Anda di halaman 1dari 16

HIFZ AL-QURAN

Melahirkan Generasi Huffaz


Cemerlang

Ustaz Muhamad Zawawi


Bin Ibrahim
PENGENALAN

KSSM Hifz al-Quran digubal bagi memenuhi


keperluan membina dan membentuk peribadi
muslim yang menghafaz al-Quran disamping
memahami, mengamalkan dan menghayati Islam
secara menyeluruh.
OBJEKTIF

KSSM Hifz al-Quran bertujuan membolehkan murid


mencapai objektif berikut:

I. Menghafaz 30 juzuk al-Quran dengan meraikan


hukum tajwid dan adab penghafaz al-Quran.
II. Mengetahui maksud 30 juzuk al-Quran dalam
Bahasa Melayu.
PELAKSANAAN MATA
PELAJARAN HIFZ AL - QURAN

 Mata Pelajaran Hifz al-Quran terbahagi kepada dua


bidang iaitu Tasmik dan Fiqh al-Ayat.
 Bagi bidang Tasmik, setiap murid perlu menghafaz
dan memperdengarkan bacaan di hadapan guru.
 Bagi bidang Fiqh al-Ayat, murid perlu
menerangkan terjemahan ayat secara umum.
 Bagi mata pelajaran Hifz al-Quran setiap murid perlu menghafaz
juzuk-juzuk berikut ;

1. Tingkatan Satu Juzuk 10 dan Juzuk 1 hingga 5 (6 Juzuk)


2. Tingkatan Dua Juzuk 6 hingga 12 (7 Juzuk)
3. Tingkatan Tiga Juzuk 13 hingga 18 (6 Juzuk)
4. Tingkatan Empat Juzuk 19 hingga 25 (7 Juzuk)
5. Tingkatan Lima Juzuk 26 hingga 29 (4 Juzuk)
CADANGAN JADUAL
PEMBELAJARAN
 Tahdir 6:30 pagi hingga 7:10 pagi Ayat hafazan Baharu
 Tasmik 7:30 pagi hingga 9:30 pagi Memperdengarkan hafazan
 Muraja’ah 7:00 malam hingga 9:00 malam Mengulang hafazan (baharu / lama

PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL-


QURAN :
 Sebelum menghafaz

I. Niat yang Ikhlas


II. Memulakan hafazan dengan membaca doa
III. Menggunakan satu mushaf al-Quran Rasm Uthmani (al-Quran dan terjemahan)
IV. Pakaian dan tubuh badan yang suci bersih
V. Ayat yang hendak dihafaz telah ditalaqqi
 Semasa menghafaz

I. Baca ayat di muka surat hendak dihafaz berulang kali dengan betul dan
menepati hukum tajwid.

II. Bahagikan ayat yang hendak dihafaz kepada 3 atau 4 bahagian.

III. Baca bahagian pertama hingga lancar sebelum berpindah kepada bacaaan
seterusynya.

IV. Mulakan dengan menghafaz ayat yang yang pertama dengan kekerapan ulangan
sekurang – sekurangnya 20 kali.

V. Seterusnya, guna kaedah lihat mushaf 5 kali dan tidak lihat mushaf 5 kali(atas
kesesuaian)
VI. Setelah menghafaz ayat yang kedua, ulang Kembali ayat pertama dan kedua
sekurang – kurangnya 20 kali.

VII.Teruskan dengan hafazan ayat yang ketiga berpandukan kaedah yang sama,
setelah hafaz, ulang Kembali ayat pertama, kedua dan ketiga sekurang –
kurangnya 20 kali. Begitulah untuk ayat – ayat seterusnya.

VIII.Setelah ingat bahagian yang pertama, ulang sehingga lancer barulah berpindah
kepada bahagian kedua.

IX. Selepas selesai menghafaz, murid dikhendaki membaca terjemahan untuk


memahami ayat yang dihafaz.

X. Murid dikhendaki menulis Kembali ayat – ayat yang dihafaz.


 Selepas menghafaz

I. Murid digalakkan membaca ayat – ayat yang dihafaz dalam solat.

II. Sentiasa mengisi masa dengan mengulang ayat – ayat yang sudah dihafaz atau
menghafaz ayat – ayat baharu.

III. Sentiasa berdoa agar Allah memberi kekuatan dan kemudahan untuk menjaga
kalam-Nya

IV. Berusaha mengamalkan tuntutan ayat yang dihafaz.


PROSES PELAKSANAAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
HIFZ AL-QURAN
1. TAHRIRI DAN HAFAZAN BAHARU

• Nisbah guru : murid = 1 : 50

• Waktu : 7:00 malam – 9:00 malam termasuk solat maghrib dan isyak

Aktiviti pelaksanaan :
1.1 Menulis ayat – ayat hafazan Baharu (tahriri hafazan) sebanyak satu
muka surat secara individu selama 30minit antara jam 7:00 malam
hingga 7:30 malam.
1.2 Menunaikan solat maghrib secara berjemaah selama 15 minit
antara jam 7:30 malam – 7:45 malam.

1.3 Menghafaz ayat –ayat hafazan baharu sebanyak satu muka surat
secara individu selama 60 minit antara jam 7:45 malam – 8:45 malam.

1.4 Menunaikan solat isyak secara berjemaah selama 15minit antara


jam 8:45 malam hingga 9:00 malam.

1.5 Guru tahfiz yang bertugas bertanggungjawab memastikan setiap


murid menulis dan menghafaz ayat – ayat hafazan baharu sebanyak satu
muka surat.Mereka juga berperanan sebagai tempat rujukan murid semasa
aktiviti Tahriri dan Hafazan Baharu
• Bagi sekolah – sekolah di Sabah dan Sarawak penetapan waktu
bagi aktiviti Tahriri dan Hafazan Baharu adalah mengikut
kesesuaian waktu setempat.
2. TASMIK DAN
MURAJAAH
• Nisbah guru : murid = 1 : 10

• Waktu : 7:30 pagi – 9:30 pagi

Aktiviti pelaksanaan :
2.1 Tasmik
a) Mengemukakan tulisan Ayat-ayat Hafazan Baharu yang ingin ditasmik kepada
guru. Ayat-ayat tersebut ditulis dalam Buku Tahriri Hafazan yang disediakan.
b) Memperdengarkan Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka surat sehari di
hadapan guru secara individu antara jam 7.30 pagi — 8.10 pagi (4 minit : 1
murid). Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran.
2.2 Murajaah Hafazan Baharu
Murajaah sebanyak 2 muka surat sebelum muka surat Tasmik di hadapan guru
secara individu antara jam 8.10 pagi — 8.50 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku
pada 4 hari pertama minggu pembelajaran. Sebagai contoh, sekiranya muka surat
Tasmik ialah muka surat 20 maka Murajaah Hafazan Baharu ialah muka surat 18 dan 19.

2.3 Murajaah Hafazan Lama


Murajaah 2 muka surat secara bergilir-gilir (kaedah tadarus) sebanyak 1 juzuk
sebelum. Juzuk Tasmik. Setiap murid murajaah di hadapan guru antara jam 8.50 pagi —
9.30 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu
pembelajaran. Sebagai contoh, sekiranya Juzuk Tasmik Semasa ialah juzuk 2 maka
Murajaah Hafazan Lama ialah juzuk 1.
2.4 Murajaah Mingguan
Murajaah 4 muka surat meliputi semua muka surat yang dihafaz pada minggu
tersebu t di hadapan guru secara individu antara jam 7.30 pagi — 8.30 pagi
(6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada hari ke 5 minggu pembelajaran.

3. FIQH al-Ayat
Menerangkan intisari ayat-ayat hafazan (fiqh al-ayat) yang telah dihafaz pada
minggu tersebut sebanyak 4 muka surat di hadapan guru secara individu antara jam 8,30
pagi - 9.30 pagi (6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada hari ke 5
minggu pembelajaran.

• Guru Tahfiz merekodkan aktiviti Tasmik, Murajaah Hafamn gaharu, Murajaah


Hafazan Lama. Murajaah Mtngguan dan Fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang
disediakan.
HIFZ AL-QURAN
Melahirkan Generasi Huffaz
Cemerlang

Ustaz Muhamad Zawawi


Bin Ibrahim

Anda mungkin juga menyukai