Anda di halaman 1dari 5

TUESDAY, MARCH 24, 2009

Model Pengajaran Tilawah Al-Quran

Pelajaran: Tilawah Al-Quran (Surah al-Baqarah ayat 1 5)


Tajuk: Dengung Nun Sakinah dan Tanwin
Tingkatan: Satu
Bilangan Pelajar: 35 orang
Masa : 40 minit
Objektif Am : Pelajar dapat membaca Al-Quran dengan baik dan betul
Objektif Khas:
1. Pelajar dapat membunyikan dengung Nun Sakinah dan Tanwin dengan betul (pada
huruf Fa, Zai, Lam dan Qaf)
2. Dapat menyebut ciri-ciri orang-orang Muttaqin.
Langkah 1. Induksi set
Bertanya khabar dan berdoa. Guru boleh melakukan apa saja untuk menarik perhatian
pelajar kepada tajuk pelajaran hari ini, seperti gambar orang solat, gambar dunia dan
lain-lain. Kalau gambar orang solat, tanyakan; gambar apa ini? kenapa dia/kita solat?.
Juruskan kepada tajuk: Kita solat untuk mendapat pangkat Taqwa, orang yang
bertaqwa disukai Allah. Jadi hari ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang
menerangkan ciri-ciri orang bertakwa.
Kalau Gambar alam, tanyakan alam ini siapa yang jadikan? Ada lagi tak alam selain
daripada yang kita nampak ini? Jika ada alam apa namanya?. (Alam ghaib). Kamu tahu
apa yang ada dalam alam ghaib? Ya, ada syurga, ada neraka, ada Arasy, Kursi dan
macam-macam lagi. Kita sebagai seorang Islam wajib percaya adanya alam ghaib ini.
Orang yang benar-benar percaya kepada adanya alam ini akan tergolong dalam
golongan orang yang bertaqwa, dan orang yang bertaqwa ini dikasihi Allah. Jadi, hari
ini kita akan membaca ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan ciri-ciri orang yang
bertaqwa.
Langkah 2. Membaca ayat.
Guru pamirkan ayat di hadapan, sama ada tulisan di papan, carta, transparensi, slaid,
LCD atau sebagainya. Dalam masa yang sama, jika boleh, setiap murid mempunyai
Mushaf Al-Quran. Jika guru menulis ayat, pastikan ditulis dengan Rasm Uthmani,
betul, elok, dan dapat dibaca oleh murid yang di belang kelas. Tujuan carta, ialah supaya
guru dapat tunjukkan tanda-tanda semasa membaca dan membetulkan bacaan murid.
Tujuan Mushaf Al-Quran ialah kerana membaca Al-Quran daripada Mushaf lebih baik
dan lebih tepat. Selain itu ialah untuk menerangkan adab dengan Al-Quran dan juga
untuk keberkatan dan mendapat pahala memandang mushaf.
Guru membaca ayat dengan diperhatikan oleh pelajar sekurang-kurangnya dua kali.
Kali ketiga diikuti oleh semua murid. Kemudian minta murid membacanya secara
perseorangan (dalam keadaan tertentu boleh secara kumpulan). Bilangan pelajar
mengikut keadaan masa. Murid membaca di Mushaf lebih baik daripada di papan tulis.
Guru betulkan bacaan yang salah. Guru mesti membacanya dengan betul (pada tempat
yang salah) dan minta murid ulangkan beberapa kali sehingga betul.

Langkah 3. Perbincangan hukum bacaan


Guru minta murid keluarkan kalimah (ayat) yang ada Nun Sakinah. Guru tuliskan
(senaraikan) di papan tulis. Kemudian guru tanyakan bagaimana membaca kalimah ini?
Dengung atau tidak dengung? Kalau dengung, guru minta murid bacakan. Jika salah,
tunjukan cara membacanya. Ambil perhatian semua murid supaya mendengar dan
membaca ayat berkenaan dengan dengung yang betul. Demikinlah dengan kalimah lain
satu persatu.
Selepas itu guru minta pelajar keluarkan kalimah (ayat) yang ada Tanwin, dan guru
tuliskan di papan tulis. Guru soal pelajar bagaimana cara membaca kalimah berkenaan
(satu demi satu). Dengung atau tidak dengung?. Kalau dengung bagaimana cara
mendengungkannya. Jika murid bunyikan dengan cara yang salah atau tidak cukup
harakat, maka guru tunjukkan cara yang betul. Minta perhatian pelajar semua supaya
mendengar dan mengikut bacaan guru menyebut dengung bagi kalimat tersebut dengan
betul. Minta beberapa orang murid menyebutnya untuk pengukuhan. Guru buat
kesimpulan bahawa jika Nun Sakinah dan Tanwin bertemu dengan huruf seperti yang
dibincangkan bacaannya adalah dengung.
Langkah 4. Latihtubi.
Guru bahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan dan tetapkan ayat-ayat yang hendak
dibaca oleh setiap kumpulan. Pelajar membaca dalam kumpulan selama 7 10 minit.
Guru mengawasi semua kumpulan di samping memberi perhatian lebih kepada
kumpulan yang lemah. Dengan cara ini pelajar dapat membina kemahiran membaca
dan semua pelajar dapat membaca.
Langkah 5. Beri pengajaran ayat.
Setelah cukup masa, guru panggil semua pelajar balik ke tempat masing-masing. Guru
buat kesimpulan bahawa dalam ayat yang kita baca tadi Allah menjelaskan ciri-ciri
orang yang bertaqwa, iaitu ; Orang yang percaya kepada perkara ghaib mendirikan
solat, mengeluarkan zakat dan menderma, percaya kepada kitab-kitab Allah dan yakin
adanya hari Akhirat. Guru tuliskan di papan dan pelajar salin.
Langkah 6. Penilaian
Guru tulis atau siapkan beberapa ayat yang ada Nun Sakinah dan Tanwin dan minta
murid bacakan ayat-ayat berkenaan mengikut pengalaman yang dibincang sebentar
tadi. Contoh soalan: Bagaimana membaca ayat ini? Cuba baca ayat ini, Ahmad, dan
lain-lain. Solan tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa. Contoh: Sebutkan 3 ciri orang
yang bertaqwa. Minta beberpa orang murid menjawabnya.
Langkah 7. Penutup.
Guru merumus isi pelajaran dan menasihati pelajar supaya, selalu membaca Al-Quran,
membaca dengan cermat dan betul, melakukan solat, menolong kawan yang perlu
pertolongan, kerana ini mendidik kita menjadi orang yang bertaqwa

1. Pengenalan
Bacaan Ikut Guru (BIG) ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang masih
membaca buku Iqra dan murid yang membaca al Quran di bawah sukatan sebenar .
Ia dilaksanakan dalam waktu P&P dan kelas Tasmik mengikut sukatan yang telah ditetapkan.
2. Matlamat
Membimbing murid-murid yang masih belum boleh membaca Al-Quran dan murid yang
membaca Al-Quran di bawah sukatan sebenar agar mereka dapat khatam Al-Quran.
Memudahkan guru melaksanakan P&P khatam Al-Quran
3. Rasional
Membantu murid yang belum menguasai bacaan mengikut sukatan khatam Al-Quran
4. Sasaran Murid-murid yang masih membaca Iqra.
Murid-murid yang telah membaca Al-Quran tetapi tidak mencapai tahap sukatan yang sebenar.
5. Kaedah Pelaksanaan
Tahun 1 (6 bulan kedua pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik).
Tahun 2 6 (sepanjang tahun pada waktu P&P al-Quran dan Tasmik)
Guru membaca ayat-ayat mengikut sukatan yang ditetapkan secara putus-putus tanpa
mencacatkan makna.
Murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai di dalam kumpulan, sambil memerhati
pergerakan bibir guru.
Membaca sehingga satu muka surat Al-Quran
Setelah selesai BIG, murid-murid dilatih tubi membaca buku Iqra atau membaca semula ayat
yang dibaca sebagai pengukuhan dengan bimbingan guru atau dengan bantuan murid turus.
Murid juga boleh dilatih secara individu untuk mana-mana ayat yang masih belum dibaca
secara BIG.
Guru hendaklah mencatat pencapaian murid di dalam Buku/Kad Rekod bacaan al-Quran yang
dibekalkan oleh JAPIM:
Bagi bacaan sebenar Iqra :mempunyai 2 rekod iaitu rekod iqra dan rekod bacaan al quran

secara BIG
Bagi murid yang telah membaca al Quran : mempunyai 1 rekod sahaja iaitu rekod bacaan al
Quran secara BIG atau tahap sebenar bacaan
Masa
BIG hendaklah dilaksanakan pada awal P&P Al-Quran di antara 10-15 minit sahaja.
(Selepas itu P&P Al-Quran diteruskan dengan membaca Iqra bagi murid yang belum
menguasai bacaan atau membaca Al-Quran di tahap sebenar/ bacaan di rumah)melatih tubi
bacaan sebenar.
Masa
BIG juga boleh dijalankan pada masa tasmik mengikut jadual yang ditetapkan.
Contoh Rancangan Pengajaran Harian
6. Pengurusan P & P
Guru menganjurkan murid supaya berwuduk sebelum membaca al-Quran
P&P al quran dijalankan di kelas yang sama mengikut kumpulan masing-masing atau mengikut
kesesuaian
Guru mentasmi murid turus terlebih dahulu supaya mereka dapat membantu rakan sebaya
mentasmi bacaan
Murid berada di dalam kumpulan masing-masing
Guru hendaklah mengoptimumkan masa sebaik mungkin
Peringatan
Murid yang boleh membaca Al-Quran mengikut sukatan atau melepasi sukatan TIDAK perlu lagi
mengikuti BIG.
Murid yang sudah khatam bolehlah diulang semula bacaan untuk khatam kali kedua atau
diperkenalkan dengan tahsin dan taranum Al-Quran.
Kesimpulan
Adalah diharapkan dengan adanya pelaksanaan BIG ini, dapat membantu murid membaca alQuran sehingga khatam ketika di sekolah rendah, sama ada mereka itu khatam dengan bacaan
sendiri atau khatam dengan cara mengikut bacaan guru (BIG)

Anda mungkin juga menyukai