Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SK. PULAU TIGABU, KUDAT


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
1. MATA PELAJARAN Pendidikan Islam
2. BIDANG Ibadat
3. KELAS Tahun 5
4. TARIKH / HARI 1 Jamadil Awal 1439H / 18 Januari 2018 / Khamis
5. MASA (7.30-8.30 Pagi) 60 Minit
6. BILANGAN MURID 15 Orang (Lelaki : 8, Perempuan : 7)
7. TAJUK Tayammum
8. PENGETAHUAN SEDIA ADA 1. Murid-murid telah belajar dan menguasai cara berwudhu’ menggunakan Air
2. Murid-murid telah memahami pengertian tayammum
9. STANDARD KANDUNGAN 4.1 Memahami dan mengamalkan konsep asas tayammum
10. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.4 Menghuraikan syarat-syarat tayammum
4.1.5 Memperincikan perkara-perkara yang membatalkan tayammum
4.1.6 Simulasi cara bertayammum dengan betul.
11. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan syarat-syarat sah tayammum dengan betul.
2. Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan tayammum.
3. Melaksanakan amali tayammum dengan sempurna selepas sesi perbincangan.
12. KEMAHIRAN BERFIKIR Membezakan tatacara berwudhu’ dan bertayammum (rukun, perbuatan dan anggota)
13. GABUNGJALIAN Al-Quran : Membaca dalil naqli
Ibadat : Wudhu (Pendidikan Islam Tahun 1; SK4.3)
14. PENYERAPAN Dunia Sains & Teknologi : Jenis-jenis tanah
15. PENERAPAN NILAI Kesungguhan, keberanian, kerjasama, kesyukuran, perasaan ingin tahu,
bertanggunjawab, prihatin
16. E.M.K Nilai Murni : Pentingnya ibadat solat dalam hidup kita
Keusahawanan : Kerjasama diantara murid berbincang di dalam aktiviti berkumpulan
17. PENILAIAN P&P 1. Soal Jawab
2. Lembaran kerja (melengkapkan peta pokok)
1. Buku Teks (Muka Surat 115)
2. Papan Tulis
18. BAHAN BANTU MENGAJAR
3. Projektor (Slaid power point & tayangan video)
4. Gambar
Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan
Pendahuluan Bacaan doa belajar: Guru dan murid-murid membaca doa Penerapan nilai:
(3 Minit) ‫"اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك يا‬ secara beramai-ramai sebelum - Khusyu’
"‫ارحم الراحمين‬ memulakan sesi pembelajaran. - Tawakkal
- Adab berdoa
Bacaan shahadah:
"‫ وأشهد أن دمحما رسول هللا‬،‫"أشهد أن ال إله إال هللا‬
Set Induksi Perkaitan kognitif 1. Guru menyebut pengertian Kaedah:
(7 Minit) - Pengertian Tayammum tayammum. - Pengukuhan
- Dalil Naqli 2. Murid menyebut dalil naqli - Sumbang saran
tayammum secara beramai-ramai.
Menarik perrhatian 3. Guru memaparkan tayangan video BBM :
- Tayangan video berkenaan tayammum. - Projektor (tayangan
4. Sumbang saran berkaitan video. video)
5. Guru merumuskan tayangan video
yang ditonton dan mengaitkan Penerapan nilai:
dengan sesi P&P pada hari ini. - Berani
- Perasaan ingin tahu
Langkah 1 Penerangan syarat-syarat sah 1. Guru menerangkan syarat-syarat sah Kaedah:
(13 Miinit) tayammum tayammum melalui tayangan slaid - Penerangan
Power Point. - Soal jawab
2. Seorang murid membaca teks dan
murid lain mendengar. BBM:
3. Soal jawab berkaitan teks tersebut. - Buku teks
Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan
“Sebutkan salah satu syarat sah - Projektor (slaid
tayammum” Power Point)
- Papan tulis

Penerapan nilai:
- Bersungguh-sungguh
Langkah 2 Perkara yang membatalkan tayammum 1. Teks syarat-syarat sah tayammum Kaedah:
(13 Minit) dipaparkan melalui tayangan slaid - Penerangan
Power Point - Sumbang saran
2. Murid membaca teks secara
beramai-ramai BBM:
3. Murid mendengar penerangan guru - Buku teks
4. Sumbang saran perkaitan perkara - Projektor (slaid
yang membatalkan wudhu’ dan Power Point)
perkara yang membatalkan - Papan tulis
tayammum.
Penerapan nilai:
- Bersungguh-sungguh
- Berani
Langkah 3 Simulasi cara bertayammum dengan 1. Guru menunjukkan slaid tayangan Kaedah:
(21 Minit) betul video tatacara bertayammum. - Tunjuk cara
2. Guru menunjukkan simulasi - Penerangan
bertayammum dan murid mengikut. - Perbincangan
Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan
3. Sumbang saran perbezaan tatacara
berwudhu’ dan bertayammum. BBM:
4. Murid dibahagikan kepada 4 buah - Buku teks
kumpulan. - Projektor (tayangan
5. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 video)
atau 4 orang. - Papan tulis
6. Murid diedarkan dengan gambar - Gambar
tatacara bertayammum dan
berbincang mengenai gambar Penerapan nilai:
tersebut. Murid juga diminta - Kerjasama
mewarnakan gambar tersebut - Keberanian
7. Setiap kumpulan menghantar
seorang wakil dan melekatkan EMK:
gambar tersebut di papan tulis. - Keusahawanan :
8. Guru dan murid memeriksa susunan murid bekerjasama
cara bertayammum yang dilekatkan dan mempunyai
murid. daya saing untuk
menghasilkan kerja
berkumpulan.
Penutup Penutup kognitif 1. Guru merumuskan isi pelajaran Penerapan nilai:
(3 Minit) 2. Guru mengedarkan lembaran kerja - Bertanggungjawab
kepada murid - Prihatin
Penutup sosial 3. Murid diingatkan untuk sentiasa - Sentiasa bersyukur
Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan
bersyukur atas kemudahan yang Allah
telah berikan terutama di dalam EMK:
bidang ibadat. - Nilai murni :
4. Murid juga digalakkan untuk sentiasa kepentingan menjaga
menjaga solat terutama solat fardhu solat
lima waktu.
19. REFLEKSI
Sebelum
Sebelum menjalankan sesi P&P saya telah membaca kembali objektif P&P, iaitu memastikan murid dapat menyatakan syarat
sah, perkara-perkara yang membatalkan dan cara bertayammum dengan baik. Tempoh masa P&P yang diperuntukkan untuk
merealisasikan objektif tersebut adalah 60 minit (2 masa). Saya menganggarkan bilangan murid yang hadir pada hari tersebut
seramai 15 orang murid (kehadiran penuh). Secara umumnya, keadaan bilik darjah di sekolah ini adalah sedikit suram kerana
tidak mendapat pencahayaan yang cukup, tambahan jika cuaca pada hari tersebut mendung atau jika bekalan elektrik terputus.
Harapan saya agar keadaan bilik darjah adalah dalam keadaan baik ketika sesi P&P. Untuk mengatasi masalah tersebut saya
memilih untuk menggunakan projektor sebagai bahan bantu mengajar. Pada sesi P&P sebelum ini murid telah didedahkan
dengan pengenalan kepada konsep asas tayammum, merangkumi pengertian, dalil naqli dan rukun tayammum. Murid juga
sebelum ini telah mempelajari konsep asas berwudhu’. Pengetahuan sedia ada (PSA) murid akan saya gunakan untuk
memudahkan lagi sesi P&P berikutnya.

Semasa
Cuaca pada hari ini sedikit mendung dan bersilih ganti dengan hujan lebat. Keadaan kelas baik seperti yang saya harapkan.
Kehadiran murid adalah seramai 15 orang. Saya melihat semua murid di dalam keadaan bersedia untuk belajar. Saya mulakan
sesi P&P dengan memberi gambaran tentang konsep asas tayammum untuk memberi pengukuhan terhadap PSA murid
sekaligus menilai kesediaan murid menerima maklumat baru. Kemudian saya memaparkan tayangan video animasi tentang
satu situasi di mana seorang kanak-kanak ingin mengerjakan solat tetapi ketiadaan air. Video animasi tersebut sangat berkait
rapat dengan objektif P&P pada hari ini dan meliputi PSA murid. Kemudian saya membuat aktiviti sumbang saran untuk menilai
sejauh mana kefahaman murid tentang video tersebut. Saya menggunakan slaid perisian Power Point untuk menerangkan sub-
topik tajuk dengan mengambil isi-isi penting dari buku teks dan buku rujukan. Untuk setiap aktiviti saya selangi dengan soal
jawab atau pun sumbang saran untuk memastikan murid boleh memahami isi penyampaian dan telah mencapai objektif yang
dirancang. Saya juga membuat simulasi cara bertayammum untuk memberi peluang kepada murid mempraktikkan sendiri cara
bertayammum yang betul. Saya memecahkan murid kepada empat kumpulan untuk memudahkan saya membuat penilaian dan
memberi peluang kepada murid bekerjasama, berani untuk menyuarakan idea dan pendapat di dalam kumpulan seterusnya
mewakili kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Saya selitkan aktiviti mewarna untuk mengukuhkan lagi ingatan
terhadap aktiviti yang sedang dijalankan dan mengasah kreativiti setiap kumpulan terhadap gambar yang diberi. Sesi P&P
ditutup dengan rumusan topik-topik yang telah dipelajari dan memberi murid lembaran kerja untuk disiapkan. Selain itu saya
juga telah memberi galakan kepada murid mengenai kepentingan solat dan kemudahan di dalam beribadat.

Selepas
Selepas sesi P&P, saya melekatkan BBM yang saya telah gunakan di sudut Pendidikan Islam bilik darjah untuk rujukan murid.
Seramai 10 orang murid telah menyerahkan lembaran kerja yang ditugaskan pada hari yang sama manakala baki 5 orang murid
menyerahkan lembaran kerja pada hari berikutnya. Melalui penilaian lembaran kerja saya mendapati 7 orang murid yang telah
menguasai konsep asas tayammum dan mencapai objektif yang dirancang. Manakala baki 8 orang murid masih memerlukan
pengukuhan di masa akan datang. Melalui perbualan murid, saya dapat mendengar mereka ada menyebut perkataan
tayammum (kebanyakan murid bertutur menggunakan Bahasa Ubian sebagai bahasa perantara sesama murid). Saya
mengandaikan mereka boleh memahami konsep asas tayammum. Untuk sesi akan datang saya merancang untuk
mempelbagaikan teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar.

Kekuatan
Antara kekuatan yang saya kenalpasti di dalam sesi P&P kali ini adalah perancangan P&P saya dapat menimbulkan rasa ingin
tahu murid mengenai isi kandungan pelajaran. Penggunaan BBM yang berbentuk visual seperti projektor untuk menayangkan
video dan nota teks dapat menarik perhatian murid terhadap isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan. Begitu juga
dengan penglibatan murid terhadap aktiviti yang dijalankan memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan kefahaman
mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Interaksi diantara saya dengan murid sangat baik.
Aktiviti-aktiviti yang saya rancang dapat membantu saya menilai tahap penguasaan murid terhadap isi kandungan pelajaran
yang diajar. Melalui aktiviti berkumpulan, secara amnya saya merumuskan bahawa semua murid telah mencapai objektif yang
dirancang dengan melihat kepada keterlibatan mereka di dalam kelas dan hasil kerja mereka. Setelah melihat hasil lembaran
kerja yang ditugaskan kepada mereka saya dapati terdapat beberapa orang murid yang masih lemah dalam mencapai objektif
yang dirancang. Antara kesilapan yang murid tersebut lakukan kekeliruan dalam membezakan syarat sah tayammum dengan
rukun tayammum, begitu juga kekeliruan dalam menyusun tatacara melakukan tayammum.
Antara kekuatan yang saya dapati dalam sesi P&P pada kali ini adalah arahan yang saya berikan dapat difahami oleh murid.
Walaupun arahan yang saya berikan adalah ringkas tetapi ia cukup jelas dan padat. Murid dapat menjalankan aktiviti seperti
yang saya arahkan.

Kelemahan
Saya masih lemah dalam mengawal intonasi suara. Suara yang mendatar menyebabkan isi yang disampaikan kurang menarik.
Nada suara yang saya lontarkan adalah rendah namun ianya masih jelas dan boleh didengar oleh semua murid. Disebabkan
oleh nada suara yang rendah saya melihat murid hilang fokus dan mudah berkhayal. Begitu juga dalam penggunaan ruang bilik
darjah sepenuhnya. Sewaktu memberi penerangan saya lebih banyak berdiri di satu tempat dari bergerak ke tempat lain.
Saya juga tidak dapat menepati peruntukan masa yang telah saya tetapkan untuk setiap aktiviti yang dirancang. Adakalanya
aktiviti yang dirancang telah melebihi masa yang ditetapkan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini menyebabkan saya sering
melihat ke arah jam tangan dan kadangkala melajukan atau memperlahankan kelajuan penyampaian.
Antara kelemahan saya dapati ialah sebilangan murid masih belum pandai membaca. Ianya menganggu sesi P&P terutama jika
aktiviti yang dirancang melibatkan kemahiran membaca. Ketika murid lain sedang membaca, murid-murid tersebut hanya
terdiam dan hilang fokus terhadap sesi pembelajaran.

Cadangan penambahbaikan
Untuk sesi P&P yang akan datang saya merancang untuk mempersiapkan diri saya dengan lebih baik. Saya perlu lebih banyak
melatih diri saya bercakap dihadapan cermin untuk belajar mengawal intonasi dan mempelbagaikan variasi penyampaian.
Dari segi pengurusan masa, saya perlu membahagikan masa dengan lebih berkesan dan mengutamakan fleksibiliti di dalam
kaedah pengajaran agar setiap set aktiviti mempunyai hubungan dan kesinambungan yang jelas dan mantap. Oleh itu, jika
saya mengambil masa dari set aktiviti yang lain ianya tidak menghalang pencapaian objektif P&P.
Saya juga bercadang untuk mempelbagaikan lagi penggunaan BBM tidak hanya bergantung kepada paparan projektor.
Kemudahan fasiliti di sekolah ini amat terhad, termasuk sumber untuk mendapatkan BBM yang lain seperti kertas mahjong, alat
tulis dan sebagainya. Untuk sesi P&P akan datang saya bercadang untuk memanfaatkan bahan buangan seperti botol plastik,
begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan sebagai BBM dan mengaitkannya dengan P&P murid.
Bagi mengatasi masalah murid yang belum mahir membaca dan menulis, pihak sekolah sedang dalam perangkaan
mengadakan program mahir 3M (menulis, membaca, mengira). Secara tidak langsung saya juga terlibat untuk menjayakan
program tersebut. Semoga hasil daripada program tersebut memberikan impak positif kepada murid sekaligus memudahkan
saya membuat perancangan P&P.
Lembaran kerja murid

Anda mungkin juga menyukai