Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2020

Program: PDPP Semester / Semester 1


Tahun:

Nama Kursus: Pengurusan Kokurikulum Ambilan: Jun 2020

Kod: MPU 2071 Kumpulan: KDC (MOD KDC)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Jam Pembelajaran


Pelajar

Tugasan 1 : 15 September 28 September 2020 2


2020
Pembentangan Kertas
Kerja Projek

Tugasan 2 : 10 Oktober 2020 23 Oktober 2020 2

Amali Projek

Tugasan 3 : Kuiz 23 Oktober 2020 05 November 2020 2

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan konsep, matlamat, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti-aktiviti


kokurikulum di sekolah. (C2, HP1)
2. Membentangkan perancangan pelaksanaan projek kokurikulum dengan mengambil
kira semua aspek pengurusan dan pentadbiran kokurikulum. (C2, HP1, A4, HP5,
HP6, KIK5, KDN2).

3. Melaksanakan projek kokurikulum dan aspek pengelolaan dan penilaian dengan


mempamerkan nilai dan etika profesionalisme. ( C4, HP2, KKG4, A4, HP8, KAT12,
HP9, KPK2, KPK5, HP10, KEP4)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran kursus 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat:

1. Dapat menjelaskan konsep dan pengetahuan pengurusan kokurikulum secara


keseluruhan melalui soalan-soalan kuiz.

2. Membentangkan kertas kerja bagi menerangkan organisasi perancangan


pelaksanaan projek berkaitan pengurusan kokurikulum sebagai sesuatu bidang
pengetahuan dan kemahiran yang berstruktur dalam pentadbiran aktiviti
kokurikulum sekolah secara berkumpulan.

3. Melaksanakan amali projek kokurikulum dari aspek pengelolaan dan penilaian


dengan mempamerkan nilai dan etika profesionalisme.

Kokurikulum memainkan peranan penting bagi melahirkan modal insan yang cergas,
berketrampilan dan produktif untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial serta
pembangunan ekonomi negara. Justeru itu, aktiviti kokurikulum menjadi semakin penting
dan wajib dilaksanakan secara giat di semua sekolah supaya dapat menarik minat
pelajar untuk mengamal budaya pengurusan kokurikulum yang berkesan dan
berintegriti. Pihak yang terlibat dalam pengurusan aktiviti kokurikulum seharusnya
berupaya merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti badan beruniform, sukan,
kelab dan persatuan kokurikulum secara sistematik, cekap dan berkesan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Pembentangan Kertas Kerja Projek ( 30% )

Anda dikehendaki menyediakan serta membentangkan dalam masa 30 minit satu


perancangan projek kokurikulum sekolah dalam bentuk satu kertas kerja lengkap secara
berkumpulan dua atau tiga orang. Perancangan projek kokurikulum yang dirancang harus
merangkumi butiran seperti berikut:

a) Tajuk Kertas Kerja f) Anggaran Perbelanjaan /Pendapatan


b) Tarikh, Masa, Tempat, Kumpulan g) Peraturan & Undang-undang
c) Objektif & Rasional h) Jadual Tentatif Pengelolaan
d) Alatan & Kemudahan i) Dokumen & Borang Berkaitan
e) Pembentukan J/K Pengelola j) Lain-lain yang difikirkan relevan.

Kumpulan anda boleh memilih salah satu daripada projek-projek berikut :

1. Jamuan 6. Pertandingan Unit Beruniform


2. Perkhemahan 7. Pertandingan Persatuan
3. Hari Keraian. 8. Acara berkaitan Kokurikulum
4. Pertandingan Sukan 9. Kursus berkaitan Kokurikulum
5. Kem Latihan 10. Majlis berkaitan Kokurikulum

Tugasan 2: Amali Projek ( 40% )

Anda dikehendaki membuat satu projek pertandingan atau majlis rasmi sekolah secara
individu serta membuat buku program berkaitan projek tersebut seterusnya melaksanakan
projek tersebut secara amali. Projek tersebut mestilah dalam peruntukan masa selama 2
jam, lokasinya di sekolah. Anda dinilai daripada proses perlaksanaan projek tersebut.

Tugasan 3 : Kuiz ( 30% )

Anda dikehendaki menduduki satu kuiz selama 30 minit berbentuk 20 soalan objektif yang
berkaitan dengan pengurusan kokurikulum secara keseluruhan dengan memberi tumpuan
kepada konsep, strategi pelaksanaan dan pengurusan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Tugasan penulisan perancangan projek dalam bentuk kertas kerja adalah secara
berkumpulan.

2. Tugasan amali projek dilaksanakan secara individu.

3. Semua penulisan harus ditaip komputer dengan jenis Arial font 12 dan langkau satu
setengah baris.

4. Sumber / bahan rujukan perlu dinyatakan mengikut format yang ditentukan (contoh : APA)
.
5. Lampirkan bukti pengumpulan sumber maklumat bersama-sama tugasan.
.
6. Rajah, jadual, foto dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan
dalam senarai (Lampiran).

7. Kuiz akan diadakan serentak untuk semua unit pada 05 November 2020 merangkumi
keseluruhan topik yang telah diajar.

8. Tugasan perlu dihantar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.


9. Muka hadapan kerja kursus yang terkini hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri di
laman iTEMS IPG Kampus Ipoh.

10. Amalan plagiat adalah dilarang sama sekali.

*Projek KPPB yang akan dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea bertajuk (Buku Minda
Kokurikulum) berkongsi projek dengan MPU3081 Persatuan iaitu dengan mengadakan
rancangan pengajaran harian contoh-contoh aktiviti pembelajaran berkaitan kokurikulum di
sekolah menggunakan perisian komputer.

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………... ………..……..………………………..
( DR HJ NOOR AZMI BIN OSMAN ) ( EN. KANAISAN A/L KANAPATHY)
Penyelaras Kursus MPU2017 Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh :

…………………………………………
( DR MOHD HAFIDZ BIN OSMAN )
KETUA UNIT KOKURIKULUM
Unit Kokurikulum, IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai