Anda di halaman 1dari 2

SILA BUAT TIGA REFLEKSI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

1. Tilawah
1.1 Standard Kandungan: Membaca dan mengamalkan surah at-Takasur dengan betul
dan bertajwid dalam kehidupan harian secara beradab dan istiqomah.
- 95% murid dapat membaca dengan betul dan bertajwid serta mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan (Tahap 5).
- 5% murid hanya mencapai tahap 3 sahaja iaitu dapat membaca dengan betul
dan bertajwid semata-mata.
- Kekuatan:
o Murid dapat menguasai cara bacaan yang betul dan bertajwid dengan
cepat.
o Murid gembira belajar dengan menggunakan tayangan slaid yang
menarik.
- Kelemahan:
o Terdapat segelintir murid yang tidak mampu menyebut bacaan dengan
betul walaupun telah disebutkan berkali-kali.

2. Hafazan
1.3 Menghafaz dan mengamalkan surah al-Takathur dengan betul dan bertajwid dalam
solat dan kehidupan harian secara beradab dan istiqomah.
- 90% murid dapat menghafaz surah al-Takathur dengan betul dan bertajwid serta
mengamalkan bacaannya (Tahap 4).
- 10% murid hanya mencapai tahap 2 sahaja iaitu menghafaz surah at-Takathur
dengan betul (Tahap 2).
- Kekuatan:
o Murid cepat menghafaz dengan melakukan hafalan secara berkumpulan
kecil-kecilan.
- Kelemahan:
o Terdapat murid yang lambat dan sukar menghafal.

3. Ayat kefahaman
1.5 Merumus, mengamal, dan menghayati surah al-Ikhlas secara beradab dan
istiqomah.
- 85% murid dapat merumus kepentingan tuntutan surah al-Ikhlas dan
mengamalkannya secara beradab dan istiqomah.
- 15% murid hanya mencapai tahap 4 sahaja iaitu menganalisis dan mengaplikasi
tuntutan surah al-Ikhlas dan mengamalkannya.
- Kekuatan:
o Murid mampu memahami tajuk yang diajarkan dengan baik.
- Kelemahan:
o Segelintir murid hanya mampu membaca dan menghafaz sahaja tanpa
mampu memahami kefahaman ayat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai