Anda di halaman 1dari 1

‫ والصالة والسالم‬،‫ والعدوان إال على الظالمين‬،‫ والعاقبة للمتقين‬،‫ الحمد هلل رب العالمين‬،‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

‫ وخاتم النبيين وعلى آله وأصحابه أجمعين‬،‫على أشرف األنبياء والمرسلين‬

Segala puji hanya untukmu Ya Allah, Selawat dan salam atas junjungan Besar
baginda nabi Muhammad SAW.

Ya Allah kami merafa`kan kesyukuran di atas keizinanmu untuk kami berkumpul di


dewan Al-Farabi yang mulia ini bersempena Majlis Jasamu Dikenang Haji Kamarauzaman
bin Zakaria dan Hajah Siti Hazlifah binti Hilaludin staff Menengah Kebangsaan Kuala
Pegang.

Bersempena majlis persaraan staff yang diraikan pada saat ini, kami menadah
tangan dengan penuh pengharapan, memohon kehadrat-Mu Ya Allah agar dia sentiasa
diberkati dan dirahmati, dikurniakan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan tubuh
badan yang sihat wal Afiat dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.

‫يا اهلل‬

Kami memohon lagi kehadrat-Mu, agar dia dikurniakan kekuatan fizikal dan mental
untuk meneruskan kehidupannya sebagai hambamu yang beriman dan bertaqwa. Engkau
panjangkanlah usianya dalam melakukan ketaatan dan menantiasa menyumbang bakti buat
agama, bangsa, dan negara.

‫اللهم يا الرحمن يا الرحيم‬

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan dan perjuangan ini, dapat
menggalas tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, cemerlang dan
berkualiti demi melahirkan pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang dari kesemua
aspek kehidupan terutama dalam pembentukkan sahsiah diri. Sesungguhnya mereka itulah
yang bakal menjadi penentu nasib diri, keluarga, masyarakat dan negara.

ً‫ والتَ ْج َع ْل فِينَا َش ِقيا‬،‫ َوَت َف ُّر َقنَا@ من بعده َت َف ُّرقًا معصوما‬،‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫ برحمتك يا ارحم الراحمين‬،‫وما‬
ً ‫والم ْح ُر‬
َ ‫ودا‬ً ‫َوالَ َمط ُْر‬
Ya Allah, jadikanlah majlis kami ini sebagai majlis yang dirahmati dan diredhai, dan
perpisahan kami selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan
jangan pula Engkau jadikan pada diri kami ini serta mereka yang bersama kami,
kebinasaan, dan maksiat yang boleh menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat-Mu.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬

‫ والحمدهلل رب العالمين‬،‫ وعلى آله وصحبه وسلم‬،‫وصلى اهلل على سيدنا محمد‬

Anda mungkin juga menyukai