Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI SABAH 2012 Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam , Kami

Ya Allah , Tuhan Penguasa Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri KarnivaL Bahasa inggeris peringkat negeri Sabah 2012 pada hari ini . Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya kami berkumpul pada hari ini keranaMu Ya Allah, Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu, kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat juga pangangan serta buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memaratabatkan bahasa inggeris selari dengan Transformasi Pendidikan Negara hari ini . Ya Allah Tuhan yang memberikan rezeki kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi berkat hasil dari usaha usaha kami. Jadikan ia sebagai titik permulaan untuk kami menjadi usahawan yang Berjaya pada masa akan datang. Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan,Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera menghindari dari keburukan . Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan segala keburukan . Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai