Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN JOM KE SEKOLAH

.


Segala puji bagi Allah S.W.T., Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke
atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan ke atas keluarga serta
para sahabat baginda sekalian.







.
Ya Allah pada hari yang penuh bermakna ini, kami berkumpul bagi
mendapatkan keredahaanMu Ya Allah, sempena pelancaran Program Jom
Ke sekolah peringkata SMK Teloi Kanan. Kami menadah tangan merafak
sembah takzim semoga majlis ini diberkati dan dirahmati, seterusnya
moga ianya memberi manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga SMK
Teloi Kanan khususnya.. Anugerahkan kepada kami kesihatan yang
sempurna, akal yang cerdas, hati yang terang, daya ingatan yang kuat
untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru kami
yang kami kasihi.

.



Dengan kudrat dan iradatMu, tambahkanlah kekuatan dan ketabahan
kami dalam menghadapi cabaran menimba ilmu pengetahuan,
himpunkanlah kami dalam kalangan mereka yang suka dan cintakan ilmu
pengetahuan moga dengannya kami akan beroleh kejayaan di dunia dan
di akhirat..






.
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,
dosa guru-guru kami dan dosa mereka yang berjasa kepada kami.


.
.

.

Anda mungkin juga menyukai