Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN OBAH,

PEJABAT PELAJARAN DAERAH BELURAN, PETI SURAT 27, 90107 BELURAN.


Website : http://www.skobah-beluran.blogspot.com. Email : sk_obah@yahoo.com

Rektor UiTM Cawangan Sabah Beg Berkunci 71 88997 Kota Kinabalu Sabah. (u/p : Pusat Islam (CITU) UITM Cawangan Sabah) Tuan/puan,

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : XBA2134/600-6/06/JLD.1 ( ) Tarikh : 06 JULAI 2011

PELAWAAN MENGENDALIKAN PROGRAM IPTA BERSAMA SEKOLAH PEDALAMAN Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami ingin mengadakan satu program ilmiah yang melibatkan murid-murid tahun 6. Butiran lain adalah seperti berikut :2.1 Pemantapan 2.1 2.2 2.3 2.4 Nama Program : Pengukuhan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) & Aqidah Tarikh : 21 & 22 September 2011 Hari : Rabu & Khamis Masa : 9.00 pagi Tempat : Sekolah Kebangsaan Obah, Beluran.

3. Program ini bertujuan mengukuhkan ilmu pengetahuan serta mengembangkan minda di kalangan murid-murid di samping mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) khususnya UITM dengan sekolah-sekolah pedalaman di daerah Beluran. Selain itu, program ini merupakan aktiviti selepas muridmurid menduduki peperiksaan UPSR. Pihak sekolah merancang untuk mengumpulkan murid-murid muslim tahun 6 dari 5 buah sekolah yang berhampiran. Walau bagaimanapun, pelaksanaan program ini bergantung sepenuhnya kepada kesediaan pihak tuan untuk mengendalikannya dari aspek pengisian program seperti ceramah,LDK, dan lain-lain. Pihak sekolah akan bertanggungjawab sebagai tuan rumah merangkap urusetia program ini. 4. Justeru itu, pihak kami amat berbangga sekiranya pihak tuan sudi turun padang bagi menjayakan program ini. Kerjasama dan respon balas segera dari pihak tuan sangat diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah ( TSAU BIN MAIDIN ) Guru Besar SK Obah, Beluran Sk. 01. Pejabat Pelajaran Daerah Beluran, BELURAN. FAIL

ILMU TERAS KEJAYAAN


( Sila tulis nombor rujukan kami apabila membalas surat )

Anda mungkin juga menyukai