Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


TUGASAN KERJA KURSUS
Program : PISMP TAHUN AKADEMIK: 2020 Nama Pelajar :
Kod : PRKA3012 Semester/Tahun : Semester 2 Tahun 2
Nama Kursus: Ambilan : Jun 2018

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan : 4PISMP Matematik


Planning of Teaching and Learning
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik (30%) 13/1/2020 27/1/2020
2. Penulisan RPH (20%) 28/1/2020 5/2/2020
3. Pembentangan RPH (10%) 17/2/2020 21/2/2020
4. Laporan perbincangan hasil simulasi pengajaran 18/3/2020 25/3/2020
mikro (20%)
5. Penulisan reflektif pengajaran makro (20%) 26/3/2020 04/4/2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Membincangkan komponen-komponen penting dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran.


(C2, A2,LO1)

2. Membentangkan rancangan pengajaran harian yang dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard


Kurikulum semasa kepada kelas.(C3,A4,LO4, CS3)

3. Menganalisis simulasi pengajaran mikro dalam kumpulan. (C4,A5,LO3, LO5, CTPS3, TS4)

4. Menilai pengajaran makro yang telah dilaksanakan melalui penilaian rakan sebaya.(C5,A3,LO3,
LO8, CTPS2, EM3)

5. Mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan strategi
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) berbantukan pelbagai sumber (C6, LO1, LO3, LO6,
CTPS3, LL1)

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Melalui penulisan kertas perancangan:

Menghasilkan kertas perancangan reka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik
Sekolah Rendah yang berkesan dengan menggunakan strategi Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) berbantukan pelbagai sumber.

2. Melalui penulisan RPH:

Menghasilkan penulisan RPH Matematik Sekolah Rendah dengan mengintegrasikan


komponen-komponen penting dalam rancangan pengajaran harian

3. Melalui pembentangan:

1
Membentangkan RPH yang dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Matematik
semasa kepada rakan kelas

4. Melalui penulisan laporan:

Menghasilkan satu laporan yang membincangkan hasil analisis simulasi pengajaran mikro
dalam kumpulan

5. Melalui penulisan reflektif


Menghasilkan satu penulisan reflektif bagi pengajaran makro yang telah dilaksanakan melalui
penilaian rakan sebaya

Guru perlu memastikan pengalaman belajar murid sentiasa diperkukuhkan melalui pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan. Ini boleh direalisasikan melalui perancangan yang berkualiti dengan
persediaan aktiviti, sumber dan alat pentaksiran yang sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran.
Tambahan pula, guru harus menguasai pelbagai kemahiran mengajar untuk memastikan pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Di samping itu, guru juga perlu
mengamalkan budaya membuat refleksi untuk menilai dan menambahbaik pengajaran. Tugasan ini
diharap dapat mengukuhkan pengetahuan dan melatih guru pelatih dalam perancangan pengalaman
pembelajaran akan datang.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 (Individu) : Penulisan Akademik (30%)

Mereka cipta satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik yang berkesan dengan
menggunakan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang sesuai. Aktiviti perlu kreatif,
menarik dan berbantukan pelbagai sumber.

Bincangkan bagaimana penglibatan dalam strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dapat
membantu anda mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan. PdP
yang telah dirancang itu perlulah menggunakan pelbagai pedagogi yang berasaskan kemahiran
pembelajaran abad ke-21, menerapkan unsur-unsur sahsiah, nilai dan moral serta kepelbagaian
budaya pelajar. Pembinaan alat pentaksiran bagi menguji pencapaian pelajar dalam aktiviti PdP yang
telah dirancang tersebut perlulah mengikuti langkah-langkah pembinaan ujian yang betul.

Penulisan akademik terhad kepada 1000 patah perkataan

TUGASAN 2 (Individu) : Penulisan RPH (20%)

1. Menghasilkan satu rancangan pengajaran harian (RPH) untuk satu jam pengajaran dengan
memilih satu topik dalam Dokumen Standard Kurikulum Matematik Rendah semasa.

2. RPH perlu mengandungi semua komponen penting termasuk penggunaan pedagogi berasaskan
kemahiran pembelajaran abad ke-21, penerapan elemen KBAT, dan bahan sumber PdP yang
berkesan.

Panjang penulisan RPH adalah 600 patah perkataan.

TUGASAN 3 (Individu) : Pembentangan RPH (10%)

1. Membentangkan RPH yang dihasilkan dalam Tugasan 1 kepada rakan kelas dalam masa 30
minit. Pembentangan perlu menampilkan kemahiran komunikasi yang baik.

TUGASAN 4 (Kumpulan) : Laporan perbincangan hasil simulasi pengajaran mikro (20%)

2
1. Menganalisis dua kemahiran pengajaran mikro dalam kumpulan dua orang dan mencadangkan
alternatif-alternatif yang tepat untuk menambahbaik kemahiran tersebut.

2. Menuliskan satu laporan lengkap perbincangan hasil pengajaran mikro disokong dengan bukti,
hujah dan rujukan yang sahih.

Panjang laporan adalah 600 patah perkataan.

TUGASAN 5 (Individu) : Penulisan reflektif pengajaran makro (20%)

1. Menyediakan satu penulisan reflektif terhadap sesi pengajaran makro anda berdasarkan
penilaian rakan kelas. Cadangkan bagaimana pengajaran anda dapat ditambahbaik.

Panjang penulisan reflektif adalah 600 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1, 2,3 dan 5 adalah tugasan individu manakala Tugasan 4 adalah tugasan berkumpulan.

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:-


2.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
2.2 Fon Arial
2.3 Saiz huruf 12
2.4 Langkau 1.5 baris
2.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association).
2.6 Penulisan dalam bahasa melayu.

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

4. Tugasan ini membawa markah 100%

5. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

 RPH perlu menepati format yang betul serta mengandungi semua komponen penting
termasuk penggunaan pedagogi berasaskan kemahiran pembelajaran abad ke-21,
penerapan elemen KBAT dan bahan sumber PdP yang berkesan. Semua komponen RPH
ditulis dengan jelas dan terperinci
 Pembentangan RPH sangat jelas dengan fakta dan huraian serta meyakinkan bersesuaian
dengan tahap pendengar
 Analisis kemahiran pengajaran mikro sangat kritikal dan analitikal berdasarkan data dan
disokong dengan hujah kukuh yang mengaitkan teori pengajaran dan pembelajaran
 Menghasilkan penulisan reflektif yang kritikal terhadap sesi pengajaran makro dan mengulas
kesan pengalaman yang dilalui terhadap persediaan diri ke arah profesion guru
 Berkebolehan mereka cipta aktiviti PdP matematik yang menarik serta mampu merangsang
pemikiran kritis dan kreatif murid selain memupuk kemahiran saintifik dan nilai.
 Senarai rujukan sahih dan ditulis menggunakan format sistem APA dengan betul

6. Semua hasil kerja tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk folio yang kemas dan sempurna
bersama sekeping cakera padat (DVD) yang memuatkan soft copy semua hasil tugasan, bahan
sumber pengajaran, bukti rakaman video pengajaran dan dokumen sokongan berkaitan.

3
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(DR FATIMAH ABD KADIR) (PN MANISAH BINTI MOHD SHAH )


Penyelaras Kursus PRKA3012 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Matematik Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(PN SITI KHADZIMAH BT SALLIP)


Ketua Jabatan Matematik
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai