Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT TUARAN

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : 2021

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod : EDUP3033 Semester / Tahun : 2 / 1


Ambilan : Jun 2020
Nama Kursus: Kumpulan :BM1(SK), BM2(SK), BM3(SK), BM1(SJKC), BM(SJKC),
Murid dan Pembelajaran PA SK, PAI SMU/SMA, TESL1(SK), TESL2(SK) TESL(SJKC),
BKD(SK)
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Laporan PBS 08.03.2021 19.03.2021
2. Penulisan Akademik 08.02.2021 04.03.2021
3. Pembentangan 22.03.2021 29.03.2021

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dan proses pembelajaran dalam


pendidikan.
2. Menghuraikan kepentingan perbezaan individu dan implikasi terhadap pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan sumber rujukan yang relevan.
3. Menganalisis teori-teori pembelajaran dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.
4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan strategi dan
kaedah pengajaran masa kini dan membuat pembentangan.
5. Mencadangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan motivasi
murid untuk belajar.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 & 4.

Objektif Kerja Kursus


Pelajar dapat :

1. Menulis laporan berdasarkan kepada pengalaman sepanjang PBS tentang perbezaan


individu dalam kalangan murid yang terdapat di dalam kelas dan implikasi terhadap
pengajaran dan pemudahcaraan guru tersebut.
2. Merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah dan
teknik pengajaran masa kini iaitu Blended Learning dan mengaitkan teori pembelajaran
yang sesuai serta implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
3. Membentangkan aktiviti yang telah dirancang dalam Tugasan 1 dengan menggunakan
kaedah dan teknik pengajaran masa kini iaitu Blended Learning yang telah dirancang.

1
Tugasan 1 : Menulis Laporan PBS (15%) – Individu

Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu adalah ketidaksamaan aspek perkembangan
secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Guru-guru perlu memahami bahawa
Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka di
dalam kelas.

Anda dikehendaki menulis laporan berdasarkan kepada pengalaman sepanjang PBS tentang
perbezaan individu dalam kalangan murid yang terdapat di dalam kelas dan implikasi terhadap
pengajaran dan pemudahcaraan guru tersebut masa kini agar pembelajaran lebih bermakna.

(500 Patah Perkataan-15%)

Tugasan 2 : Penulisan Akademik (25%) – Individu

Anda dikehendaki menghasilkan satu perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan menggunakan pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran masa kini iaitu Blended Learning dan mengaitkan teori
pembelajaran yang sesuai serta implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.

(800 Patah Perkataan-25%)

Tugasan 3 : Pembentangan (10%) - Individu

Anda dikehendaki membentangkan aktiviti yang telah dihasilkan dalam Tugasan 1 dengan
menggunakan kaedah dan teknik pengajaran masa kini iaitu Blended Learning yang telah
dirancang.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:


1. Tugasan 1, 2 dan 3 adalah tugasan individu.
2. Format Tugasan 1 & 2 adalah seperti yang berikut :
a. Word dan Pdf file
b. Font Arial
c. Saiz huruf ialah 11
d. Langkau satu setengah baris
e. Rujukan mengikut format APA
3. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
4. Muatnaik Tugasan 1, 2 dan 3 dalam Google Classroom.
5. Tugasan ini membawa wajaran 50%
6. Muka depan tugasan merangkumi :
a. Nama pelajar
b. Angka giliran
c. Nombor Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
2
e. Kod dan Nama Kursus
f. Tajuk Tugasan
g. Nama Pensyarah
h. Tarikh Hantar
i. Markah
j. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:
Komen Pensyarah Tandatangan dan Tarikh

Kriteria Pentaksiran

Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(FITRI SHAHWALIAH BINTI SU’UT) (FITRI SHAHWALIAH BINTI SU’UT)


Pensyarah / Penyelaras Kursus JPIP Pakar Bidang (SME)/ Penyelaras Kursus /
IPG Kampus Kent Pensyarah Kanan JPIP
IPG Kampus Kent

Disahkan oleh :

(JULIANA DUMPIL)
Ketua Jabatan
JPIP
IPG Kampus Kent

Anda mungkin juga menyukai