Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK KARAMUNTING Kod Sekolah: XBA2011

JUAINAH BINTI ROSMIN


1. Nama Guru

2. Judul PROJEK ANAK LUAR BIASA 3. Bidang: KEPIMPINAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 3 HARI

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini i dihasilkan untuk memberi tip-tip mendidik anak menurut panduan sunnah nabi dan
ajaran Islam yang sebenar. Buku ini memperkenalkan pelbagai teknik mendidik anak luar biasa
seperti membenarkan anak melakukan kesilapan, sindrom anak nakal, nasihat Luqman Al-Hakim
dalam mendidik anak, merangsang anak berdasarkan bakat dan skor “A‟ di luar dewan
peperiksaan yang membuatkan pembaca berfikir dan mengambil tindakan proaktif untuk
mengamalkannya. Penulis menerangkan kaedah mendidik dan membimbing masa hadapan
generasi baru dengan memperjuangkan kepentingan emosi dalam kehidupan anak-anak, agar
tiada istilah ibu bapa yang merompak identiti anak-anak atau dalam erti kata lain hanya
mengikuti sejarah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Kandungan buku ini menyelitkan contoh-contoh yang berlaku dalam kehidupan seharian (realiti)
dengan tip-tip yang praktikal dan dekat di hati. Ibu bapa perlu peka kepada keperluan anak-anak
sama ada dari segi kasih-sayang, didikan agama mahupun keperluan seharian supaya anak yang
lahir membesar menjadi anak yang luar biasa.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Melalui pembacaan saya, ibu bapa adalah dasar komponen terpenting dalam membentuk
peribadi anak sedangkan guru-guru hanyalah alat pencetak generasi untuk segulung ijazah. Gaya
komunikasi berpengaruh antara anak-anak dan guru-guru di sekolah, rakan-rakan mahupun jiran
tetangga yang menjadi asas utama pembentukan peribadi anak. Semasa pengajaran, saya juga
boleh megadaptasikan aktiviti seperti membaca surah-surah dan kisah-kisah dalam al-Quran.
Saya juga perlu menggunakan bahasa kasih sayang dan pendekatan secara berdialog, tidak
menggunakan kekerasan fizikal dan kata-kata yang menyakitkan, mencari waktu yang tepat
untuk menegur dan tidak di hadapan orang ramai, memberi hadiah dan ucapan penghargaan,
memasukkan unsur-unsur pembelajaran dalam bermain, memahami perasaan, manfaatkan
teknologi komunikasi dengan menghubungi anak-anak dan menggalakkan kerja berpasukan
antara ibu bapa dan anak-anak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( JUNAINAH BINTI ROSMIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai