Anda di halaman 1dari 5

PERANAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) mempunyai peranan yang sangat penting dalam
pembinaan soalan yang kita hasilkan sebelum membina soalan yang dijadikan kayu
ukur kepada murid-murid.
JSU berperanan untuk mengelakkan daripada penggubal kertas ujian atau guru
membina ujian secara sebarangan. Dengan adanya JSU, seseorang guru akan
menghasilkan soalan-soalan yang akan diuji oleh murid-muridnya dengan tahap
kemampuan murid serta bentuk soalan itu sendiri. Melalui JSU, guru jua akan mengikuti
beberapa garis panduan yang telah ditetapkan seperti objektif penilaian, isi pelajaran
yang telah dipelajari yang perlu diniliai dan membina soalan mengikut aras Taksonomi
Bloom.
JSU juga berperanan untuk menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian itu.
Selain itu ianya juga telah dapat menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan arasaras kemahiran. Dalam menghasilkan JSU, kita perlu menyenaraikan topik-topik yang
telah kita ajar dan sepatutnya telah dikuasai oleh murid-murid. Dengan adanya proses
menghasilkan JSU, kita akan memilih topik-topik yang akan diuji dan dalam masa yang
sama kita dapat merasakan kepentingan satu-satu topik itu untuk dijadikan soalan.
Dengan adanya membina JSU, seseorang guru juga dapat menentukan
perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang akan diuji kepada
murid-muridya. Kertas ujian yang dibina berdasarkan JSU dapat disusun secara
sistematik dan terancang. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran juga
adalah terjamin.
Melalui penilaian atau memberikan ujian berkaitan topik itu sahajalah kita dapat
melihat tahap penguasaan mereka. Walaubagaimanapun, guru perlu memberikan ujian
mengikut format yang sesuai kepada murid-murid untuk menilai kebolehan mereka dari
pelbagai segi. Untuk menentukan format ujian ini, pembinaan JSU amat diperlukan.
Hasilnya barulah guru dapat menentukan format ujian tersebut.
Berdasarkan JSU, guru dapat membentuk soalan samada objektif, subjektif,
struktur ataupun esei. Kuantiti soalan yang dibina bergantung kepada pentingnya satusatu topik itu atau merujuk pada objektif pelajaran. Melalui bentuk yang telah ditetapkan

itu, guru akan mudah untuk memberikan penilaian atau memberikan markah pada
soalan-soalan yang telah dijawab murid.

Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa

guru untuk menyemak kertas-kertas jawapan murid. Contohnya bagi soalan-soalan


berbentuk objektif, seseorang guru memerlukan masa yang lebih singkat untuk
memeriksa atau menyemak kertas jawapan murid berbanding dalam bentuk struktur
atau esei.
JSU mengambil kira masa yang diperuntukan untuk sesuatu topik. Dalam
Dokumen Standard Kandungan Pelajaran, topik yang diajar kepada murid telah disusun
mengikut keutamaan. Begitu juga bilangan masa yang ditentukan setiap topik adalah
berpandukan kepada banyak atau luasnya sesuatu topik itu. Oleh yang demikian
penilaian untuk satu-satu topik itu dapat dilaksanakan secara adil.
Selain itu juga, dengan adanya pembinaan JSU, seseorang guru dapat membuat
perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain. Perbandingan ini dapat dlihat
melalui tahap pencapaian atau penguasaan yang ditunjukkan melaui markah yang
diperolehi oleh seseorang murid itu.
Kesimpulannya, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam
penyediaan sesuatu ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi
biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik
untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan
rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU mempunyai
peranan yang penting.

SKEMA PERMARKAHAN
Skema pemarkahan merupakan dokumen yang mengandungi jawapan dan
panduan untuk memberi markah respons pelajar serta pembahagian skor bagi setiap
jawapan. Pemarkahan melibatkan proses penentuan markah untuk setiap respons yang
dipersembahkan oleh pelajar. Justeru itu, adalah penting untuk menunjukkan dengan
jelas dan terperinci aspek-aspek yang dikehendaki dalam tugasan item.
Skema permarkahan berperanan sebagai rujukan kepada pemeriksa semasa
menimbangkan markah yang harus diberikan kepada jawapan pelajar. Panduan dan
contoh jawapan akan membantu pemeriksa melakukan pemeriksaan dengan tekal

untuk menjamin keadilan dalam penilaian. Skema pemarkahan mestilah menepati


kehendak soalan dan mempunyai ciri-ciri keobjektifan yang tinggi. Ini bermakna markah
yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal atau konsisten bagi semua
pemeriksa. Untuk menjamin keobjektifan, skema pemarkahan perlu menyatakan
peraturan

memberi

markah

secara

terperinci.

Terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal soalan
semasa menyediakan skema permarkahan bagi rujukan mmeriksa jawapan ialah:
a) kandungan - mencukupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan
b) pengelolaan - aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang.
c) proses - aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan
daya kreatif menjawab.
Secara umumnya skema permarkahan boleh disediakan dalam dua cara iaitu:
a) Skema Permarkahan Hoslitik
Skema jenis ini ialh sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan
murid. Skema ini sesuai bagi permarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya
diberi impresi. Permarkahan hoslitik memerlukan pemeriksa membaca jawapan secara
keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian
sebelum mengganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.
b) Skema Permarkahan Analitik
Permarkahan cara ini merujuk kepada permarkahan jawapan berbentuk esei
secara terperini yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci.
Misalnya penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang
diberikan akan dipertimbangkan untuk diberikan markah penuh. Agihan markah adalah
berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta, persembahan dan bahasa. Skema
permarkahan analitik ini amat sesuai digunakan untuk menyemak jawapan kertas
jawapan soalan subjektif matematik iaitu kertas dua.
Bagi item objektif khasnya jenis aneka pilihan, skema pemarkahan adalah
dokumen yang mengandungi jawapan muktamad.

Anda mungkin juga menyukai