Anda di halaman 1dari 3

Difinisi

Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi
kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks,
pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Penggubalan sesuatu
kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan
sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti
yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan
menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh
pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil. Kubiszyn dan Borich
(2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran
dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut menyenaraikan objektif-objektif
pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar
dan ingin diukur. Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan
terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini
setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan
kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu
dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada
guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada
awal hingga akhir.

Apa Pentingnya JSU

Seseorang guru wajar membina Jadual Spesifikasi ujian (JSU) sebelum membina soalan yang
akan dijadikan kayu ukur kepada murid-murid. JSU mempunyai peranan yang penting dalam
pembinaan soalan yang kita hasilkan. Antara kepentingan JSU adalah untuk mengelakkan
daripada seseorang guru membina ujian secara sembarangan. Sekurang-kurangnya dengan
adanya JSU, seseorang guru itu akan menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh
murid-muridnnya setelah melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan. Antara
perkara yang diambil kira dalam pembinaan soalan termasuklah tahap kemampuan murid

serta bentuk soalan itu sendiri. Tidak secara langsung seseorang guru itu akan dapat
mengelakan daripada memberikan penilaian kepada seseorang murid itu secara sesuka hati
sahaja. JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu. Selain
itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras
kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik-topik yang telah kita
ajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses menghasilkan
JSU, kita akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang sama kita dapat
merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan. Seseorang guru juga
dapat menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang akan
diuji kepada murid-muridya sekiranya mereka membina JSU. Selain itu JSU juga dapat
memperlihatkan kertas ujian dapat dibina secara sistematik dan terancang. Kesahan dari
segi persampelan sukatan pelajaran juga adalah terjamin. Kita tidak dapat mengetahui
tahap pencapaian dalam menguasai satu-satu topik yang telah dipelajari oleh seseorang
murid. Melalui penilaian atau memberikan ujian berkaitan topik itu sahajalah kita dapat
melihat tahap penguasaan mereka. Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian
mengikut format yang sesuai kepada murid-murid untuk menilai kebolehan mereka dari
pelbagai segi. Untuk menentukan format ujian ini, pembinaan JSU amat diperlukan. Hasilnya
barulah guru dapat menentukan format ujian tersebut. Pembinaan JSU juga dapat
membantu guru dalam membentuk soalan. Bentuk-bentuk soalan samada objektif,
subjektif, struktur ataupun esei. Bilangan soalan pula adalah bergantung kepada pentingnya
satu-satu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah
ditetapkan itu, guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah
pada soalan-soalan yang telah dijawab murid. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa
guru untuk menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi soalan-soalan
berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk memeriksa
atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur atau esei.
Penilaian dijalankan kepada murid-murid setiap tahun. Soalan-soalan yang diajukan
tentunya berbeza-beza antara satu tahun dengan tahun yang lain. Tanpa adanya JSU
kemungkinan tahap atau aras kesukaran ujian-ujian itu amat berbeza antara tahun ke
setahun. Jadi, JSU berperanan untuk menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
Set ujian-ujian itu sesuai digunakan oleh murid pada bila-bila masa sahaja. Topik yang diajar
kepada murid-murid sememangnya telah disusun mengikut keutamaan. Bilangan masa yang

ditentukan setiap topik adalah berpandukan kepada banyak atau luasnya sesuatu topik itu.
JSU juga mengambil kira masa yang dieruntukan untuk sesuatu topik. Oleh yang demikian
penilaian untuk satu-satu topik itu dapat dilaksanakan secara adil. Perbandingan antara satu
ujian dengan ujian yang lain juga dapat dibuat sekiranya seseorang guru itu membina JSU.
Perbandingan yang dimaksudkan seperti tahap pencapaian atau penguasaan yang
ditunjukkan

melalui

markah

yang

diperolehi

oleh

seseorang

murid

itu

Anda mungkin juga menyukai