Anda di halaman 1dari 3

Penambahbaikan Dan Mengecat Bilik GPK Hem Sekolah

KERTAS KERJA PERMOHONAN PENAMBAHBAIKAN DAN MENGECAT BILIK


GPK HEM SEKOLAH

1.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi
menambahbaikan dan mengecat Bilik GPK HEM.
1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan
selanjutnya dan memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi
memastikan keceriaan Bilik GPK HEM sekolah dan demi keselesaan.
1.3 Keadaan Bilik GPK HEM lama agak sempit dan ia merupakan ruang pantri
bagi Kerani Sekolah..
1.4 Keadaan Bilik GPK HEM lama sedang digunakan sebagai Bilik Stor Pejabat
Sekolah.

2.0 LATARBELAKANG
2.1 Bilik GPK HEM merupakan bilik penting di sekolah bagi urusan pentadbiran
dan terletak di sebelah kiri pintu masuk Pejabat Sekolah.
2.2 Cat baru amat penting demi keceriaan dan keselesaan apabila berada di
sekolah.

3.0 ANGGARAN KOS


3.1 Anggaran kos terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)
1. Cat 7 liter X 1 Tong X RM35 35.00
2. Peralatan Mengecat ( Brush & Roller ) 20.00
3. Peralatan Kipas dan Lampu ( 2 set ) 240.00
4. Rak untuk Menyimpan dokumentasi 200.00
5. Kerusi ( 1 buah ) 150.00
6. Pin Board ( Soft Board ) 150.00
4. Upah Pemasangan Kipas dan Lampu 130.00
ANGGARAN JUMLAH KOS 925.00

1
Penambahbaikan Dan Mengecat Bilik GPK Hem Sekolah
3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak
RM 925.00

4.0 SUMBER KEWANGAN


4.1 PIBG Sekolah

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, saya ingin memohon daripada pihak pengurusan
agar dapat meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti dapat
dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
5.2 Dengan kelulusan ini, diharap menambahbaikan dan mengecat Bilik GPK
HEM lebih ceria.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ _______________________________
( En.Jegathisan a/l Vellasamy ) ( )
GPK HEM
SJK (T) Port Dickson

2
Penambahbaikan Dan Mengecat Bilik GPK Hem Sekolah

RUANG PANTRI

BILIK ASAL GPK HEM

Anda mungkin juga menyukai