Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENILAIAN PSS

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء‬
.‫والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين‬
Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim,

Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufiqMu,
kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan
pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kami memohon kepadaMu agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmatMu,
semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayahMu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul keranaMu Ya Allah.

Kami berkumpul untuk menghubungkan silaturrahim dan memberi sokongan ke arah


meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami memohon kekuatan dari hadhratMu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini
dapat melaksanakan segala kebajikan. Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau
daripada melakukan kemungkaran.

Ya Allah,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah lembut. Muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami
dengan kesihatan.

,‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم والحمد هلل‬
.‫رب العالمين‬

‫تقبل هللا منا ومنكم‬

Anda mungkin juga menyukai