Anda di halaman 1dari 1

Tambahan daripada ulasan di tugasan 1 terdahulu.

Soalan: Bincangkan bagaimanakah penyimpanan data peribadi murid boleh membantu guru
dalam pegurusan bilik darjah.

Pada pandangan saya, ianya boleh membantu guru dari sudut bagaimana pemilihan
kaedah pengajaran yang hendak dilakukan oleh guru berdasarkan latar belakang keluarga
mereka. Demikian kerana setiap dari kalangan murid kita adalah berbeza perkembangan
moral dan sosial dalam kehidupan mereka. Ini kemungkinan besar adalah dipengaruhoi oleh
kehidupan keluarga mereka. Oleh hal demikian, jika seorang guru ini, masuk ke dalam kasut
mereka yakni mengambil tahu serta menghayati kehidupan mereka, maka sudah pasti kita
akan lebih mudah untuk menentukan kaedah pengajaran kita terhadap mereka kerana
sedikit sebanyak kita sudah mempunyai maklumat serta pengetahuan ketika bersama
mereka (apa yang mereka suka, apa yang mereka kurang minat, dan sebagainya)

Keduanya ialah, kita mudah untuk berhubung dengan ahli keluarga mereka
sekiranya berlaku masalah-masalah yang tidak kita ingini. Sebagai contohnya masalah
malas belajar khususnya. Maka kita boleh menasihati ibu bapa mereka supaya memantau
anak mereka atau memberi bimbingan yang lebih kepada anak mereka. Contohnya
mengatur masa harian mereka dengan baik, mengetahui dengan siapa mereka bergaul dan
sebagainya. Ini demikian kerana sekiranya berlaku masalah yang tidak kita inginkan seperti
mencuri, merokok dan memonteng, maka kita akan mudah untuk mengesan apakah punca
berlakunya kesemua ini. Adakah berpunca daripada ibu bapa yang kurang perhatian pada
anak-anak, atau adalah kerana guru yang tidak memainkan peranan dalam membentuk
keperibadian murid di sekolah dan sebagainya.

Oleh itu, sedikit sebanyak ianya akan membantu kita selaku guru untuk mengurus
bilik ketika di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai