Anda di halaman 1dari 3

JAWATAN: GURU KANAN 

MATA PELAJARAN KEMANUSIAAN

BIDANG TUGAS

 Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. 
 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang
berkaitan dengan bidangnya terutama persatuan akademik. 

 Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
berkaitan dengan bidangnya. 

 Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. 

 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang
berkaitan dengan bidangnya. 

 Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya,dengan


pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah,latihan mengajar bagi
guru-guru pelatih/ maktab / univesiti dan seumpamanya. 

 Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu. 

SENARAI TUGAS GURU KANAN 

Kurikulum 

 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan
lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya. 
 Mempengerusikan mensyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya. 

 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

 Membimbing guru terlatih , guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-
tugas mereka. 

 Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan. 

 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan
sewajarnya

 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti- aktiviti bimbingan , pemulihan, dan


pengkayaan. 

 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang


dijalankan oleh sekolah , Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. 

 Membantu dalam pemilihan buku Teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan
bahan-bahan pendidikan lain. 

 Menganggotaai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain yang diarahkan oleh
Pengetua. 

 Membantu menjalankan kursus , taklimat , penerangan dan perjumpaan di sekolah dalam


konteks perkembangan staf. 

 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenaai pengkaedahan dan pendekatan-


pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru. 
 Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan –amalan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentas kurikulum. 

 Mengenalpasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk


mengatasinya. 

Kokurikulum 
 
 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat
akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar. 
 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya. 

Pengurusan 
 
 Membantu menentukan serta menagihkan tugas-tugas guru mata pelajaran di bawah bidang
dan kawalannya. 
 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan , kursus dan latihan untuk guru. 

 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data maklumat dan segala jenis
perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya. 

 Membantu merancang takwim sekolah . 

 Menyelia kerja –kerja guru di bawah bidang kawalannya. 

 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan. 

 Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan. 

 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan , barang atau bahan yang
berkaitan dengan bidangnya. 

 Menentukan aspek –aspek menyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah
dan sekolah. 

 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga
keceriaannya. 

 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar, mempertingkatkan pelajar dan program Penilaian


Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang. 

Tugas –tugas lain  


 
 Berhubung dengan PKG , Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri
tentang apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan
guru. 
 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan
berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan
pengetahuan. 

 Melengkapkan bilik pergerakan sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua
pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil . 

 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah. 

 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan ,penyediaan jadual
waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber. 

 Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
Tugas-tugas Khas

 Penyelaras ICT & Makmal Komputer

Anda mungkin juga menyukai