Anda di halaman 1dari 3

Nama Pelajar :

Program: PDPP (Ambilan Oktober 2021)

Kod : PJMS2063R
Semester/ Tahun: Sem. 1/ Tahun 1
Nama Kursus : Kurikulum Pendidikan
Ambilan : Oktober 2021
Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Untuk
Kumpulan : D1B & D1C
Sekolah Rendah
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Persembahan-Pembentangan (30%) 7/11/2021 6/12/2021
2. Pembentangan Digital (30%) 14/11/2021 14/12/2021

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. INSTITUT Pendidikan
Mensintesis kandungan kurikulum pengajaran dan pembelajaran PENDIDIKAN GURU KAMPUS SU
Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. (C4, HPP2, KKG9)
TUGASAN KERJA KURSUS
2. Menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian kemahiran kurikulum dan isu-isu
TAHUN AKADEMIK : OKT – JAN 2021
dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. (A4, HPP7, KAT6).

3. Mencipta satu medium pentaksiran sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani atau Pendidikan Kesihatan.(C6, HPP6, KDN5)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat :

1. Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari berkaitan jenis


kurikulum dan perkembangan kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
di Malaysia

2. Menggunakan pelbagai kaedah dalam menyampaikan kandungan kurikulum


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di
Malaysia

3. Mencipta dan membentangkan satu medium pentaksiran sama ada Pendidikan


Jasmani atau pendidikan Kesihatan secara digital.

Kecekapan dan kesediaan guru dalam mengajar Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan merupakan suatu perkara yang amat penting. Seseorang guru perlu
mempertingkatkan kefahaman dengan menerokai Kurikulum Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan serta melengkapkan diri dengan kemahiran teori dan praktikal yang
bertujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dan seterusnya
menghasilkan pelajar yang berkualiti.
THE BIG IDEA: GURU PJK HADAM KURIKULUM

Membangun murid menerusi PJK terletak kepada kefahaman guru dalam mengindoktrinasi
kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam standard kandungan dan
pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru PJK yang cakna berupaya
mentafsir kehendak kurikulum dengan perubahan global dunia pendidikan. Segala isu
berkaitan kurikulum PJK mampu dikenalpasti secara holistik dan melengkapkan diri sejajar
dengan perubahan tersebut.

Berdasarkan Big Idea guru PJK hadam Kurikulum anda dikehendaki melaksanakan dua
tugasan di bawah:

Untuk itu pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. Tugasan 1: Persembahan-Pembentangan (30%)

Membuat pembentangan dengan memilih dan mengaplikasi satu topik kandungan


dalam kurikulum dengan pelbagai kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

2. Tugasan 2 : Pembentangan Digital (30%)

Membuat pembentangan secara digital dengan mencipta satu medium pentaksiran


sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani atau Pendidikan
Kesihatan untuk peperiksaan di sekolah. .

Arahan Perlaksanaan Tugasan :

1. Tugasan 1 adalah secara kumpulan berdua dan tugasan 2 merupakan tugasan


individu.

2. Anda boleh berggerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.

3. Format pembentangan/ persembahan adalah seperti berikut:

3.1 Medium pembentangan yang sesuai.


3.2 Font yang sesuai.
3.3 Saiz huruf yang jelas.
3.4 Masa pembentangan adalah tidak melebihi 30 minit.
3.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) terkini.

4. Rujukan hendaklah mencukupi yang terdiri daripada buku dan jurnal dan sebaik-
baiknya terbitan dalam tempoh lima tahun.

5. Amalan Plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika didapati berlaku, pelajar akan
digagalkan kerja kursus.

6. Setiap tugasan kerja kursus mesti mengandungi butiran yang berikut:


(i) Nama Pelajar
(ii) Angka Giliran
(iii) No. Kad Pengenalan
(iv) Kumpulan/Unit
(v) Kod dan nama Kursus
(vi) Nama Pensyarah
(vii) Tarikh Hantar
(viii) Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

7. Pelajar mesti menghantar tugasan mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh dikenakan tindakan disiplin.

8. Pelajar WAJIB menyertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan kerja Kursus dan
disisipkan pada bahagian hadapan tugasan.

9. Tugasan ini membawa paratusan wajaran 60%

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( DR. ROSLI BIN HAMID ) ( DR. ROHANA BT YAHYA )


Penyelaras Kursus PJMS2063R SME Jabatan PJK
IPG Kampus Sultan Abdul Halim IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Disahkan oleh, Disemak oleh,

( SYED AHMAD EZAHAR B. SYED AMBON,BCK ) ( )


Ketua Jabatan PJK Pemeriksa Dalam (PD)
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Sulan Abdul Halim

Anda mungkin juga menyukai