Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KELAPA SAWIT NO 1

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

98150 BEKENU, SARAWAK

LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG

SK KELAPA SAWIT NO 1
TARIKH :

8 OKTOBER 2017

TEMPAT :

PADANG SARAWAK OIL PALM SARAWAK (SOP)

MASA :

8.00 PAGI – 2.00 PETANG


1.0 PENGENALAN

Kejohanan Balapan dan Padang diadakan untuk memberi peluang kepada murid untuk
menguji kemampuan diri mereka sendiri dalam bidang sukan. Aktiviti ini diadakan untuk
memilih bakat-bakat baru untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti ini
juga bertujuan untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dan memastikan tahap
kecergasan murid berada pada tahap yang optimum.

2.0 RASIONAL

Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah merupakan satu program untuk mengenal
pasti dan melatih bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti
yang biasa dilakukan oleh sekolah-sekolah lain dan sesetengah sekolah menjadikan aktiviti
ini sebagai aktiviti tahunan.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Balapan dan Padang ini adalah penting dalam usaha pihak sekolah untuk
menanam dan menyemai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. Melalui program
ini, murid secara tidak langsung akan menjalankan aktiviti fizikal dan seterusnya membantu
dalan membentuk tubuh badan yang sihat dan cergas. Amalan budaya hidup cergas dalam
kalangan rakyat negara kita masih rendah, iaitu 40 peratus jika dibandingkan dengan negara-
negara maju yang lain dengan peratusan debanyak 50 hingga 60 peratus. Hal ini dalam masa
yang sama juga dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat
di Malaysia terutamanya penyakit yang melibatkan gaya hidup seseorang.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan
dan persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Hal ini seterusnya membantu dalam
mengembangkan kompetensi sosial murid. Oleh kerana egosentrik dalam kalangan kanak-
kanak berusia 12 tahun ke bawah agak tinggi, maka beberapa pendekatan perlu diambil bagi
membentuk jati diri yang positif dalam kalangan murid.

Seterusnya, antara tujuan kejohanan ini dijalankan ialah untuk mengumpul


dana bagi PIBG sekolah melalui pengelolaan dan penyertaan dari pihak PIBG dalam
menjayakan kejohanan ini. Hal ini seterusnya dapat membantu mengembangkan dana PIBG
untuk memanfaatkan murid dan seluruh warga sekolah secara amnya.
Kejohanan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid mengenai
syarat dan peraturan bagi setiap acara sama ada acara padang mahupun balapan. Hal ini
adalah supaya apabila murid ingin menceburi bidang sukan, mereka sedikit sebanyak sudah
mengetahui prosedur dan peraturan bagi menyertai acara yang mereka pilih.

Seterusnya, antara matlamat program ini ialah untuk mencungkil bakat


terpendam yang ada pada murid untuk dijadikan sebagai wakil sekolah untuk kejohanan
MSSR yang akan diadakan pada masa hadapan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Prasekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6

5.0 TENTATIF PROGRAM

4 Oktober 2017

Masa Aktiviti

2.00 petang Pertandingan acara padang.


5.00 petang Bersurai

7 Oktober 2018

Masa Aktiviti
8.00 pagi Gotong-royong untuk persiapan padang.
1.00 petang Bersurai

8 Oktober 2017

Aktiviti
Masa
Ketibaan guru, ahli PIBG dan murid di Padang Sarawak Oil Palm
8.00 pagi
(SOP).

8.00 pagi Pertandingan Perbarisan bagi setiap rumah sukan

Pertandingan bagi acara padang dan balapan serta acara PIBG


8.30 pagi
dan Prasekolah

Penyampaian pingat dan hadiah serta pengumuman pemenang


1.30 tengahari
keseluruhan dan penutupan.

2.00 petang Bersurai


6.0 LAPORAN

Kejohanan Balapan dan Padang bermula pada jam 8.30 pagi apabila semua murid, guru, staf
sekolah dan ahli PIBG berkumpul di padang SOP. Kejohanan dimulakan dengan pertandingan
perbarisan yang disertai oleh kontinjen-kontinjen dari rumah Upin Ipin (merah), Boboi Boy
(hijau), Kampung Boy (biru) dan Zero Hero (kuning). Setiap rumah sukan membawa identiti
sendiri secara kreatif berdasarkan kepada nama dan warna rumah sukan mereka.

Seterusnya, majlis perasmian dijalankan di mana kejohanan ini telah dirasmikan


oleh YDP PIBG, iaitu Encik Tassim bin Hj Barak. Selepas majlis perasmian, kejohanan
dimulakan dengan acara Prasekolah. Antara acara yang dipertandingkan ialah 50 meter dan
4x50 meter lelaki dan perempuan.

Selepas selesai Selepas itu bermulah acara kejohanan. Acara yang


dipertandingkan ialah 50 meter bagi kategori prasekolah, 80 meter,100 meter,4x 100 meter,
200 meter, 4x200 meter. Acara lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru telah diadakan
pada hari persekolahan biasa kerana kekangan masa.

Setelah selesai acara murid, kejohanan diteruskan pula dengan acara pibg pula.
Antara acara yang dipertandingkan adalah 4x 200 meter, motosikal lambat, terompah gergasi,
dan acara tarik tali. Acara sampingan di luar kawasan padang turut dijalankan seperti melontar
dart, menjaringkan bola dan teka jumlah biji jagung. Acara PIBG ini adalah acara yang biasa
diadakan bagi menghargai pihak pibg yang banyak membantu menjayakan acara sukan
tahunan sekolah di samping untuk menambah dana PIBG.

Akhir sekali, setelah selesai semua acara murid berkumpul di hadapan pentas
utama untuk majlis penyampaian hadiah. Tetamu jemputan serta guru besar diberi
penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Secara keseluruhannya,
rumah sukan Kampung Boy telah muncul sebagai johan keseluruhan bagi kontinjen rumah
sukan , diikuti naib johan rumah Upin Ipin, tempat ketiga Boboboi dan tempat keempat Zero
Hero. Setelah selesai majlis penyampaian hadiah, guru besar meminta kerjasama dari semua
pihak agar bersama-sama membersihkan kawasan padang. Guru Besar juga mengucapkan
tahniah kepada semua pemenang yang memperoleh pingat dan terima kasih kepada pihak
pibg yang telah bersama membantu menjayakan kejohanan sukan tahunan SK Kelapa Sawit
No 1.

7.0 ANALISIS

Analisis bagi program ini berdasarkan kepada format SWOT (Strength, Weakness,
Oppoturnities, Threat)
7.1 Strenght (Kekuatan)

Untuk kekuatan, program ini telah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang
kekangan yang besar sehingga menganggu kelancaran perjalanan kejohanan ini. Murid juga
sentiasa bersemangat dan dilihat telah memberikan yang terbaik dalam menyertai
pertandingan yang telah diadakan. Penyertaan bagi acara PIBG juga mendapat sambutan
yang baik. Ibu bapa dan penjaga juga teruja dan memberikan sokongan yang sepenuhnya
dengan cara menyertai pertandingan yang diadakan. Ahli PIBG juga banyak membantu guru
dalam menguruskan serta mengelola kejohanan ini.

Seterusnya, kejohanan ini juga dilihat berjaya memainkan peranan dalam


menjadi pemangkin bakat-bakat terpendam dalam kalangan murid. Beberapa orang murid
dilihat mempunyai potensi yang boleh diasah dan dilatih untuk menjadi atlet sekolah.

Kejohanan ini juga membantu dalam memberikan pengalaman kepada guru-


guru untuk mengelola kejohanan padang dan balapan dengan lebih baik. Guru-guru juga telah
menjadikan kejohanan ini sebagai platform untuk mempelajari beberapa ilmu-ilmu dan
pengetahuan serta peraturan dalam sukan terutamanya sukan olahraga.

7.2 Weakness (Kelemahan)

Antara kelemahan dalam kejohanan ini ialah pembahagian tugasan dalam


kalanga guru. Ada dalam kalangan guru menjadi hakim pelepas dan hakim penamat pada
masa yang sama. Sesetengah tugasan tersebut tidak dapat dijalankan oleh seorang individu
pada masa yang sama.

Selain itu, terdapat juga beberapa isu mengenai peralatan semasa kejohanan
berjalan seperti ketiadaan pembesar suara mudah alih dan baton untuk larian beganti-ganti.
Kemudian, terdapat juga masalah dalam pengurusan murid sebelum bermulanya acara.
Terdapat murid yang meninggalkan kawasan kuarantin walaupun mereka sudah dikuarantin
dan acara mereka akan bermula sebentar sahaja lagi. Hal ini sedikit sebanyak menganggu
kelancaran perjalanan kejohanan di mana guru perlu mencari murid yang terlibat terlebih
dahulu.

7.3 Oppoturnities (Peluang)

Murid telah menggunakan kesempatan dalam kejohanan ini untuk mencuba


nasib mereka dalam bidang sukan. Selain itu, murid juga dilihat berupaya untuk menjadikan
kejohanan ini sebagai medium untuk mereka belajar mengenai olahraga dan sebagai tempat
untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Selain itu, kejohanan ini juga telah menjadi tempat
untuk murid melepaskan tekanan selepas belajar sepanjang tahun terutamanya bagi murid
tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR.

Kejohanan ini juga membantu guru untuk mengesan kekurang barangan untuk
aktiviti sukan. Maka, dengan ini guru mampu untuk membuat perancangan bagi
membelanjakan wang pada tahun seterusnya.

7.4 Threat (Ancaman)

Antara ancaman utama bagi penganjuran kejohanan ini ialah cuaca. Oleh
kerana pada hujung tahun hari sering hujan, maka risiko untuk kejohanan dihentikan seketika
sementara menunggu keadaan cuaca kembali cerah adalah sedikit tinggi. Walaupun pada
raptai kejohanan hari hujan, namun pada hari kejohanan sebenar hari tidak hujan dan cuaca
cerah.

Seterusnya, seperti mana untuk mana-mana acara sukan, risiko kecederaan


sentiasa ada. Persiapan bagi menghadapi sebarang kecederaan terutamanya kecederaan
dalam kalangan murid perlu sentiasa ada dan dikemaskini.

Kemudian, antara ancaman yang perlu dihadapi sepanjang mengadakan


kejohanan ini ialah ancaman dari aspek kerosakan peralatan dan barangan. Guru terutamanya
mereka yang terlibat sebagai AJK Peralatan perlu sentiasa mengawal selia peralatan untuk
mengurangkan risiko kerosakan peralatan dan seterusnya memastikan peralatan yang
digunakan dikembalikan dalam keadaan yang sempurna dan bilangan yang cukup.

8.0 TINDAKAN SUSULAN

Antara tindakan susulan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah-masalah


dan kelemahan pada masa akan datang ialah menyediakan senarai semak bagi peralatan
yang diambil keluar daripada stor untuk pemeriksaan semasa penghantaran semula.
Kemudian, pembahagian Ahli Jawatankuasa (AJK) juga perlu ditelusuri dengan lebih teliti agar
tiada pertindihan tugas berlaku. Tanpa pertindihan tugas, kejohanan ini akan dapat dijalankan
dengan lebih lancar.

Seterusnya, kawalan juga perlu diperketatkan dan satu tempat kuarantin yang
khas perlu disediakan supaya guru yang terlibat dalam pengurusan murid mampu untuk
mengawal murid dengan lebih baik.

Selain itu, peralatan-peralatan yang diperlukan perlu disenaraikan dengan lebih


awal supaya semasa kejohanan diadakan, tiada kekangan dari aspek alatan.
PENUTUP

Alhamdulillah, Kejohanan Balapan dan Padang SK Kelapa Sawit No 1 berjalan lancar tanpa
sebarang masalah serius. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pegawai, guru, staf dan murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan kejohanan kali ini. Semoga segala kelemahan atau kekurangan yang terdapat
sepanjang kejohanan ini berlangsung akan menjadi iktibar, pengajaran dan diambil kira
sebagai usaha penambahbaikan pada penganjuran akan datang.

Disediakan oleh,

_______________________
(ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Kokurikulum
SK Kelapa Sawit no 1

Disahkan oleh,

_____________________
(ALI BIN JULI)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Kelapa Sawit no 1
8.0 LAMPIRAN

Gambar 1. Guru penyelaras rumah sukan dan murid


Gambar 2. Perbarisan rumah sukan

Gambar 3. Murid di garisan penamat


Gambar 4. Murid Prasekolah semasa mengikuti acara larian

Anda mungkin juga menyukai