Anda di halaman 1dari 9

KESILAPAN DALAM SEMBAHYANG

BEBERAPA KESILAPAN YANG


MENGAKIBATKAN SEMBAHYANG TIDAK SAH

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Dalam sembahyang mempunyai rukun yang wajib dilaksanakan


dan perkara-perkara sunat jangan diabaikan. Kecuaian
seseorang dalam melaksanakannya boleh menyebabkan
sembahyang itu tidak tidak sah atau sekurang-kurangnya tidak
sempurna.
Oleh itu, apa yang ingin dijelaskan di sini ialah berhubung dengan
beberapa kesalahan yang sering dilakukan dalam mengerjakan
sembahyang yang mana ia boleh mengakibatkan sembahyang itu
batal atau tidak sah.
(1)  Membaca Di Dalam Hati
Jika seseorang mengerjakan sembahyang dengan hanya
membaca di dalam hati rukun-rukun qauli atau bacaan-bacaan
yang sunat, adakah perbuatan seumpama ini memadai atau ia
boleh menjejaskan sembahyang?
(i)      Rukun Qauli (Bacaan-Bacaan Yang Wajib)
Di dalam sembahyang adalah disyaratkan ketika melafazkan
setiap rukun qauli iaitu takbiratulihram, surah al-
Fatihah, tasyahhud akhir dan salam melafazkannya dengan
suara yang dapat didengar oleh diri sendiri iaitu jika keadaan
pendengarannya baik dan tiada halangan untuk mendengarnya
seperti bunyi bising.
Namun jika keadaan pendengarannya tidak baik seperti tuli
ataupun ada halangan untuk mendengarnya seperti bunyi bising,
maka tidaklah diwajibkan dia mendengarnya, akan tetapi dia tetap
wajib melafazkan bacaannya dengan suara yang sekira-kira
boleh didengarnya ketika keadaan pendengarannya baik atau
ketika keadaan tidak bising.
Oleh itu adalah tidak sah bacaan setiap rukun qauli apabila ia
tidak dilafazkan dengan suara yang dapat didengar oleh dirinya
sendiri seperti hanya dibaca dalam hati. Ini menyebabkan
sembahyang yang dikerjakannya tidak sah.
(ii)   Bacaan-Bacaan Sunat
Sementara bacaan-bacaan atau zikir-zikir yang sunat seperti doa
al-iftitah, at-ta‘awwudz, ayat atau surah dari al-Qur’an selepas al-
Fatihah,tasyahhud awal dan seumpamanya adalah dituntut juga
untuk melafazkannya dengan suara yang didengar oleh diri
sendiri bagi mendapatkan pahala sunat. Jika tidak dilafazkan
dengan suara demikian seperti dibaca dalam hati sahaja tidaklah
menjejaskan sahnya sembahyangnya, tetapi dia tidak mendapat
pahala sunat.
(2)  Mengerjakan Sembahyang Dengan Cepat
Disebabkan seseorang itu ingin cepat selesai dari mengerjakan
sembahyang, kadangkala terabai tuntutan
melakukan thuma’ninah di dalam sembahyang itu. Kecuaian dan
kelalaian dalam melakukan thuma’ninah ini boleh menyebabkan
sembahyang itu tidak sah.
Thuma’ninah merupakan salah satu rukun
sembahyang. Thuma’ninahbermaksud tetap anggotanya ketika
melakukan suatu rukun fi‘li di dalam sembahyang sekurang-
kurangnya dengan kadar bacaan zikir: “ ‫س بحان اهلل‬ ”sebelum beralih
ke rukun fi‘li seterusnya.
Thuma’ninah itu diwajibkan ketika ruku‘, i‘tidal, kedua-dua sujud
dan duduk antara dua sujud, sebagaimana diriwayatkan daripada
Abu HurairahRadhiallahu ‘anhu, bahawa ketika mana seorang
lelaki selesai mengerjakan sembahyang di masjid, kemudian dia
memberi salam kepada Baginda dan Baginda menjawab
salamnya lalu bersabda:
ِ
ِّ ‫ص لَّى مُثَّ جَاءَ إِىَل النَّيِب‬
َ ‫صلَّى َك َما َكا َن‬
َ َ‫الر ُج ُل ف‬
َّ ‫ص ِّل َفَر َج َع‬ َ ُ‫ك مَلْ ت‬ َ َّ‫ص ِّل فَِإن‬
َ َ‫ْارج ْع ف‬
‫صلَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَ َسلَّ َم َعلَْي ِه‬
َ
‫ص ِّل‬
َ َ‫ ْار ِج ْع ف‬:‫قَال‬
َ َّ‫الس الَ ُم مُث‬
َّ ‫ك‬َ ‫ َو َعلَْي‬:‫ص لَّى اهللُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬ ِ ُ ‫َال رس‬
َ ‫ول اهلل‬ ُ َ َ ‫َفق‬
ٍ ‫ث مَّر‬ ِ
‫ات‬ َ َ َ‫ك ثَال‬ َ ‫ص ِّل َحىَّت َف َع َل َذل‬ َ َّ‫فَِإن‬
َ ُ‫ك مَلْ ت‬
‫ُح ِس ُن َغْيَر َه َذا َعلِّ ْميِن‬ ِ
ْ ‫ك بِاحْلَ ِّق َما أ‬
َ َ‫ َوالَّذي َب َعث‬:‫الر ُج ُل‬
َّ ‫ال‬
َ ‫َف َق‬
ِ ‫َك ِمن الْقُر‬ َِ‫الص ال‬
َّ ‫ت إِىَل‬
‫َع َحىَّت‬ْ ْ‫ك‬ ‫ار‬ َّ‫مُث‬ ‫آن‬ ْ َ َ ‫ع‬ ‫م‬ ‫ر‬
ََ َ ‫س‬
َّ ‫ي‬‫ت‬َ ‫َا‬‫م‬ ْ
‫أ‬ ‫ر‬
َ ‫ق‬
ْ ‫ا‬ َّ‫مُث‬ ‫ر‬
ْ ‫ب‬
ِّ‫ك‬َ ‫ف‬
َ ‫ة‬ َ ‫ إِ َذا قُ ْم‬:‫ال‬
َ َ‫ق‬
‫فَع‬ ‫ار‬ َّ‫مُث‬ ‫ا‬ ‫د‬
ً ِ ‫تَد َل قَائِم ا مُثَّ اس ج ْد حىَّت تَطْمئِ َّن س‬
‫اج‬ ِ ‫تَطْمئِ َّن راكِع ا مُثَّ ارفَع حىَّت َتع‬
ْ ْ َ َ َ ُ ْ ً ْ َ ْ ْ ً َ َ
ِ ِ
‫ك ُكلِّ َها‬ َ ِ‫صالَت‬َ ‫ك يِف‬ َ ‫َحىَّت تَطْ َمئِ َّن َجال ًسا مُثَّ ا ْف َع ْل َذل‬
)‫(رواه مسلم‬

Maksudnya: “Kembalilah dan kerjakan sembahyang (semula),


sesungguhnya engkau belum sembahyang.” Maka lelaki itu pun
kembali dan mengerjakan sembahyang seperti sembahyang
yang telah dia kerjakan. Kemudian dia datang kepada Nabi
Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu memberi salam kepada Baginda.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Dan ke
atasmu salam kesejahteraan.” Kemudian Baginda bersabda:
“Kembalilah dan kerjakan sembahyang (semula), sesungguhnya
engkau belum sembahyang.” Sehinggalah dia melakukan yang
demikian itu sebanyak tiga kali.
Lalu berkata lelaki itu: “Demi Yang Mengutusmu dengan
kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan sembahyang yang lebih
baik daripada ini, ajarkanlah aku.”
Baginda bersabda: “Apabila engkau mengerjakan sembahyang
maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang mudah
bagimu. Lalu ruku‘lah sehingga engkau thuma’ninah dalam
ruku‘mu, kemudian bangkitlah sehingga engkau lurus berdiri
dengan berthuma’ninah. Lalu sujudlah sehingga engkau
berthuma’ninah dalam sujudmu, kemudian bangkitlah sehingga
engkau thuma’ninah dalam dudukmu. Kemudian lakukanlah yang
demikian itu di dalam sembahyangmu pada setiap rakaat.”
(Hadits riwayat Muslim)

Thuma’ninah ketika ruku‘ ialah tetap anggotanya semasa


melakukan ruku‘sebelum bangkit untuk melakukan i‘tidal.
Sementara thuma’ninah ketikai‘tidal ialah tetap anggotanya
semasa i‘tidal sebelum bergerak untuk melakukan sujud.
Adapun thuma’ninah ketika melakukan sujud ialah tetap
anggotanya semasa sujud sebelum bangkit daripada
sujud. Thuma’ninahketika duduk antara dua sujud pula tetap
anggotanya semasa duduk antara dua sujud sebelum melakukan
sujud kedua.
Jika seseorang itu ruku‘ lalu terus berdiri tanpa thuma’ninah,
maka wajib dia kembali semula
melakukan ruku‘ berserta thuma’ninah, kemudian baharulah dia
berdiri untuk i‘tidal.
Maka sembahyang yang dikerjakan dengan cepat atau tergesa-
gesa boleh mengakibatkan tertinggalnya rukun thuma’ninah ini.
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa rukun sembahyang jika
tidak ditunaikan menyebabkan sembahyang tidak sah.
(3)  Sujud Dengan Tidak Mengendahkan Kedudukan Jari Kaki
Kecuaian dalam melakukan sujud juga kadang-kadang terjadi,
seperti kedudukan jari kaki yang tergantung-gantung atau hanya
meletakkan belakang jari kaki ke bumi.
Ketika melakukan sujud diwajibkan meletakkan kesemua tujuh
anggota sujud ke bumi. Diriwayatkan daripada Ibnu
‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

َّ ‫ض ٍاء َوالَ يَك‬


َ‫ُف َش َعًرا َوال‬ ِ ِ
َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم أَ ْن يَ ْس ُج َد َعلَى َسْب َعة أ َْع‬
ِ
َ ُّ ‫أُمَر النَّيِب‬
ِ ‫الر ْجلَنْي‬ ُّ ‫ اجْلَْب َه ِة َوالْيَ َديْ ِن َو‬:‫َث ْوبًا‬
ِّ ‫الر ْكبََتنْي ِ َو‬
)‫(رواه البخاري‬

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam diperintahkan


(oleh Allah) untuk sujud di atas tujuh anggota dan tidak mengikat
rambutnya (supaya tidak terburai ketika sujud) serta tidak
menyingsing pakaian: (Iaitu) dahi, kedua tangan, kedua lutut dan
kedua kaki.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Apa yang dimaksudkan dengan sujud di atas tujuh anggota itu


ialah meletakkan sebahagian dahi, sebahagian kedua lutut,
sebahagian telapak tangan atau perut jari kedua tangan dan
sebahagian perut jari kedua kaki.
Oleh itu, tidak sah sujud itu dengan hanya meletakkan belakang
telapak tangan, hujung-hujung jari atau tepi-tepinya. Begitu juga,
tidak memadai sujud dengan hanya meletakkan belakang jari kaki
apatah lagi membiarkannya tergantung-gantung.
Ini berbeza halnya jika ada keuzuran seperti putus tangan atau
putus jari-jari kaki, maka gugurlah kewajipan untuk
meletakkannya.
(4)  Dahi Tertutup Oleh Sesuatu
Sebagaimana yang telah dijelaskan, bahawa dahi adalah salah
satu anggota sujud. Jika tidak diletakkan sebahagiannya di
tempat sujud, maka ia belum dikira sebagai sujud.
Demikian juga, jika seseorang itu melakukan sujud sedang
keseluruhan dahinya tertutup oleh songkok, serban atau tempat
sujudnya (tempat ia meletakkan dahinya) dilapiki oleh sesuatu
yang bersambung dengannya yang ikut bergerak apabila dia
bergerak seperti ekor/hujung serban, tudung atau seumpamanya,
maka tidak sah sujudnya itu.
Berbeza halnya, jika sesuatu yang bersambung dengannya itu
tidak ikut bergerak apabila dia berdiri, duduk atau seumpamanya.
Sebagai contoh, hujung kain serban yang dipakainya itu terlalu
panjang dan ia menutupi tempat sujudnya sedang hujung kain itu
tidak ikut bergerak apabila dia bergerak, maka dalam hal ini sah
sujudnya itu.
Demikian juga, sah sujudnya apabila sesuatu yang menutupi
tempat sujudnya itu tidak bersambung dengannya. Sebagai
contoh, kain serban yang dipakai oleh orang lain menutupi tempat
sujudnya, maka dalam hal ini sah sujudnya itu.
Sekiranya seseorang itu tersujud atas permukaan yang tajam dan
menyakiti dahinya, bolehlah dia mengalihkan dahinya itu tanpa
mengangkatnya. Jika dia mengalihkan dahinya dengan
mengangkatnya, maka batal sembahyangnya kerana menambah
perbuatan sujud. Akan tetapi jika dia mengalihkan dahinya itu
dengan mengangkatnya sebelum thuma’ninah, maka tidaklah
membatalkan sembahyangnya.

(5)  Berdaham
Sembahyang menjadi batal apabila seseorang senghaja atau
dipaksa berkata-kata, sekalipun dengan melahirkan dua huruf
yang boleh difahami ataupun tidak seperti ‘ahem’, atau berkata-
kata dengan melahirkan satu huruf yang boleh difahami seperti ‘k’
yang bermaksud okey atau setuju.
Begitu juga berdaham tanpa keuzuran jika ia melahirkan dua
huruf sama ada difahami atau tidak adalah membatalkan
sembahyang. Namun jika tidak melahirkan dua huruf, maka
tidaklah batal sembahyang tersebut.
Adapun jika seseorang itu berdaham sedikit ketika sembahyang
kerana tidak dapat ditahan, maka tidaklah membatalkan
sembahyangnya itu.
Demikian juga, jika dia tidak dapat membaca rukun qauli seperti
surah al-Fatihah melainkan dengan terpaksa berdaham, maka ia
dimaafkan dan tidak membatalkan sembahyangnya kerana
terpaksa melakukannya untuk kesempurnaan bacaan al-
Fatihahnya.
Namun jika dia berdaham sedang dia boleh membaca
rukun qauli itu tanpa berdaham atau dia berdaham bagi
membolehkannya membaca dengan suara jahr (nyaring) atau
membolehkannya membaca bacaan-bacaan yang sunat, maka
yang demikian itu tidaklah dimaafkan kerana bacaan-bacaan
sunat atau membaca dengan suara jahr itu adalah perkara sunat
sahaja.

(6)  Salah Bacaan
Rukun-rukun qauliah (rukun-rukun yang berupa
bacaan) sepertitakbiratulihram, surah al-Fatihah, tasyahhud
akhir dan seumpamanya hendaklah dijaga huruf dan sebutan
hurufnya dengan betul dan sempurna. Ini kerana bacaan yang
tidak betul itu boleh merosakkan sembahyang.

Sebagai contoh pada bacaan surah al-Fatihah, jika huruf sin (‫)س‬

pada kalimah ( ُ ‫ )نَس تَعِنْي‬dibaca dengan huruf tsa (‫ )ث‬atau bacaan


ْ
َ ‫)أَْن َع ْم‬
yang mengubah makna seperti baris atas pada kalimah ( ‫ت‬
ِ ‫)أَْنعم‬, maka batal
dibaca dengan baris bawah menjadi (‫ت‬ َْ
sembahyang jika seseorang itu senghaja berbuat demikian
sedang dia tahu perbuatan itu salah.
Adapun jika dia tidak senghaja berbuat demikian, maka
hendaklah dia memperbetulkan bacaan yang salah itu sebelum
lagi dia ruku‘ tanpa mengulangi dari awal bacaan al-Fatihah. Itu
pun jika waktu dia melakukan kesalahan itu belum lama berlalu.
Jika waktu melakukan kesalahan itu sudah lama berlalu, maka
hendaklah dibaca dari awal surah al-Fatihah tersebut.
Jika dia senghaja ruku‘ sedangkan dia tahu hukum yang dia wajib
memperbetulkan bacaan al-Fatihah itu sebelum ruku‘, maka
batallah sembahyangnya. Adapun jika dia tidak
senghaja ruku‘ misalnya kerana lupa ataupun tidak tahu
hukumnya, maka rakaatnya itu tadi tidak dikira.
(7)  Kembali Melakukan Perkara Sunat Yang Tertinggal
Apabila seseorang itu terlupa melakukan perkara-perkara sunat
sembahyang seperti tasyahhud awal, qunut atau seumpamanya
daripada perkara-perkara yang melibatkan perbuatan sunat,
maka dalam hal ini sama ada ia menjejaskan sahnya
sembahyang atau sebaliknya dilihat kepada dua keadaan, iaitu:
Pertama: teringat belum melakukan perbuatan sunat yang
tertinggal itu setelah sampai ke perbuatan seterusnya.
Kedua: teringat sebelum sampai ke perbuatan seterusnya.
Contoh bagi keadaan pertama; imam atau orang yang
bersembahyang sendiri terlupa melakukan tasyahhud awal.
Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi
melakukan tasyahhud awal setelah dia sampai ke paras
sekurang-kurang berdiri tegak. Maka dalam hal ini, dia tidak boleh
kembali duduk untuk melakukan tasyahhud awal. Jika dia
senghaja kembali duduk sedangkan dia tahu hukumnya, maka
batal sembahyangnya itu kerana menambah perbuatan
sembahyang dengan senghaja. Adapun jika dia kembali duduk
disebabkan terlupa atau tidak tahu hukumnya, maka tidaklah
membatalkan sembahyangnya itu.
Contoh bagi keadaan yang kedua pula; imam atau orang yang
bersembahyang sendiri terlupa melakukan tasyahhud awal.
Kemudian dia teringat bahawa dia belum lagi
melakukan tasyahhud awal sebelum dia sampai ke paras
sekurang-kurang berdiri tegak. Dalam hal ini, jika dia kembali
duduk untuk melakukan tasyahhud awal tidaklah membatalkan
sembahyang, bahkan disunatkan dia melakukannya.
Demikianlah juga halnya, apabila imam atau orang yang
sembahyang sendiri itu terlupa membaca qunut. Jika dia teringat
setelah sujud dengan meletakkan semua anggota sujud, maka
tidak boleh dia kembali berdiri untuk membaca qunut. Namun jika
dia teringat sebelum sampai ke perbuatan sujud, maka sunat dia
kembali berdiri untuk membaca qunut.
Berbeza pula halnya dengan makmum yang mana makmum jika
terlupatasyahhud awal, kemudian dia terus berdiri tegak
sedangkan imam duduk melakukan tasyahhud awal ataupun
makmum dan imam terlupa tasyahhud awal akan tetapi imam
teringat sebelum berdiri tegak, lalu imam duduk
melakukan tasyahhud awal sedang makmum telah berdiri tegak,
maka dalam kedua keadaan ini, makmum wajib kembali duduk
untuk melakukantasyahhud awal kerana mengikut imam. Jika dia
tidak kembali duduk untuk bertasyahhud awal bersama-sama
imam, sembahyangnya menjadi batal jika dia tidak berniat
untuk mufaraqah yakni berpisah daripada mengikut imam.
Adapun jika imam dan makmum telah berdiri tegak, lalu imam
kembali duduk untuk melakukan tasyahhud awal, maka makmum
hendaklahmufaraqah yakni berpisah daripada mengikut imamnya.
Jika makmum senghaja mengikut imamnya kembali duduk dan
dia tahu akan hukumnya (tidak harus kembali unutk
duduk tasyahhud awal), maka batal sembahyang makmum itu.
Adapun jika makmum itu terlupa atau tidak tahu akan hukumnya,
maka tidaklah batal sembahyangnya.
Sebagai kesimpulan, laksanakanlah ibadah sembahyang itu
dengan bersungguh-sungguh dengan menyempurnakan segala
rukun dan syaratnya sebagaimana yang dituntut. Sembahyang
yang dilakukan sambil lewa dengan tidak melakukan rukun dan
syaratnya yang terkandung di dalamnya dengan sempurna akan
mengakibatkan sembahyang seseorang itu tidak sah.
Di samping menjaga rukun-rukun sembahyang, perkara-perkara
sunat juga hendaklah dilakukan dengan sebaiknya kerana ia akan
menambahkan lagi kualiti sembahyang itu di sisi
Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Dari itu peliharalah sembahyang dan tunaikanlah dengan sebaik-
baiknya dan janganlah mengerjakannya bagai melepaskan batuk
di tangga.

Anda mungkin juga menyukai