Anda di halaman 1dari 10

TAKLIMAT PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Tarikh : 25 Februari 2021(Khamis)


Masa : 3.30 Petang
Medium : Dalam Talian Google Meet
Pautan : http://meet.google.com/zcm-gdfg-fwu
BIL PERKARA TINDAKAN

1 Pembukaan Sekolah
1.1 Sekolah rendah akan dibuka pada 1 Mac dan 8 Mac 2021, manakala sekolah
menengah dibuka pada 4 April dan 5 April 2021. JPN/PPD/
Sekolah
1.2 Sekolah perlu mematuhi penjarakan fizikal 1 meter dan pengisian murid bergantung
pada kapasiti kelas.

2
BIL PERKARA TINDAKAN

2 Model Pengoperasian Sekolah


2.1 Model pengoperasian sekolah yang diguna pakai pada tahun 2020 dikekalkan bagi
sesi persekolahan tahun 2021. JPN/PPD/
Sekolah
2.2 Terdapat sebanyak 31 buah sekolah yang melaksanakan penggiliran (Model 3)
bagi sesi persekolahan tahun 2020. Sebarang tambahan atau pengurangan
bilangan sekolah yang melaksanakan penggiliran bagi sesi persekolahan tahun
2021 perlu dikenal pasti.

2.3 Semua JPN perlu mengesahkan adakah sekolah melaksanakan model


pengoperasian yang sama seperti tahun 2020 bagi sesi persekolahan tahun 2021.

2.4 Sekolah perlu menyatakan justifikasi yang sesuai sekiranya memilih untuk
melaksanakan model pengoperasian yang berbeza bagi sesi persekolahan tahun
2021.

3
BIL PERKARA TINDAKAN

3 Persiapan Pembukaan Sekolah


3.1 Pastikan perkara-perkara asas pencegahan penularan jangkitan Covid-19 seperti
pengimbas suhu badan, hand sanitiser, sabun, dan sebagainya mesti ada di sekolah.
JPN/PPD/
3.2 Penggantian gun thermometer yang rosak adalah dengan pembelian standing Sekolah
thermometer. Pembelian standing thermometer adalah menggunakan wang
peruntukan sedia ada (suwa, pcg dan sebagainya).

3.3 Pihak sekolah perlu membaca dan memahami isi kandungan Garis Panduan
Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah (GPPPS) versi 2.0. Terdapat perkara-
perkara baharu dalam garis panduan yang terkini, antaranya guru dan murid
diwajibkan memakai pelitup separuh muka sepanjang waktu persekolahan dan
pengurusan murid dan guru serta warga sekolah yang disahkan positif Covid-
19/kontek rapat/bergejala.

4
BIL PERKARA TINDAKAN

4 Murid Pra Sekolah dan Murid Tahun 1

Murid Tahun 1
4.1 Ibu/bapa/penjaga murid tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah. JPN/PPD/
Sekolah
4.2 Pengurusan kemasukan murid ke dalam sekolah perlu diuruskan oleh sekolah secara
berperingkat mengikut kesesuaian. Murid hadir ke sekolah secara berperingkat
mengikut selang masa 30 minit bermula pada pukul 7.30 pagi bagi 3 hari pertama
persekolahan.

4.3 Guru perlu mengiringi murid dari pintu utama sekolah hingga ke bilik darjah.

4.4 Komunikasi awal dengan ibu/bapa/penjaga murid perlu dilakukan.

Murid Prasekolah
4.5 Ibu/bapa/penjaga murid pra sekolah dibenarkan menghantar murid sehingga ke pintu
pagar prasekolah/pintu masuk bilik darjah setiap hari.

4.6 Komunikasi awal dengan ibu/bapa/penjaga murid perlu dilakukan.


5
BIL PERKARA TINDAKAN

5 Penyuraian Balik Dari Sekolah


5.1 Pihak sekolah perlu berbincang dengan ibu/bapa/penjaga, PIBK, PIBG dan
sebagainya untuk memastikan bagaimana mereka dapat membantu pihak sekolah JPN/PPD/
menyuraikan murid secara teratur supaya tidak ramai murid yang berkumpul di luar Sekolah
pagar sekolah.

5.2 Penglibatan PIBK/Komuniti amat dialu-alukan dan pihak sekolah perlu


mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan bagi melicinkan
penyuraian murid.

5.3 Murid dibenarkan pulang mengikut selang masa 30 minit mulai pukul 12.00 tengah
hari bagi sekolah rendah.

5.4 Infografik model pengawalan keberadaan murid dipintu pagar sekolah dan
pemakluman kepada ibubapa

6
BIL PERKARA TINDAKAN

6 Ibu Bapa tidak mahu menghantar anak ke sekolah


6.1 Terdapat segelintir ibu/bapa/penjaga tidak mahu menghantar anak ke sekolah.
JPN/PPD/
6.2 Sekolah perlu meyakinkan ibu bapa untuk menghantar murid ke sekolah dengan Sekolah
memberi penjelasan kepada mereka berkenaan kesiapsiagaan sekolah dalam
menguruskan keselamatan murid di sekolah.

6.3 Sekiranya ibu/bapa/penjaga masih tidak mahu menghantar anak mereka ke


sekolah, surat doktor atau surat lain yang berkaitan perlu diserahkan bagi
mengesahkan ketidakhadiran murid ke sekolah.

7
BIL PERKARA TINDAKAN

7 Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Kesatuan dan Persatuan
7.1 PIBG diharapkan menjadi jurucakap bagi pihak KPM.
Makluman
7.2 Usaha perlu dilakukan supaya PIBG sekolah menyokong KPM atau sekurang-
kurangnya bersifat neutral dan sentiasa memberi komen yang positif terhadap
dasar-dasar KPM.

7.3 Kerjasama antara PIBG sekolah-sekolah dan KPM adalah amat diharapkan supaya
wujud komunikasi dua hala antara kedua-dua pihak bagi memastikan sebarang
dasar yang diperkenalkan oleh KPM dapat diterima oleh ibu/bapa/penjaga.

8
BIL PERKARA TINDAKAN

8 Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu JPN/PPD/
V2.0 Sekolah
8.1 Guru dan Pentadbir sekolah diminta untuk meneliti garis panduan ini.

8.2 Memastikan sekolah baca, rujuk, faham dan patuhi apa yang terkandung dalam
GPPPS V2.0.

9
SEKIAN, TERIMA
KASIH

10

Anda mungkin juga menyukai