Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


JABATAN ILMU PENDIDIKAN

TAHUN AKADEMIK : SEMESTER 3/2022

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)

EDUP3033
Murid dan Pembelajaran

PROGRAM : PISMP
AMBILAN: JUN 2021
SEMESTER: TIGA

NAMA PENSYARAH: PUAN ROSLIMAH BINTI


SAAT

NAMA PELAJAR: SHUBASHINI A/P K


SUBRAMANIAN
ANGKA GILIRAN: 2021152340160
NO KAD PENGENALAN: 020214040154

TARIKH HANTAR: 8 APRIL 2022

Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan
oleh pensyarah.

Catatan (jika ada)


Tandatangan Pelajar: Tarikh: 8 April 2022
BIODATA PELAJAR

NAMA : SHUBASHINI A/P K SUBRAMANIAN

ANGKA GILIRAN : 2021152340160

NO KAD PENGENALAN : 020214040154

KUMPULAN/ UNIT : PJM3

KURSUS/ SEMESTER : PISMP – SEMESTER 3

AMBILAN : JUN 2021

KOD : EDUP 3033

NAMA PENSYARAH AKADEMIK : PUAN ROSLIMAH BINTI SAAT

TARIKH HANTAR : 08 April 2022

ALAMAT E-MEL : shuba14sugar@gmail.com

ALAMAT RUMAH : NO 24 BLOK A1


LADANG LAU LEONG
CHABAU
77100 ASAHAN
MELAKA.

NO TELEFON : 0149700142
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAHUN AKADEMIK : 2022
Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: EDUP3033 Semester 1 Tahun : SEMESTER 3 1 TAHUN


1
Nama Kursus: Ambilan : JUN 2016
MURID DAN PEMBELAJARAN Kumpulan : BMMBI, BMMB2, BMMB3,
BMMB4, PIMKI, PIMK2, PJMSI,
PJMS2, PJMS3, PSVK
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik (800 P.P) 21 Februari 2022 14 Mac 2022

2. Laporan PBS (500 P.P) 21 Mac 2022 8 April 2022

3. Pembentangan 18 April 2022 25 April 2022


Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dan proses pembelajaran dalam


pendidikan, (C2,LOI)
2. Menghuraikan kepentingan perbezaan individu dan implikasi terhadap pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan sumber rujukan yang relevan. (C4,
1.03, 1.06, LLI, CTPS3)
3. Menganalisis teori-teori pembelajaran dan model pengajaran dan implikasi terhadap
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. (C4, L03, CTPS3)
4. Membentangkan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan
pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini. (C6, 1.03, 1.04, CTPS3, CS3)
5. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan
motivasi murid untuk belajar. (C6, L03, CTPS3)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2 ,3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat .
Menghasilkan sebuah penulisan akademik dengan membuat analisis tentang aplikasi satu
teori pembelajaran dalam bilik darjah.
2. Membuat satu laporan berdasarkan pemerhatian PdP di bilik darjah dari aspek
perbezaan individu menurut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner.
3. Membentangkan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan kaedah pengajaran masa kini.
TUGASAN KERJA KURSUS :
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut :
TUGASAN ı : PENULISAN AKADEMİK (25 Ya) - TUGASAN INDIVIDU
Teori pembelajaran ialah penjelasan tentang manusia dan haiwan belajar. Teori
pembelajaran berusaha untuk menjelaskan cara manusia belajar dan memberi
cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran. (Noriaü, Boan & Sharifah
Fakhriah, 2017).
Buat analisis aplikasi satu teori pembelajaran dalam bilik darjah.

TUGASAN 2 : LAPORAN PBS (1576) - TUGASAN INDIVIDU


Menurut Gardner (1991), manusia memiliki lapan patensi dalam dirinya, iaitu;
kecerdasan linguistik, logikal-matematik, ruang, muzik, tubuh kinestatik,
interpersonal (sosial), intrapersonal (kendiri) dan naturalis.

Sediakan satu laporan berdasarkan pemerhatian PdP di bilik darjah dari aspek
perbezaan individü menurut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner.

TUGASAN 3 : PEMBENTANGAN (10 26) TUGASAN KUMPULAN


Kapasiü Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) İdea Utama : Kemenjadian Guru
Profesional
Soalan Pencetus .
1. Bagaimana guru boleh menyampaikan ilmu, kemahiran dan nilai kepada muid
pelbagai kebolehan dengan menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah
pengajaran masa kini? 2. Bagaimana pedagogi masa kini memberi implikasi ke atas
pengajaran guru?

Amalan pedagogi masa kini dalam bilik darjah mampu memupuk pembelajaran
bermakna agar semua pelajar berupaya menyumbang kepada kebaikan bersama,
menangani cabaran global dan berkembang dalam dunia yang kompleks. (New
Pedagogies For Deep Learning : A Global Partnershjp, 2019)

Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran


masa kini. Bentangkan perancangan aktiviti tersebut dalam tempoh 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :


1. Tugasan 1 dan Tugasan 2 adalah tugasan individü dengan wajaran markah
250/0 dan 15 0/0.
2. Tugasan 3 adalah tugasa berkumpulan (2-3 orang) dengan wajaran markah
1096.
2. Masa pembentangan tugasan 3 adalah selama 30 minit.
4. Format penulisan akademik dan penulisan laporan adalah sepetti berikut :
i. Panjang esei adalah 800 patah perkataan dan penulisan laporan 500 patah
perkataan. ii. Font Arial saiz II langkau 1.5 baris
Penulisan rujukan mengikut format dan gaya APA (American Psvcho/oqica/
Association).
iv. Rujukan pertu disenaraikan sekurang-kurangnya IO rujukan. Rujukan tidak
termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Persamaan tidak boleh melebihi 30% dengan
aplikasi
"turnítin".

6. Bahagian kulit luar untuk tugasan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat


berikut
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. No.Kad Pengenatan
d. Kod dan Nama Kursus
e. Nama Pensyarah Akademik
f. Tarikh Hantar

7. Tugasan hendaklah dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

8. Kerja kursus ini akan disemak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Disemak oleh

( FAIZAH BINTI A. KARIM ) ( Dr. HASNAH BINTI ABDULLAH )


Penyelaras Kursus EDUP3033 Pakar Bidang (SME)
Disahkan oleh:
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK

1.0 Pengenalan

2.0 Pemerhatian Pdp Di Bilik Darjah Dari Aspek Perbezaan Individu Menurut
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner.

3.0 Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

4.0 Kesimpulan
1.0 PENGENALAN

Saya, Shubashini A/P K Subramanian telah meksanakan Pengalaman Berasaskan


Sekolah (PBS) fasa satu selama lima hari di SJK (T) Ladang Diamond Jubilee mengenai
topik perbezaan individu menurut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pengajaran dan pembelajaran merupakan proses yang penting yang dilalui oleh
setiap individu untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Menurut
Ikhsan, & Rohizani (2010), dalam proses pembelajaran dan pengajaran, perbezaan
individu sangat mempengaruhi dalam keberkesanan sesuatu pengajaran. Perbezaan
individu dikatakan sebagai perbezaan individu dari segi keupayaan dan berdasarkan
kriteria seperti kecerdasan, personaliti, fizikal dan kemahiran. Manakala definisi bagi
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner pula adalah kepakaran kecerdasan
manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani
masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
Berdasarkan perbezaan individu menurut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner,
saya telah menemu ramah beberapa guru semasa menjalankan Program Pengalaman
Berasaskan Sekolah di SJK (T) Diamond Jubilee, Melaka.

2.0 PEMERHATIAN PDP DI BILIK DARJAH DARI ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU


MENURUT TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER.

Menurut Yusri (2007), perbezaan individu merupakan ketidaksamaan aspek


perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di dalam kalangan individu.
Manakala Teori Kecerdasan Pelbagai merangkumi kecerdasan linguistik, logikal
matematik, ruang, muzik, tubuh kinestatik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.
Menurut Abdullah (2009), Kecerdasan verbal linguistik bermaksud kemampuan
menggunakan perkataan secara lisan atau tulisan termasuklah kebolehan
memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Elemen ini berkait rapat dengan pengaruh sosial yang terdapat dalam perbezaan
individu. Saya juga dapat memerhatikan perkara yang dinyatakan dalam bilik darjah.
Sebagai contohnya, terdapat beberapa murid yang bersifat pasif, pemalu, sensitif,
ketakutan serta aktif dalam kelas. Dalam hal ini, En Lawrence merupakan guru Bahasa
Melayu tahun 6, bertanya soalan dan berinteraksi dengan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid A yang merupakan aktif dalam verbal
linguistik telah menjawab soalan dengan baik dan turut membaca nota-nota yang diberi
oleh guru dengan fasih. Manakala murid B pula pasif dan pemalu dalam kelas serta tidak
hendak menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru. Selain itu, semasa menemu bual
Puan Veni, saya juga dapati bahawa terdapat pelajar yang cemerlang, kurang
cemerlang dan sederhana. Menurut beliau, guru perlu memberi perhatian kepada aspek
kognitif murid dari segi perlakuan, interaksi, kecekapan dan pertuturan seseorang murid
untuk mengenal pasti tahap kognitif serta melalui latihan pengukuhan yang berbagai
tahap bagi mengelakkan berlakunya perbezaan individu dari segi verbal linguistik.

Seterusnya, kecerdasan kinestatik pula berkait rapat dengan aspek fizikal dalam
perbezaan individu. Kecerdasan kinestatik merupakan pergerakan dan kemahiran fizikal
seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan bagi meluahkan perasaan atau
idea. Manakala, aspek fizikal ialah perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian,
jantina dan rambut. Menurut guru bahasa Inggeris Cik Nesamani, beliau akan membuat
perancangan kepelbagaian tugasan dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian saya, beliau
menyediakan tugasan seperti lakonan, nyanyian ataupun tugasan yang melibatkan
pergerakan badan berlandaskan subtopik yang akan diajar dalam kelas. Tugasan yang
diberi sesuai dengan tahap keupayaan murid. Bukan itu sahaja, ramai murid berminat
akan subjek Pendidikan Jasmani. Hal ini membuktikan bahawa mereka lebih suka akan
kaedah kinestatik daripada belajar secara teori. Manakala, ada juga sesetengah murid-
murid yang tidak sukan akan kinestatik disebabkan oleh aspek fizikal yang berbeza
daripada seorang kanak-kanak yang normal. Sebagai contohnya, murid A berbadan
kurus dan aktif dalam sukan serta aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan. Manakala,
murid B pula, berbadan besar serta tidak suka melakukan aktiviti-aktiviti yang
berdasarkan kinestatik. Hal ini menunjukkan perbezaan individu yang berlaku dalam
padang (bilik darjah). Lebih lagi, guru-guru yang berada di sekolah mengadakan slot
memanaskan badan (warming up session) pada pagi bagi memastikan semua pelajar
aktif menarik, mengerakkan tangan dan kaki mengikut rentak muzik supaya aktif
menyerap topik dalam kelas. Dengan ini, seseorang murid itu dapat belajar dengan
cergas tanpa rasa bosan.

Selain itu, kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami


perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Bukan itu sahaja, seorang yang
memiliki kecerdasan interpersonal ini, mereka boleh berinteraksi dengan mudah serta
boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu
yang berfaedah. Mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan,
fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Perkara ini boleh dikaitkan dengan emosi
yang terdapat dalam perbezaan individu. Tahap kecerdasan emosi berbeza antara satu
sama lain. Sebagai contohnya kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada
kanak-kanak perempuan. Menurut Puan Suseela, beliau menyelitkan pelbagai aktiviti
supaya murid dapat mengembangkan kecerdasan emosi mereka. Misalnya, guru telah
menyediakan sudut (parking corner) dalam kelas untuk menulis perasaan masing-
masing pada kertas kecil yang telah disediakan. Berdasarkan pemerhatian saya, murid
A telah menulis ‘I am excited today’ manakala murid B menulis bahawa ‘I feel bored
today’. Ini merupakan pendekatan yang boleh mengesan tahap emosi setiap murid
sepanjang proses P&P. Seterusnya, beliau juga telah membuat lawak sebagai unsur
kecindan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian
kerana supaya memastikan semua murid ketawa lebih kuat dan berada dalam keadan
bersenang-senang dalam kelas. Beliau melahirkan hubungan berinteraksi yang
berkesan antara pelajar melalui memberi kerja kumpulan. Tamsilnya, guru mengajar
murid-murid menyuarakan pendapat mereka tanpa berasa malu atau takut. Beliau juga
memberi tepukan dan mengucap “bagus, pandai, cubaan yang betul” sebagai tanda
motivasi pada pelajar yang cuba memberitahu jawapan dalam kelas tanpa menyakitkan
perasaan para murid. Dengan ini, seorang guru dapat mengimbangkan emosi murid-
murid dengan kaedah yang mudah.

Di samping itu, kecerdasan intrapersonal berkemampuan memahami emosi dan


perlakuan sendiri. Mereka juga mempunyai kecerdasan dalaman diri serta
berkeupayaan mengenali dalaman diri sendiri. Mereka mempunyai keyakinan diri yang
tinggi dengan menunjukkan kemahiran kepimpinan dan prinsip-prinsip tersendiri.
Kecerdasan intrapersonal ini boleh dihubungkaitkan dengan perbezaan individu
terutamanya kognitif. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat dua jenis kumpulan murid
wujud dalam kelas iaitu murid yang cemerlang (fast learners) dan murid yang lembam
(slow learners). Dalam hal ini, guru memantau dan membimbing murid yang bernama
Rajarajendran yang lembam/pasif secara peribadi dalam kelas untuk menguasai objektif
proses P&P. Malah, bagi murid yang mempunyai kecerdasan intrapersonal, mereka
dijadikan sebagai guru muda bagi membantu mengkongsikan hasil pemahaman kepada
rakan-rakan yang tidak memahaminya. Guru juga mengulang balik konten pengajaran
sehingga semua pelajar faham secara mendalam. Penggunaan ABM dan BBM sebelum
melaksanakan sesi P&P juga salah satu kaedah yang ditangani oleh guru untuk
meningkatkan daya kognitif antara pelajar. Pembelajaran berbantutkan elemen
komputer, visual, carta, peta i-THINK, buku, audio, grafik dan animasi kartun akan
merangsang minat pelajar untuk lebih memahami pengajaran guru. Dengan ini, murid
yang intrapersonal juga dapat belajar dengan bersendirian dengan bahan bantuan yang
diberikan oleh guru.

3.0 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melalui menemu bual dan pemerhatian, implikasi terhadap pengajaran dan


pembelajaran melalui menganalisis perbezaan individu dalam kalangan murid menurut
Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner, didapati bahawa apabila guru mengetahu
tahap kognitf dan kebolehan murid, maka guru perlu merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang selaras dengan keupayaan setiap pelajar. Sehubungan ini, Puan
Veni, Guru Besar SJK (T) Ladang Diamond Jubilee, berkongsi tentang usaha yang
diambil bagi meningkatkan tahap kognitif murid dengan melakukan Program Diamond
pagi khas untuk murid yang lemah dalam pembacaan dan penulisan. Menurut beliau,
terdapat program ‘Catch Up’ untuk pelajar yang tidak boleh membaca. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya guru perlu mengetahui gaya pembelajaran murid agar
dapat menghasilkan pengajaran yang efektif dengan menggunakan pelbagai media
untuk mencapai obektif P&P. Oleh hal demikian, guru perlulah menggunakan pelbagai
strategi dan pendekatan yang sesuai ikut topik yang diajar serta digunakan untuk murid
yang berbeza mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, setiap individu mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri dari
kanak-kanak sehingga ke dewasa. Oleh hal demikian, murid-murid mempunyai pelbagai
kebolehan yang perlu dikenal pasti oleh guru agar mereka dapat mahirkan diri dalam
jurusan yang sesuai (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Hal ini demikian, peranan
guru adalah amat penting dalam mengenal pasti perbezaan individu menurut Teori
Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner agar dapat melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran mengikut tahap setiap murid.
Rujukan

Gardner, H. (1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple lntellingence. New York: Harper
& Row.

Ikhsan, & Rohizani (2010). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan
Kurikulum. Asia Pasific Journal of Educators and Education. Vol.25. Diambil daripada
http://apjee.usm.my

Khairul Yusri. (2007). Pelan Induk Pendidikan (PIPP), Kementerian Pelajaran Malaysia,
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam


pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Anda mungkin juga menyukai