Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program : PDPP BEIJING Nama Siswa Pendidik:

Kod : EDUP2093 Semester / Tahun : SEMESTER 1


Ambilan : OKT 2020
Nama Kursus: PEDAGOGI
Kumpulan : BC1 & BC2

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Ujian 1 22 Januari 2021 4 Feb 2021

2. Ujian 2 16 Mac 2021 22 Mac 2021

3. Penulisan 12 Januari 2021 16 Februari 2021

4. Persembahan 15 Februari 2021 23 Februari 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Membincang dengan kritis konsep pedagogi pendidikan, model pengajaran, dan


hubungan antara pedagogi, kurikulum dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. (C5, HP2, KKG7)
2. Merangka pelan pembelajaran bermakna yang mengaplikasikan konsep-konsep dan
model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi, kaedah
dan aktiviti yang bersesuaian (C6, HP2, KKG5, KKG10)
3. Mengaplikasikan kemahiran mengajar yang sesuai berasaskan kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna dalam pengajaran (P2, A2, HP3, HP5, KIK5)

Tugasan ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menjawab soalan ujian 1 berdasarkan topik 1 dan 2.

2. Menjawab soalan ujian 2 berdasarkan topik 7.

3. Menyediakan pelan pembelajaran bermakna yang mengaplikasikan konsep-konsep


dan model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi,
kaedah dan aktiviti yang bersesuaian.

1
4. Mempersembahkan pengajaran mikro dengan mengaplikasikan kemahiran mengajar
yang sesuai berasaskan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna dalam
pengajaran.

Rangsangan/Stimulus:

Tugasan 1: Ujian 1 (25%)

Semua pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan esei (berdasarkan topik 1 dan 2)


dalam tempoh masa 1 jam.

Tugasan 2: Ujian 2 (15%)

Semua pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan struktur (berdasarkan topik 7)


dalam tempoh masa 30 minit.

Tugasan 3: Penulisan (Individu) – (50%)

Pedagogi Pembelajaran Bermakna Baru atau New Deep Learning Pedagogies (NPDL) mungkin
menjadi kunci untuk menyokong para pelajar agar bersedia untuk menghadapi ujian dan kesusahan
dunia di sekeliling mereka sambil pada masa yang sama, memperomosikan peluang yang berkesan
untuk suara pelajar menyinar.

(Azizi Ahmad, Memahami Apa itu Pedagogi Pembelajaran Bermakna, 2019)

Anda dikehendaki menyediakan satu pelan pembelajaran bermakna dengan mengaplikasikan


konsep-konsep dan model pembelajaran bermakna dengan menggunakan pendekatan, strategi,
kaedah dan aktiviti yang sesuai untuk mengajar satu mata pelajaran di sekolah anda.

Panjang esei ini hendaklah tidak kurang daripada 1600 patah perkataan.

Tugasan 4 : Persembahan (Kumpulan) – (10%)

Anda dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk satu mata
pelajaran di sekolah anda dalam tempoh masa selama 30 minit. Seterusnya mempersembahkan
pengajaran mikro dengan mengaplikasikan kemahiran mengajar yang sesuai berdasarkan kapasiti
pedagogi pembelajaran bermakna di dalam pengajaran di kelas anda. Anda dikehendaki merakam
sesi penyampaian pengajaran dan pembelajaran anda dan menyalin dalam VCD.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan perlu disiapkan dalam tempoh masa yang dinyatakan.

2. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 2 atau 3 orang sahaja. Penulisan RPH dan
penyampaian pengajaran dan pembelajaran mikro yang dilaksanakan oleh wakil kumpulan dan
bahan persembahan seperti ABM, rakaman video, gambar-gambar dan lain-lain bahan
persembahan perlu dihantar dalam bentuk ‘hardcopy’ dan ‘solfcopy’ (salin dalam VCD).

3. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian karya dan hasil kerja yang
dikemukakan.

2
4. Amalan plagiat adalah dilarang. Jika dikesan, pelajar boleh digagalkan daripada kursus ini atau
ditarik balik kelulusannya.

5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

6. Dapatkan rujukan yang mencukupi dan senaraikan rujukan dalam penulisan anda. Rujukan
tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

7. Sila pastikan anda menulis maklumat berikut di muka hadapan tugasan yang dihantar:

i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. Nombor Kad Pengenalan
iv. Kumpulan /Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh Hantar
viii. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_________________________________ __________________________________
(Nama: ANAS BIN SURAY) (Nama: DR. USHARANI A/P
Pensyarah / Penyelaras Kursus SHANMUGASUNDARAM
Kod Kursus :EDUP2093 Pakar Bidang (SME)/Penyelaras Kursus/
Nama Subjek : Pedagogi. Pensyarah Kanan
IPG Kampus Tuanku Bainun

Disahkan oleh:

_________________________________
(Nama: )
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tuanku Bainun

Anda mungkin juga menyukai