Anda di halaman 1dari 2

MERUNGKAI STANDARD DAN PENJAJARAN KONSTRUKTIF

Tahun : 4
Tajuk : Dengarlah hafazanku
Topik/subtopik: Surah al-zalzalah ayat 1-8

STANDARD:
Standard kandungan : Murid dibimbing untuk membaca, menghafaz dan
mengamal surah al-Qariah, surah al-adiyat dan surah al-zalzalah dengan betul
dan bertajwid

Standard pembelajaran: Murid berupaya untuk membaca dan menghafaz


surah al-zalzalah dengan betul dan bertajwib serta mengamal bacaan dan
hafazan surah al-zalzalah dalam solat serta kehidupan seharian

INDIKATOR:
Murid menggunakan kaedah soal jawab dan perbincangan bersama guru untuk
bertanya dan mengetahui berkaitan surah al-zalzalah:
1) Bagi membolehkan murid-murid menguasai bacaan surah al-zalzalah
dengan betul dan bertajwid
2) Bagi membolehkan murid berjaya menghafaz surah al-zalzalah bermula
ayat 1-8

KONSEP(PENGETAHUAN)
Murid mengetahui kepentingan membaca surah al-zalzalah dengan betul dan
bertajwid. Kemudian menghafaz surah al-zalzalah setelah berjaya membaca
surah tersebut dengan bacaan yang bertajwid. Hafazan yang telah dilakukan perlu
diamalkan dan dipraktikkan dalam solat serta kehidupan seharian.

KEMAHIRAN
Murid mampu untuk:
1) Membaca surah al-zalzalah dengan betul dan bertajwid
 Menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah
 Menggunakan kaedah dengar dan ulang bacaan guru
2) Menghafaz
 menggunakan kaedah tikrar iaitu bacaan secara berulang-ulang kali
untuk menghafaz surah al-zalzalah bermula ayat 1 hingga ayat 8.
 menggunakan kaedah tasmi bacaan untuk memastikan ayat yang
dihafaz betul dan tersusun
TOPIK ATAU KONTEKS
 Dengarlah hafazanku : surah al-zalzalah
Aktiviti 1 (murid dapat membaca surah al-zalzalah dengan ebtul dan bertajwid):
1) Murid-murid akan memperdengarkan surah al-zalzalah sambil melihat
mashaf al-Quran dengan bimbingan guru
2) Murid membaca surah al-zalzalah sambil guru meneliti bacaan murid dari
segi sebutan atau makhraj huruf
Aktiviti 2 (murid dapat menghafaz surah al-zalzalah) :
1) melakukan aktiviti “super hafaz”
2) murid diedarkan kad super hafaz yang mengandungi kotak bilangan
hafazan
3) Setiap murid dikehendaki menyemak bacaan hafazan secara berpasangan
4) Setiap bacaan perlu ditandakan pada kad super hafaz
Aktiviti 3 (mengaplikasikan surah al-zalzalah dalam solat dan kehidupan) :
1) Murid melakukan aktiviti mencatum potongan perkataan menjadi satu
potongan ayat surah al-zalzalah yang lengkap

IDEA UTAMA

Ringkas dan tepat : Murid boleh menyebut jenis-jenis tajwid yang terdapat dalam
surah al-zalzalah ketika membaca surah tersebut

Terbuka (open-minded) : Kepentingan membaca surah al-zalzalah dengan betul


dan bertajwid

Meluas dan berpanjangan : Kesan tidak beriman dengan salah satu surah dalam
al-Quran iaitu surah al-zalzalah

SOALAN-SOALAN PENTING

1) Menguji murid untuk mengisi tempat kosong surah al-zalzalah menjadi


satu ayat yang lengkap
2) Meminta murid menyusun kedudukan ayat dalam surah al-zalzalah dengan
betul bagi mengetahui tahap penguasaan hafazan
3) Meminta murid menjelaskan kegunaan dan manfaat menghafal surah al-
zalzalah

Anda mungkin juga menyukai