Anda di halaman 1dari 3

DOA HARI GURU 2019 & MAJLIS APC 2018

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK

‫اهلل ِم ْن ُش ُر ْو ِر أَ ْن ُف ِسنَا َو ِم ْن‬


ِ ِ‫ نَ ْحم ُدهُ ونَستَ ِع ْينُهُ ونَسَتغْ ِفرهُ و َنعوذُ ب‬، ‫ِهلل‬
ُْ َ ُ ْ َ ْ َ َ
ِ ‫اَلـحم ُد‬
َْ
ُ‫الصالَة‬
َّ ‫ َو‬، ُ‫ي لَه‬ ِ ‫ضلِلْهُ فَالَ َه‬
‫اد‬ ْ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫و‬ ‫ه‬
ُ ‫ل‬
َ ‫ل‬
َّ ِ ‫ات أَ ْعمالِنَا من ي ْه ِد ِه اهلل فَالَ م‬
‫ض‬ ِ َ‫سيِّئ‬
َ ُ ْ َ َ ُ ُ َ ْ َ َ َ
. ‫َج َـم ِع ْي َن‬ ِ ِ ِ ‫السالَم َعلى رسولِنَا األَِمي ِن و َع‬
ْ ‫َص َحابِه أ‬
ْ ‫لى آله َوأ‬ َ َ ْ ْ ُ َ َ ُ َّ ‫َو‬
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk menghadiri dan menjayakan majlis makan
malam amal SAM Paya Jaras tahun 2019
pada malam yang berbahagia ini

Ya Allah, Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid,

Kehadrat Mu kami menadah tangan kepada Mu doa kami


Persembahkan, engkau limpahilah pertemuan ini dengan keberkatan,
Engkau kurniakanlah Redha dan Kerahmatan. Agar pertemuan ini
berlangsung penuh Keharmonian, di bawah naungan Mu Tuhan Maha
Rahman.

Ya Allah, Ya Rahman..
Ya Allah, Ya Rahman
Engkau tampunglah segala kekurangan kami, Engkau tutuplah segala
keaiban kami, Engkau satukanlah semangat dan tindakan kami,
Engkau perbaiki segala kelemahan kami, Engkau maafkan segala
kealpaan kami, Engkau rungkai segala permasalahan kami dan
Engkau iringi segala usaha kami dengan keberkatan.

Ya Allah, Ya Rahman
Berikanlah sifat kesabaran dalam menjalankan tugasan, agar kami
sentiasa ikhlas dalam setiap amanah yang diberikan, berikanlah kami
peluang serta kesempatan agar dapat kami perbetulkan segala
kesilapan, kealpaan dan kelalaian. Limpahkan kami rahmat dan ihsan,
agar kami dapat naungan Mu yang Maha Rahman, kurniakan kami
taufiq serta jalan kebenaran agar terpimpin segala warna kehidupan.

‫يا غنى يا حميد‬

Jadikanlah para penderma pada malam ini sebagai hamba-hamba Mu


yang bersyukur di atas segala nikmat kurnianmu. Jadikanlah
sumbangan mereka sebagai amal jariah yang akan terus menerus
masuk akaun amalan walau jasad telah terpisah dari badan.
Sesungguhnya inilah harta sebenar yang menjadi milik dan memberi
manfaat yang berkekakalan untuk setiap anak Adam

Ya Allah, Ya Rahman
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang
diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan
keburukan. Gugurkan dosa kami dengan keampunan, agar kami tidak
mendapat kemurkaan Mu Ya Allah.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى اهلل على خير خلق اهلل وخاتم األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله‬
‫وصحبه أجمعين والحمد هلل رب العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai