Anda di halaman 1dari 2

PERMOHONAN MEMBAWA TELEFON BIMBIT KE SEKOLAH ATAS KEPERLUAN

KHUSUS
Perkara di atas adalah dirujuk,
2. Untuk makluman semua ibubapa / penjaga ,murid adalah dilarang sama sekali untuk
membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah dengan merujuk kepada SURAT
PEKELILING IKHTISAS Bil. 2/2009 PENGUATKUASAAN MEMBAWA DAN
MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT OLEH MURID DI SEKOLAH DAN ASRAMA.
3. Namun Demikian, berdasarkan kepada tinjauan ke atas keperluan membawa telefon
bimbit ke asrama oleh murid yang tinggal jauh dan menggunakan kenderaan awam untuk balik
ke kampung semasa minggu balik kampung dan cuti sekolah, maka pihak sekolah
membenarkan ibubapa untuk membuat permohonan untuk di pertimbangkan atas keperluan
khusus.
4. Sehubungan dengan itu, ibubapa dan penjaga boleh membuat permohonan
berdasarkan kepada panduan yang diberikan dan melengkapkan Borang permohonan
mendapatkan kebenaran membawa telefon bimbit ke asrama serta membaca dan akur
dengan syarat – syarat yang ditetapkan dan menandatangani Borang Aku Janji.
5. Pihak Sekolah amat prihatin dengan isu – isu keselamatan murid diluar kawasan
sekolah. Semoga kelonggaran ini dapat memberikan kemudahan kepada ibubapa dan penjaga
kelak.
PERMOHONAN MEMBAWA KOMPUTER RIBA KE ASRAMA ATAS KEPERLUAN KHUSUS
Perkara di atas adalah dirujuk,
2. Untuk makluman semua ibubapa / penjaga , murid adalah dibenarkan membawa
Komputer Riba ke asrama berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.2/2018 GARIS
PANDUAN PELAKSANAAN DASAR MURID MEMBAWA PERANTI PERIBADI KE
SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
3. Berdasarkan kepada tinjauan ke atas keperluan membawa Komputer Riba ke asrama
oleh murid bagi tujuan mengikuti Kelas / Tuisyen Online atau menyediakan Kerja Kursus, maka
pihak sekolah berasa perlu untuk mempertimbangkan kebenaran murid membawa Komputer
Riba ke asrama. Kebenaran ini hanya untuk MURID TINGKATAN 5 SAHAJA.
4. Sehubungan dengan itu ibubapa / penjaga hendaklah menghantar surat permohonan
kemudian melengkapkan Borang permohonan mendapatkan kebenaran membawa
komputer riba ke asrama serta membaca dan akur dengan syarat – syarat yang
ditetapkan dan menandatangani Borang Aku Janji.
5. Pihak Sekolah amat prihatin dengan isu keperluan murid untuk meningkatkan
pencapaian dalam Peperiksaan SPM kelak. Semoga inisiatif ini dapat membantu murid
meningkatkan pemahaman didalam pelajaran dan mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai