Anda di halaman 1dari 1

APA KEFAHAMAN ANDA TENTANG KONSEP BERIKUT.

1. KOMUNIKASI DAN KOLABORASI

Komunikasi adalah pengiriman dan penerimaan serta pertukaran maklumat atau pesanan dari
dua orang atau lebih dan ianya boleh difahami. Komunikasi ini bukan hanya terbatas pada
penggunaan bahasa verbal sahaja, tetapi juga mempunyai hubungan rapat dengan ekspresi
muka, bahasa tubuh dan seni serta teknologi yang ada pada masa kini. Ianya boleh dikatakan
berkesan sekiranya pendengar dapat memahami apa yang disampaikan dengan baik. Dalam
masa yang sama, kemahiran komunikasi ini juga boleh melatih dan memberikan skill pada
penyampai dan penerima untuk bersosial. Walau bagaimana pun, kemampuan komunikasi ini
seharusnya seiring dengan kemampuan kolaborasi (toleransi) terutamanya ketika dalam
melaksanakan aktiviti berkumpulan. Oleh itu kedua-dua ini penting untuk membentuk kerjasama
dalam kalangan murid khususnya yang melibatkan pertukaran dan perkongsian pemikiran atau
idea untuk kepentingan mereka bersama.

2. LITERASI TMK

Literasi TMK bermaksud kebolehan membaca dan menulis serta menggunakan TMK sebagai
media untuk berinteraksi. Pelajar masakini berada dalam gelombang teknologi maklumat yang
hebat, maka setiap pelajar perlu celik komputer dan pelbagai media komunikasi lain kerana
media teknologi maklumat ini telah menjadi alat standard di dalam semua peringkat pendidikan
di negara ini. Memandangkan aplikasi TMK terbukti berupaya meningkatkan mutu
pembelajaran, maka kemahiran menggunakan TMK ini perlu dipindahkan kepada pelajar secara
bersungguh-sungguh di dalam proses PdP. Amat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan
dengan menggunakan TMK jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan kerana terdapat jutaan ilmu
dihimpunkan atas talian yang boleh diekses secara pantas dan efektif.

3. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

KBAT adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu yang baru. Antara impak yang baik daripada KBAT ini
termasuklah dapat meningkatkan daya kognitif dan kecelikan minda murid untuk berfikir dengan
lebih luas dan seterusnya dapat mencipta suatu yang baru iaitu mampu menghasilkan inovasi
sendiri. Dalam pedagogi ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing serta pemudah cara
kepada murid di sekolah.

4. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH.

Pada umumnya, kemahiran ini adalah satu proses yang menggunakan mental untuk
menyelesaikan masalah berdasarkan tujuan tertentu. Ianya akan menjadikan seseorang itu
seronok apabila cabaran yang dihadapi tersebut boleh diatasi dengan baik. Penyelesaian yang
terbaik adalah dengan memikirkan kesan serta akibat yang akan dihadapinya setelah daripada
itu. Manakala dalam konteks pendidikan masa kini pula, kaedah penyelesaian masalah
merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pengalaman dan
memerlukan murid untuk berfikir secara aktif. Mereka dapat menjana idea yang kritis dan kreatif
untuk membentuk beberapa penyelesaian masalah yang mereka hadapi semasa menjalankan
kajian sains misalnya, secara sistematik dan tersusun, praktikal dan berkesan dengan
mengaplikasikan pengalaman, teori dan prinsip yang dipelajari sebelum ini.

Anda mungkin juga menyukai