudian letakkan timun, tomato, daun
salad, dan sardin. tutupkan dengan roti.

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 34


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

KAD UJIAN
BIL PERKARA CARA PELAKSANAAN CATATAN
AI Sirah Rasulullah S.A.W Menulis karangan berkenaan Sirah Nabi
Menceritakan atau menulis tentang Muhamad S.A.W di dalam buku log
sejarah kehidupan Rasullah S.A.W. sepanjang 150pp hingga 250pp
AII Pendidikan Moral (Pelajar Bukan Menulis semula ikrar Rukunegara dan
Islam) Rukun negara di dalam buku log.
Menceritakan tentang prinsip-prinsip Membaca semula ikrar secara
Rukunegara berkumpulan sewaktu ujian
B Kawad Merupakan ujian dalam bentuk amali
Melakukan kawad asas dengan baik dan dilaksanakan secara berkumpulan
sama ada didalam pasukan atau di
peringkat daerah. Antara aspek kawad
yang diuji adalah:
Kawad statik:
 Rehatkan diri, Senang Diri,
Sedia
 Luruskan barisan, Ke kanan
lurus
 Buka dan tutup barisan
 Doa kawad dan Paraskan skuad
 Bergerak ke kanan dan kiri
 Menghadap ke hadapan dan
belakang
 Hormat
 Berjalan, berhenti, Hormat ke
hadapan
C Kemahiran dan Kecergasan --

Panjat tali dalam keadaan menegak Ujian amali- boleh dilakukan sewaktu
setinggi 5 meter dan bergayut perkhemahan
menggunakan tangan pada tali
sepanjang 5 meter

Memahami kaedah menggunakan Nota hendaklah dibuat di dalam buku


kompas serta boleh mencari bering log dan ujian amali dilaksanakan
dengan betul

Menyatakan Etika Perkhemahan serta Nota hendaklah dibuatdi dalam buku


boleh memasang dan melipat khemah log dan ujian amali dilaksanakan
dengan betul

Mengikut perkhemahan selama 3 hari Laporan lengkap perkhemahan dibuat


2 malam dan disahkan oleh penganjur

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 35


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

BIL PERKARA CARA PELAKSANAAN CATATAN


D Pertolongan Cemas
Membuat Anduh Tiga Segi, Andoh Ujian amali- boleh dilakukan sewaktu
Besar, Andoh Leher dan Andoh Lengan perkhemahan
Menamakan struktur anggota badan
serta fungsinya secara ringkas.
EI Kerohanian
Menghafaz Asmaul Husna, Menghafaz Sessi Hafazan di dalam Pendidikan
ayat Qursi, Menghafaz 5 surah dan Juz Islam boleh diguna pakai.Pengesahan
Amma. oleh Guru Pendidikan Islam
EII Katatanegaraan (Pelajar Bukan Islam)
Menyata dan menjelaskan satu nilai Menulis esei sepanjang 150 pp
murni.
F Khidmat Masyarakat
Menyertai 2 khidmat masyarakat Laporan lengkap perkhemahan dibuat
dengan masa tidak kurang daripada 6 dan disahkan oleh penganjur
jam.
G Kebudayaan
Menyertai atau mempersembahkan 2 Laporan lengkap perkhemahan dibuat
kali persembahan kebudayaan seperti dan disahkan oleh penganjur
nasyid, berzanji, bermain kompang,
bersajak, pentomin, seni silat atau
persembhan lain yang sesuai.
H Alam Sekitar
Menyertai atau melaksanakan 2 projek Laporan lengkap perkhemahan dibuat
yang berkaitan dengan Alam Sekitar dan disahkan oleh penganjur
seperti membuat taman, menanam
pokok, mengutip sampah di kawasan
sekolah, sungai tempat rekreasi atau
lain-lain aktiviti yang sesuai.
I Keusahawanan
Menyediakan satu projek yang Laporan lengkap perkhemahan dibuat
berkiatan dengan Sains dan disahkan oleh Guru KH
Pertanian/Kemahiran
Manipulatif/menyediakan 3 jenis
masakan (ERT)

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 36


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

CATATAN 1

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 37


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

CATATAN 2

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 38


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH
MEJAR KRS FAIZOL ISMAIL
@2019

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 39


TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

Modul Dan Prosedur Pengujian Kenaikan Pangkat Page 40

Anda mungkin juga menyukai