Anda di halaman 1dari 1

SMK TUNKU ABDUL RAHMAN KUCHING SARAWAK.

PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN

1. Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan. Tiada sesiapa pun
dibenarkan masuk tanpa urusan rasmi.

2. Makmal dan bilik persediaan hendaklah sentiasa kondusif, bersih dan kemas.
Kerja pembersihan seperti mengelap meja dan cermin tingkap, mengemop
lantai serta mengosongkan bakul sampah mestilah dilakukan setiap hari
sebaik sahaja tamat waktu persekolahan.

3. Dilarang sama sekali membawa makanan dan minuman ke dalam makmal atau
bilik persediaan. Tiada sesiapa pun dibenarkan makan, minum, merokok atau
vaping dalam makmal atau bilik persediaan.

4. Makanan dan minuman adalah dilarang sama sekali disimpan dalam peti sejuk
di bilik persediaan kecuali untuk tujuan amali.

5. Dilarang sama sekali menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.

6. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal
dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran.

7. Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dibersihkan
dan dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.

8. Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian
tanpa sebarang pengawasan.

9. Pembantu Makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam


makmal dan bilik persediaan termasuk memakai kasut yang bertutup.

10. Guru perlulah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan
untuk kerja amali) kepada Pembantu Makmal keperluan peralatan sains. Bahan
kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau
bahan ini diperlukan.

11. Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam


makmal atau bilik persediaan.

12. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak
diingini sekiranya peraturan-peraturan tersebut di atas tidak dipatuhi.

13. Peraturan ini hendaklah dibaca beserta dengan surat siaran bertajuk
Penghuraian Tugas Pembantu Makmal Di Sekolah Di Bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bernombor rujukan KPM.500-1/3/3(3) bertarikh
9 MEI 2019.

Pengetua Cemerlang Tarikh : 28 Julai 2020


SMK Tunku Abdul Rahman Kuching

Anda mungkin juga menyukai