Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN MURID

SK MEDINI 2016
BI
L
1

ACARA

SKRIP

KETIBAAN
VIP

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,

SALUTASI

Kata aluan Sireh berlipat sireh pinang,


Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dan
salam sejahtera.
Yang berbahagia,
Yang dihormati, Pn Tumirah Bt Jemon, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Medini,
Puan Fadzlun binti Jamali, Guru penolong kanan
pentadbiran,
Puan Zuridah Bt Omar, Guru penolong kanan hal ehwal
murid,
En Arman Bakti Bin Omar Bakti, Guru penolong kanan
kokurikulum,
barisan guru,ibu bapa dan anak-anak murid sekalian.

DOA

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan


kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk
sama-sama meraikan
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN
KEPIMPINAN MURID SK MEDINI 2016

Hadirin sekalian,
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat
Bagi membuka tirai majlis kita yang penuh barakah ini,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

CATATAN

______________________________________________________
untuk menyampaikan bacaan doa.
Amin ya Rabbalalamin.
Terima kasih kepada ____________________
di atas bacaan doa itu tadi.

KATA
ALUAN MC

Hadirin Sekalian,
Selamat datang ke
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN
KEPIMPINAN MURID SK MEDINI 2016

Untuk pengetahuan hadirin, pada hari ini, seramai


orang pemimpin yang terdiri daripada pengawas
sekolah, ketua darjah,penolong ketua darjah dan juga
Student Voice Group (SVG)
akan menerima watikah sebagai pemimpin di sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada para
pemimpin kalangan murid bagi tahun 2016.
Anak Cina main gelombang,
Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.
Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan
Yang Berusaha Pn Tumirah Bt Jemon, Gur Besar Sk
Medini, untuk
menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.
***********
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih
kepada Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi.
Hadirin Sekalian,
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Majlis diteruskan dengan menjemput,

Yang Berbahagia
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN
KEPIMPINAN MURID SK MEDINI 2016

. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*******
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih
kepada Yang Berbahagia

, atas ucapan beliau sebentar tadi.


Hadirin sekalian,
Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu
majlis penyampaian watikah pelantikan kepada barisan
kepimpinan murid 2016. Dengan ini, majlis menjemput
dan mempersilakan
Tuan
______________________________________________________
diiringi oleh Puan Tumirah Bt Jemon untuk
menyempurnakan majlis. Dipersilakan.
Bagi Barisan kepimpinan pengawas sekolah 2016.
Dijemput .....
* PENGAWAS
Penyampaian Watikah diteruskan lagi dengan barisan
kepimpinan ketua kelas dan penolong ketua kelas.
Dijemput.....
* KK & PKK
Seterusnya, dijemput barisan kepimpinan Student Voice
Group (SVG). Dijemput
* SVG
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan murid SK
Medini bagi tahun 2016. Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada

Bacaan

diatas kesudian menyampaikan watikah.


Hadirin sekalian.

Ikrar
kepimpina
n
sekolah

Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut,


maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan
jawatan
pengawas sekolah, KK& PKK dan SVG, Sekolah
Kebangsaan Medini bagi tahun 2016.
Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput
dan
mempersilakan Adik
, untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah.
Semua
pelajar diminta berdiri.
********
Majlis merakamkan ucapan terima kasih
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Menjadi adat orang Melayu, orang berbudi kita
berbahasa. Sebagai tanda mengenang jasa serta
ucapan
terima kasih, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Medini
untuk menyampaikan cenderamata sebagai kenangkenangan kepada Yang Berbahagia Tuan
Dipersilakan.
******
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih
Demikianlah tadi berakhirnya
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN
KEPIMPINAN MURID SK MEDINI 2016.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin
kerana sudi hadir ke majlis pada pagi ini. Mohon ampun
dan maaf andai kami tersalah bicara dan kekurangan
sepanjang berlangsungnya majlis sebentar tadi. Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum
waramatullahitaala wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai