Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK : JAN - MEI 2023

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: PRKA3012 Semester / Tahun : Semester II Tahun 2


Ambilan: Jun 2021
Nama Kursus: Perancangan Pengajaran dan
Kumpulan: Pendidikan Muzik
Pembelajaran
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan RPH (600 patah perkataan) 30.1.2023 7.2.2023


2. Pembentangan RPH (600 patah
10.2.2023 14.2.2023
perkataan)
3. Laporan perbincangan hasil simulasi
pengajaran mikro ( 400 patah 15.2.2023 3.3.2023
perkataan)
4. Penulisan reflektif pengajaran makro
6.3.2023 14.3.2023
(600 patah perkataan)
5. Penulisan akademik (1000 patah
15.3.2023 29.3.2023
perkataan)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Membincangkan komponen-komponen penting dalam rancangan pengajaran dan


pembelajaran. (C2, A2, LO1)
2. Membentangkan rancangan pengajaran harian yang dihasilkan berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum semasa kepada kelas. (C3, A4, LO4, CS3)
3. Menganalisis simulasi pengajaran mikro dalam kumpulan. (C4, A5, LO3, LO5, CTPS3, TS4)
4. Menilai pengajaran makro yang telah dilaksanakan melalui penilaian rakan sebaya. (C5, A3,
LO3, LO8, CTPS2, EM3)
5. Mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan
strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) berbantukan pelbagai sumber.(C6, LO1,
LO3, LO6, CTPS3, LL1)
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:

1. Menulis satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan mengemukakan komponen-


komponen penting dalam sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) semasa (HPK1).

2. Melaksanakan pembentangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dibina


bedasarkan (tugasan 1) dalam bentuk rakaman video (HPK2)
3. Memperincikan satu laporan perbincangan hasil analisis simulasi pengajaran mikro secara
berkumpulan (HPK3).

1
4. Melaksanakan penulisan reflektif melalui penilaian rakan sebaya hasil pengajaran makro yang
telah dilaksanakan (HPK4).

5. Menghasilkan satu penulisan akademik berkenaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran


berdasarkan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan merujuk pelbagai
sumber (HPK5).

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)

Pentaksiran berterusan ini dilaksanakan secara interdiciplinary dengan kursus yang ditawarkan di
Jabatan Seni Visual Dan Muzik iaitu kursus PRKA3012 (Perancangan Pengajaran dan
Pembelajaran) dengan kursus MUZK3113 (Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah) yang berfokus pada
Tugasan 1 (Penulisan RPH).

Pelaksanaan pentaksiran berterusan yang berkaitan bagi kursus-kursus ini adalah berlandaskan
The Big Idea (TBI) dan Essential Questions (EQ) seperti yang dinyatakan;

The Big Idea (TBI) :

Perancangan Pengajaran Berkualiti Menjana Pembelajaran Berkesan.

Essential Questions (EQ):

1.Sejauh manakah penulisan RPH yang berkualiti dapat menjana pembelajaran berkesan?

2.Bagaimanakah guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran berkualiti dalam sistem


pendidikan?

Guru yang dinamik perlu bijak dari aspek pengetahuan, pembentukan sahsiah dan
kepakaran. Seorang guru Pendidikan Muzik khususnya juga perlu mempunyai kemahiran
dalam pengajaran dan penyampaian ilmu serta pembentukan amalan, sikap dan disiplin diri
yang bersifat profesional. Oleh itu, guru haruslah mempunyai ilmu pedagogi tentang
perancangan, pengajaran mikro dan makro, profesionalisme guru temasuk juga komunitii
pembelajaran profesional (PLC) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar dapat
memberikan impak yang maksimum kepada murid.

Berdasarkan pernyataan tersebut, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH 20%)


Perancangan PdPc yang rapi dan teliti adalah penting untuk memastikan pengajaran berjalan lancar
dan pembelajaran murid mencapai hasil yang dirancang. Selaras dengan itu, siswa guru perlu
menguasai komponen-komponen penting yang terkandung dalam sesuatu Rancangan Pengajaran
Harian (RPH).

2
1. Secara individu, anda dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
mengikut format yang tepat berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Pendidikan Muzik Tahun 4, 5 atau 6.

2. Penulisan perlu meliputi komponen – komponen yang seharusnya terkandung dalam sesuatu
RPH.

 Komponen-komponen dalam RPH iaitu;

- Tema/tajuk
- Kemahiran/fokus
- Pengetahuan sedia ada
- Standard Kandungan
- Standard Pembelajaran
- Objektif Pembelajaran
- Pentaksiran
- KBAT
- Elemen Merentas Kurikulum
- Penerapan Nilai
- Sumber/ Bahan Bantu Mengajar
- Huraian langkah pelaksanaan aktiviti secara terperinci (mempunyai Set Induksi,
Langkah Pengajaran 1,2 dan 3 serta Penutup).

3. Penulisan juga perlu disokong dengan bahan bantu mengajar yang berkaitan seperti lembaran
aktiviti, peta pemikiran i-Think, peta minda, jadual pentaksiran dan sebagainya.

4. Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik selama 30 minit.

5. Panjang penulisan RPH ialah 600 patah perkataan.

6. Tugasan ini dijalankan berlandaskanThe Big Idea iaitu Perancangan Pengajaran Berkualiti
Menjana Pembelajaran Berkesan secara interdiciplinary dengan tugasan Penulisan Aktiviti P&P
(MUZK3113).

TUGASAN 2: Pembentangan Rancangan Pengajaran Harian RPH (10%)

1. Secara individu anda dikehendaki melaksanakan satu pembentangan berdasarkan RPH yang
telah dibina dalam (Tugasan 1).

2. Sesi pembentangan RPH dilaksanakan dalam bentuk rakaman video.

3. Tempoh masa pembentangan ialah 30 minit.

TUGASAN 3: LAPORAN SIMULASI PENGAJARAN MIKRO (20%)

(Kerja kumpulan ditaksir secara individu)

Pengajaran mikro merupakan sesi pengajaran yang diperkecil untuk membina kemahiran baharu
dan mengukuhkan kemahiran sedia ada.

3
Secara berkumpulan 2-3 orang, anda dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut:

1. Kumpulan simulasi – Simulasi pengajaran mikro mengikut kemahiran-kamhiran yang telah


ditetapkan.

2. Setiap aktiviti simulasi pengajaran mikro berdasarkan kemahiran, perlu sertakan perancangan
ringkas dan dibuat rakaman video untuk tujuan analisis.

3. Simulasi pengajaran mikro mengikut kemahiran yang telah ditetapkan seperti berikut;

- Kemahiran set induksi


- Kemahiran penggunaan papan tulis
- Kemahiran variasi rangsangan
- Kemahiran penyoalan
- Kemahiran peneguhan/ pengukuhan
- Kemahiran penerangan/ ilustrasi/ contoh
- Kemahiran penggunaan bahan sumber
- Kemahiran penutup

4. Seterusnya, secara berkumpulan (kumpulan pelapor), analisiskan rakaman simulasi pengajaran


mikro menggunakan borang bimbingan. Setiap kumpulan perlu membincangkan dan
menyediakan laporan berdasarkan tiga (3) kemahiran pengajaran mikro yang dipilih.

5. Perincikan setiap kemahiran dengan mengemukakan kekuatan, kelemahan dan cadangan


penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan langkah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
tersebut.

6. Panjang penulisan laporan ialah 600 patah perkataan.

7. Senarai sumbangan setiap ahli dalam kumpulan perlu disertakan.

TUGASAN 4 : Penulisan Reflektif Pengajaran Makro (20%)

Profesionalisme guru merupakan suatu nilai yang murni jika individu menjalankan tanggungjawab
dengan penuh dedikasi. Hal ini termasuklah penulisan jurnal/laporan reflektif mingguan yang
merangkumi aspek tindakan yang sedang berlaku, pemahaman terhadap apa-apa yang berlaku dan
tindakan susulan tentang situasi tersebut.

1. Secara individu, anda dikehendaki untuk menyediakan satu laporan penulisan reflektif berkaitan
pengajaran makro yang telah dilaksanakan melalui maklumat penilaian rakan sebaya.

2. Sesi pengajaran makro dilaksanakan dalam bentuk rakaman video.

3. Kandungan laporan anda perlu merangkumi aspek berikut:

i. Kekuatan Pengajaran
ii. Kelemahan Pengajaran
iii. Cadangan Penambahbaikan
iv. Nilai tambah terhadap pengetahuan anda

4. Panjang penulisan laporan reflektif ialah 600 patah perkataan.

4
TUGASAN 5: Penulisan Akademik (Esei Deskriptif) (30%)

Komuniti Pembelajaran Profesional merupakan satu kumpulan yang profesional, bekerja secara
bersama-sama berfungsi meningkatkan profesionalisme diri di samping berusaha meningkatkan
pembelajaran murid. Terdapat 5 strategi utama yang dapat dilaksanakan sebagai aktiviti untuk
menyokong usaha tersebut.

1. Secara individu, anda dikehendaki untuk membangunkan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah yang berkesan melalui satu strategi
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan diperincikan melalui penulisan akademik yang
kritis.

2. Pembinaan aktiviti yang dirancang dan perbincangannya perlu ditulis dalam bentuk esei.

3. Panjang penulisan esei deskriptif ialah 1000 patah perkataan.

4. Huraian haruslah disertakan dengan petikan rujukan (in-text citation) dalam penulisan akademik
dan senarai rujukan yang menggunakan format APA (2019, edisi ke-7).

Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan rujukan.
Namun anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah
merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber bahan daripada internet.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut;

2.1. Halaman muka hadapan kulit tugasan hendaklah menggunakan format yang selaras
seperti yang telah ditetapkan.

2.2. Bentuk tugasan yang dilaksanakan perlu bertaip dengan saiz font Arial 11 dan langkau
1.5 baris.

2.3 Semua rajah yang dikemukakan perlu dilabelkan.

2.4. Rujukan sumber bahan haruslah mengikut format dan gaya APA (American
Psychological Association) edisi ke-7, 2019.

2.5 Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah serta
ditulis dalam bahasa Melayu sahaja.

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

4. Tugasan perlu dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat
tanpa alasan yang kukuh akan menjejaskan gred pentaksiran berterusan anda.

5. Semua tugasan yang telah dikemukakan akan dinilai berdasarkan rubrik pemarkahan yang
telah ditetapkan.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Pengenalan yang baik dan dapat mengupas isi-isi berkaitan dengan sempurna.
2. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

5
3. Pemilihan isu dan kemahiran yang dibincangkan menepati keperluan pendidikan masa ini.
4. Analisis fakta secara komprehensif dan tepat.
5. Rumusan dan cadangan hendaklah selari dengan keperluan tugasan.
6. Kemukakan bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda.
7. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan merujuk sumber yang
sahih.
8. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
9. Penggunaan laras bahasa yang jelas dan sesuai.

Catatan: Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang sediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................................. ................................................
(Nama : CHANG SIEW FONG ) (Nama : DATIN YEOH CHIN CHOO)

Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

....................................................

(Nama : DR. MOHD FAUZI BIN FADZIL)


Ketua Jabatan Seni Visual Dan Muzik
IPG Kampus Tuanku Bainun

Anda mungkin juga menyukai