Anda di halaman 1dari 3

Tugas staf sokongan makmal sains bekerja selama 8 jam sehari pada hari kerja penuh

dan 6 jam pada hari yang waktu bekerjanya separuh hari. Waktu rehat untuk makan
adalah selama satu jam semasa dalam waktu bekerja 8 jam tersebut. Sila rujuk Surat
Pekeliling (BS/PSR) 8502/20/001 (9) bertarikh 29 Dis 1998 dan Perintah Am Bab G.

TUGAS HARIAN

Jadual tugas staf sokongan makmal sains adalah ditetapkan oleh Pengetua. Mereka
mestilah sentiasa berada di bilik persediaan supaya dapat dihubungi apabila
diperlukan. Tugas harian adalah seperti berikut :

1. Membuka pintu dan tingkap makmal sains pada awal pagi hari persekolahan .

2. Memastikan keadaan makmal sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

3. Menyediakan peralatan dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru dalam
buku atau borang pesanan.

4. Memastikan semua peralatan dan bahan sains boleh berfungsi sebelum kerja
amali dimulakan.

5. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja
amali.

6. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan


dan bahan sains.

7. Mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti


kebakaran dan kecederaan.

8. Membersih, menyimpan peralatan dan bahan sains setelah selesai setiap sesi
kerja amali.

9. Membersih meja makmal, papan tulis, sinki dan menutup paip gas, air, kipas
dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.

10. Memeriksa dan menyenggara kemudahan makmal sains termasuk perabut,


bekalan elektrik, air dan gas.

11. Mengawas dan membantu pelajar mendapatkan peralatan dan bahan sains
semasa amali.

12. Memastikan tindakan sewajarnya dan melapor dengan segera sebarang


kehilangan, kerosakan atau kebocoran kepada guru sains dan Guru Kanan
Sains atau Pengetua.

13. Menyenggara Taman Sumber Sains.


TUGAS KHAS PADA HARI SABTU

Selain daripada tugas harian, staf sokongan makmal sains juga bertanggungjawab
menjalankan tugas khas pada hari sabtu seperti yang berikut :

1. Membantu Guru Kanan Sains dan guru sains mengemas kini rekod stok.

2. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya mengikut


pesanan guru sains.

3. Menakuk larutan kimia ke dalam botol reagen dan menukarkan label pada
botol reagen.

4. Mengubahsuai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh


digunakan dalam makmal sains.

5. Membantu baikpulih peralatan sains yang telah rosak.

6. Mengecas akumulator.

7. Menyenggara mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model dan sebagainya.

8. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem.

9. Membersih longkang dan sinki serta menceriakan makmal.

10. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan
mengikut peraturan yang ditetapkan.

11. Memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa
berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

TUGAS KHAS SEMASA CUTI

Selain daripada meneruskan kerja-kerja harian dan tugas khas pada hari sabtu, staf
sokongan makmal sains bertanggungjawab menjalankan tugas berikut semasa cuti
sekolah :

1. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains, jika perlu

2. Menyemak dan mengemas kira stok makmal sains.

3. Membantu Guru Kanan Sains dalam kerja hapus kira dan pelupusan.
4. Membersih dan menceriakan bilik makmal sains.

5. Menambahbaikkan Taman Sumber Sains.

6. Membaik pulih perabut dan peralatan sains.

7. Menyusun semula peralatan dan bahan sains.

8. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains.

9. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai