Anda di halaman 1dari 1

DOA PENANDA ARAS TS25

Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan
salam ke atas semulia-mulia nabi dan rasul, junjungan kami Nabi Muhammad
dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

Ya Allah, apa yang telah Engkau beri nikmat maka tambahkanlah, dan apa yang telah Engkau
tambahkan maka berkatilah, dan apa yang telah Engkau berkati maka bagiMu segala pujian
atasnya
Ya Allah , Tuhan Semesta Alam
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
menyambut dan meraikan lawatan Penanda Aras PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
DALAT,SARAWAK pada petang yang berbahagia ini . Mudah-mudahan lawatan ini akan menjadi
medan yang subur untuk kami bekerjasama dan bertukar-tukar pengalaman demi
memantapkan
proses pengurusan pendidikan sekolah kami, di samping mengeratkan tali silaturrahim antara
kami .
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah semangat perpaduan di kalangan kami.
Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri, cemburu nista
buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, tidak berdaya lagi
kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan
martabat kami seterusnya menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di
sekolah kami.

Anda mungkin juga menyukai