Anda di halaman 1dari 36

EDU3083

Asas Kepimpinan dan


Perkembangan Prof Guru
Program: PJJ/PPG
Interaksi: Jun-Nov 2015
Pensyarah: Ahap b. Awal
IPGKTAR

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN
GURU
Guru
Guru
Guru
Guru
Guru

Permulaan (novice)
Cekap (competent)
Berkesan (effective)
Mahir (expert)
Pakar (master)

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan peringkat-peringkat yang
dilalui oleh guru dari status novis ke
status pakar.
2. Menghuraikan perubahan dalam proses
belajar untuk mengajar yang dialami
oleh guru pada peringkat awal
profesion keguruan.
3. Mendapat gambaran menyeluruh
bahawa pergerakan profesion keguruan
merupakan proses perkembangan yang
memerlukan masa yang agak panjang.

PENDAHULUAN
Menjadi guru yang berjaya dan berkesan
mengambil masa.
Guru perlu ada sikap ingin belajar untuk
mengajar
Proses pembelajaran Sepanjang Hayat.
Seni pengajaran boleh dipelajari dan
merupakan gabungan pengetahuan,
pengalaman praktikal serta ketelitian dan
refleksi terhadap amalan diri.

TEORI PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN GURU
Teori Keprihatinan (Concerns Theory)
Diperkenalkan oleh Fuller (1969),
menkonsepsikan perkembangan guru
sebagai proses yang dilalui oleh guru
dari peringkat keprihatinan terhadap
diri (guru) kepada tugas (pengajaran)
dan
seterusnya
kepada
impak
(pelajar).

Peringkat-Peringkat Perkembangan Guru

Teori Peringkat
Pengertian
Peringkat
perkembanagan
Guru

Teori
Keprihatinan
(Fuller, 1969)

Lima
Peringkat
Perkembanga
n Guru
(Trotter, 1986)

Diri

Tugas

Impak

Novis
Novis
Lanjutan
Cekap
Mahir
Pakar

TIGA PERINGKAT KEPERIHATINAN GURU


(Fuller, 1969)
I.

Peringkat Keperihatinan Terhadap


Diri/Kemandirian Diri.

. Pada peringkat ini, guru amat


memberi perhatian terhadap
kemandirian diri atau survival, iaitu
kemampuan mereka untuk
menghadapi sesi pengajaran dengan
jayanya.
.Berasa bimbang tentang kemampuan
diri untuk mengawal kelas atau apa jua
yang diperkata oleh ibu bapa dan guru-

sambungan

Soalan-soalan yang sering bermain


difikiran;
Apakah yang saya mampu buat?
Adakah murid-murid sukakan saya?
Bolehkah saya mengajar dengan
baik?
Apakah yang dikatakan oleh ibu bapa
pelajar tentang diri saya?

sambungan

Keprihatinan didefinisikan
sebagai
tanggapan guru/ atau sesuatu yang
dianggap sebagai masalah atau
sesuatu yang selalu difikirkan guru
dan
ingin
membuat
sesuatu
terhadapnya. (Fuller, 1969)

TIGA PERINGKAT KEPERIHATINAN GURU


ii. Peringkat Tugas:
.Peringkat perkembangan kedua, iaitu
keprihatinan guru adalah terhadap
memperbaiki
pengajarannya
serta
menguasai
isi
kandungan
mata
pelajaran.
.Pengkaji-pengkaji lain ;
Peringkat masteri (Ryan, 1992)
Peringkat pengukuhan dan penjelajahan
(Burden, 1986)
Peringkat cubajaya (Sacks & Harrington,
1982)

sambungan

Soalan-soalan yang sering bermain


dalam fikiran;
Adakah bahan-bahan pengajaran
yang saya gunakan ini bersesuian?
Adakah saya mempunyai masa yang
mencukupi untuk menyampaikan isi
kandungan ini?
Apakah cara yang paling baik untuk
saya mengajarkan topik ini?

TIGA PERINGKAT KEPERIHATINAN GURU


iii.Peringkat impak:
Pada peringkat ini, guru mula
memberikan perhatian kepada kesan
pengajarannya terhadap
pembelajaran pelajar-pelajarnya.
Mulai melihat pelajarnya sebagai
individu yang mempunyai pelbagai
keperluan.
Lebih
mengambil
pertumbuhan
dan
pelajarnya.

berat
tentang
perkembangan

Soalan-soalan yang sering bermain di


fikiran;
Bagaimanakah saya boleh wujudkan
rasa kejayaan dalam kalangan
pelajar-pelajar saya?
Bagaimanakah saya boleh memenuhi
keperluan emosi dan sosial pelajar
saya?
Apakah cara yang terbaik
memotivasikan pelajar saya?

Perkembangan Guru Sebagai Proses Semula jadi


Teori Fuller (1969), Fuller & Bown (1975) dan
Borich & Tombari (1997) cuba mengkonsepsikan
peringkat perkembangan guru praperkhidmatan
sebagai suatu proses semula jadi yang dilalui.
Pemikiran dan keprihatinan berfokus kepada diri
sendiri sebelum memberi tumpuan kepada
pelajar.
Keprihatinan akan berubah fokus dari diri
sendiri kepada tugas pengajaran dan
seterusnya kepada impak.

sambungan

Sokongan emosi, sosial dan fizikal


penting untuk memastikan peringkat
kemandirian diri bergerak ke peringkat
tugas dan seterusnya ke peringkat
impak.
Teori keperihatinan Fuller (1969),
seseorang guru pada peringkat tugas
mungkin berbalik ke peringkat diri jika
dengan tiba-tiba beliau diminta
mengajar subjek yang baharu/mengajar
pada tahap yang berlainan/bertukar ke
sekolah lain.

LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU


(TROTTER,1986)
Trotter (1986) telah mengemukakan
teori lima peringkat perkembangan
untuk seseorang menjadi pakar
dalam bidang yang diceburinya.
a.
b.
c.
d.
e.

Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat
Peringkat

norvis
novis lanjutan
cekap
mahir
pakar

Peringkat Perkembangan Guru dan Jangka Masa


Yang Diambil.
Tahun Mengajar
15

Pakar

10

Mahir

Cekap

3
1

Lanjutan
Novis

Rajah 4.1 Peringkat Perkembangan Guru dan


Jangka Masa yang Diambil (Berliner, 1988)

Secara amnya, seseorang mengambil


jangka masa antara 10 hingga 15
tahun untuk beranjak dari peringkat
novis menjadi seorang pakar dalam
bidannya.
Trotter (1986) berpendapat guru
memerlukan pengalaman bertahuntahun untuk beranjak ke peringkat
mahir dan hanya segelintir daripada
mereka
akan
mencapai
perkembangan di peringkat pakar.

PERINGKAT NOVIS

Bermula apabila mendaftar sebagai


pelajar pendidikan guru (teacher
education students) dlm program
Ijazah Perguruan.

PERINGKAT NOVIS
Mula mempelajari cara mengajar.
Mempelajari fakta, konsep dan
peraturan asas pengajaran
Masih belum dapat menangani tugastugas harian seorang guru.
Dapat membentuk satu peta kognitif
tentang tugas-tugas am seorang
guru profesional melalui kursus yang
ditawarkan dalam program ijazah
perguruan.

PERINGKAT NOVIS LANJUTAN


Menambah dan memantapkan
kefahaman fakta, konsep, prinsip
berkaitan pengajaran dan
pembelajaran.
Pengalaman awal kepada amalan bilik
darjah membantu membina keyakinan
diri.
Bimbingan guru mentor amat penting
dalam mengekalkan minat dan
motivasi guru novis lanjutan.

PERINGKAT NOVIS LANJUTAN

Mempunyai semangat yang tinggi


untuk mempraktik apa jua yang telah
dipelajari secara teori, namun jika
realiti bilik darjah tidak seperti yang
dijangkakan, mereka mungkin patah
semangat dan mula mempersoal
kebolehan diri.

PERINGKAT CEKAP
Peringkat
cekap
(competence)
telah
mencapai
peringkat
keterampilan dalam bidang yang
diceburi.
Competence
merupakan tahap
sebenar dan merupakan tahap
minimum
untuk
seseorang
berfungsi sebagai pendidik yang
bertauliah.

PERINGKAT CEKAP
Guru yang memiliki kelayakan
ikhtisas.
Lebih memberikan fokus kepada
pembelajaran murid.
Memahami prinsip dan konsep
pembelajaran dalam pelbagai situasi
dan juga situasi yang khusus.
Memiliki pelbagai strategi pengajaran
dan mampu menyesuaikannya
mengikut keperluan pelajar yang
berbeza-beza/pelbagai.

PERINGKAT GURU MAHIR


Guru-guru yang sampai ke peringkat
ini, adalah golongan terbaik dalam
bidang profesionnya.
Bilangan guru yang berjaya ke
peringkat ini adalah sedikit
(peratusan yang kecil)

PERINGKAT GURU MAHIR


Mahir dalam bidangnya.
Golongan yang diingati dan disanjungi
oleh bekas pelajar.
Gaya lancar dan spontan yang
membolehkannya membuat keputusan
berdasarkan situiasi.
Kaya dengan pengalaman dan dapat
menganalisis serta menyusun maklumat
yang kompleks berkaitan sesuatu situasi
pembelajaran secara kreatif dan unik.

PERINGKAT PAKAR
Pada peringkat ini, guru
merupakan
bintang
dan
menyerlah dalam bidangnya.
Menggunakan
secara holistik.

pakar
yang

pengalamannya

PERINGKAT PAKAR
Guru yang gemilang dan terbilang.
Dapat memahami dan menangani
maklumat yang banyak dan pelbagai
dan masih mempunyai gaya
pengajaran yang lancar.
Orang yang berautoriti dalam
profesionnya.
Idea dan kemahiran boleh
mempengaruhi polisi-polisi berkaitan
pengajaran di bilik darjah.

PERJALANAN DARI NOVIS KE PAKAR


-IMPLIKASI KEPADA GURU
Hanya segelintir kaum guru berjaya
menamatkan perjalananan kerjaya
keguruannya hingga ke peringkat
guru pakar.
(Berliner, 19880)

sambungan
Pengetahuan
kandungan
merupakan
kebolehan
seseorang
guru
untuk
menyampaikan
kefahaman isi kandungannya melalui
pelbagai
strategi
dan
kaedah
pengajaran
agar
pelajar
dapat
mencapaikan
kefahaman
dan
menunjukkan
pencapaian
dalam
pembelajaran tersebut.

Kerangkan konseptual Lee Shulman (1986,1987)


berhubung dengan kualiti seseorang guru yang
kompeten.
Kecekapan seseorang guru harus
mengambil kira tujuh teras
pengetahuan, iaitu;
Pengetahuan isi kandungan
Pengetahuan pedagogi am
Pegetaahuan kurikulum
Pengetahuan kandungan pedagogi
Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri
pelajar
Pengetahuan tentang konteks
pendidikan
Pengetahuan tentang falsafah, matlamat
dan nilai pendidikan.

sambungan
Shulman dan Grossman (1988),
pengetahuan kandungan pedagogi hanya
dimiliki oleh kaum pendidik sahaja.

Penguasaan pengetahuan kandungan


pedagogi ini juga nyata membezakan
antara guru novis dengan guru pakar.

PERBANDINGAN PENGETAHUAN KANDUNGAN PEDAGOGI


GURU NOVIS DAN GURU PAKAR
GURU NOVIS

GURU PAKAR

Pengetahuan isi kandungan


adalah secara
diskret/berasingan.

Pengetahuan isi kandungan mendalam dan


dapat menagaitkan dengan konteks yang
berbeza secara bersepadu.

Tindakan pedagogi adalah


terhad, menjurus kepada
kaedah penyampaian
pengetahuan dan prestasi
pengajaran

Tindakan pedagogi adalah lebih luas,


interaktif dan pelbagai.

Mengajar dengan mengambil kira cara pelajar


belajar, cara pelajar membina konsep dalam
perwakilan struktur kognitifnya.
Memberikan fokus kepada pengetahuan sedia
ada, pemikiran dan boleh mengubahsuai
perancangan kurikulumnya secara mental
agar bersesuaian dengan keperluan konteks.

Aspek yang wajar diberi penekanan agar proses transisi ke


peringkat yang lebih maju dapat dicapai dengan lancar dan
efisien dalam kalangan guru novis.
Sokongan dan bimbingan yang menyeluruh dan
intensif semasa menerima latihan.
Latihan atau aktiviti yang menjurus kepada
perkembangan domain pengetahuan yang spesifik
Kursus-kursus yang ditawar semasa latihan
keguruan menyeimbangkan teori dan amali.
Latihan praktikal membenarkan pengalaman
langsung serta pembelajaran secara hands-on.
Didedah dengan pengurusan bilik darjah secara
secara pengalaman terancang, pengalaman
vikarious, pengalaman simulasi

RUMUSAN
Teori perkembangan guru yang dibincangkan di
atas adalah berasaskan pengetahuan praktikal,
teoritikal dan empirikal.
Peringkat-peringkat perkembangan guru yang
dikemukakan oleh Fuller (1969) dan Trotter
(1986) dihasilkan daripada pengalaman
sebenar, dapatan penyelidikan serta fikiranfikiran mengenai psikologi perkembangan.
Guru permulaan yang dibekalkan dengan
pengetahuan berasaskan penyelidikan dapat
membantu mereka membuat keputusan yang
bijak ketika menghadapi cabaran dalam
profesional perguruan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai