Anda di halaman 1dari 5

[AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013]

STRATEGI -STRATEGI PENGAJARAN


Adalah penting untuk membezakan antara mengajar penyelesaian masalah
dengan menggunakan penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran. Pengajaran
penyelesaian masalah mengajar pelajar bagaimana menyelesaikan masalah. Ini
adalah sesuatu yang sering dilakukan guru matematik dan sains.
Sebaliknya, penyelesaian masalah sebagai strategi pengajaran adalah teknik
pengajaran yang mana masalah digunakan sebagai cara untuk membantu pelajar
memahami atau memperoleh kecelikan dalam meneroka matematik. Dengan ini, saya
menggunakan strategi Model Polya dan gambarajah untuk

membantu murid saya

menyelesaikan masalah matemtik dengan mudah.


i) Strategi Model Polya
Menurut Polya (1957), penyelesaian masalah terdiri daripada empat langkah.
Langkah pertama ialah memahami masalah. Tanpa memahami masalah, pelajar
tidak akan dapat mencari penyelesaian yang tepat. Setelah pelajar memahami
masalah, mereka merancang strategi penyelesaian.. Langkah ketiga adalah
melaksanakan strategi.alah yang baik itu, Seorang penyelesai masalah yang baik
akan meyemak semula penyelesaian kepada masalah tersebut.
Prinsip pertama : Memahami Masalah
Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak
memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar
soalan-soalan berikut :
Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam
masalah tersebut ?
Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?
Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu
memahamkan masalah ?
Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

23

[AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013]


Prinsip kedua : Merangka strategi
Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran
memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita
menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
Cuba jaya
membuat senarai yang tersusun
mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
menggunakan simetri
menimbangkan kes istimewa
menyelesaikan persamaan
melihat pola
melukis gambar
menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
guna model
bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
guna formula
guna analogi/perbandingan
lakonkan/ujikaji
mempermudahkan masalah
Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi
langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada
langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang
sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan
merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga
digunakan oleh pakar matematik sekalipun.
Prinsip keempat : Menyemak jawapan
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan
membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan

24

[AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013]


pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya
untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.
ii) Strategi gambarajah
Selain itu juga, saya akan menggunakan strategi melukis gambarajah dalam
strategi Model Polya. melakar dan melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh
membantu dalam penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah
dalam bentuk matematik dengan melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana
gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis
haruslah kemas, tepat dan mengikut skala.
Contohnya:
4
5

1
2

4
5

1
2

Padankan petak dilorek dengan dihitamkan


yang tidak bertindih dengan diwarnakn biru.
Kirakan yang dihitamkan iaitu tidak ditindihkan
dengan dilorek.
Jadi jawapannya ialah
3
10

25

[AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013]


PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK
DARJAH.
Dalam membantu murid-murid menyelesaikan masalah matematik ini, saya telah
menggunakan strategi Model Polya dan strategi menggunakan gambarajah. Saya telah
memanggiln 10 orang murid yang sama dan telah menduduki pentaksiran yang lepas.
Saya menyediakan 3 soalan penyelesaian masalah pecahan yang baru untuk
membimbing murid-murid tersebut. Dalam latihan tersebut, saya telah menyertakan
empat

langkah

penyelesaian

masalah

Model

Polya

untuk

panduan

murid

menyelesaikan masalah matematik. Saya telah membimbing murid menggunakan


empat langkah Model Polya seperti dinyatakan. Dalam menggunakan penyelesaian
masalah Model Polya saya serap sekali menggunakan strategi menggunakan
gambarajah. Empat langkah yang digunakan saya dalam pengajaran dan pembelajaran
untuk membimbing murid adalah seperti berikut:
Langkah pertama : Memahami masalah
a) maklumat dari ayat
b) kehendak soalan
c) kata kunci
Langkah Kedua : Merancang strategi
a) Gambarajah
b) membuat langkah pengiraan
Langkah ketiga : Melaksanakan strategi
a) Penyelesaian menggunakan gambarajah
b) membuat langkah pengiraan
Langkah keempat : Menyemak semula
a) membuat operasi songsangan.
Dengan ini, saya kepilkan bersama latihan bimbingan dibuat bersama murid-murid.
26

[AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013]

27

Anda mungkin juga menyukai