Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK NOVEMBER 2021 - JANUARI 2022

Program: PISMP Nama Pelajar:


Kod: MPU3081 Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 2
Nama Kursus: Kokurikulum - Persatuan
Ambilan: Jun 2020

Kumpulan: Unit V (V1 hingga V18)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Kertas Kerja 12 November 2021 08 Disember 2021

Laporan Kajian Kes 22 November 2021 06 Disember 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menghurai konsep dan identiti persatuan. (C2, LO1)


2. Menghasilkan kertas kerja penubuhan persatuan mengikut tatacara dan kaedah
standard penubuhan persatuan. (C6, A4, LO1, LO3, CTPS2)
3. Menganalisis maklumat berkaitan penubuhan persatuan dan aktiviti penjanaan
kewangan berpandukan analisis SWOT. (C4, LO3, LO7, CTPS3, KK1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan konsep dan identiti persatuan.


2. Menyedia dan menghasilkan kertas kerja penubuhan persatuan mengikut tatacara
dan kaedah standard penubuhan persatuan.
3. Menyediakan laporan kajian kes dengan memberi cadangan penambahbaikan
kewangan persatuan di Malaysia atau antarabangsa menggunakan analisis
SWOT.(Strenghts, Weakness, Opportunities, Threats).
Pengurusan persatuan merupakan satu pengenalan, definisi dan kepentingan
Persatuan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan seperti yang dihasratkan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui aktiviti berpersatuan yang
dirancang, membolehkan pelajar dapat menyerlahkan nilai kepimpinan dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri
secara berterusan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Kertas Kerja (60%)

1. Anda telah dilantik oleh Guru Besar sekolah untuk menubuhkan satu persatuan baru
bagi murid tahun 4. Pilih satu persatuan atau kelab yang sesuai untuk ditubuhkan. Anda
dikehendaki menghasilkan kertas kerja penubuhan persatuan / kelab secara individu.

2. Kertas kerja yang dihasilkan mesti mengandungi :

 Tajuk kertas kerja


 Jenis persatuan atau kelab
 Pengenalan
 Tujuan
 Objektif dan rasional
 Pembentukan Jawatankuasa dan tugas jawatankuasa
 Perlembagaan dan peraturan
 Perancangan aktiviti dan takwim
 Carta alir penubuhan persatuan
 Surat penubuhan persatuan
 Penutup

3. Penulisan kertas kerja yang dihasilkan adalah tidak melebihi 1500 patah perkataan.

Projek KPPB

1. Tugasan ini berkongsi big idea ’Kesihatan Diri’ ( Pengelolaan aktiviti – webinar /
ceramah kesihatan) dengan kerja kursus MPU3031 (Pengurusan Kokurikulum).
Projek KPPB akan dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea yang bertujuan
meningkatkan kompetensi siswa guru dalam aspek pengurusan dan pengelolaan
aktiviti. Produk tugasan hasil projek KPPB ini juga akan dimuatnaik secara digital atas
talian.

Tugasan 2: Laporan Kajian Kes (40%)

1. Anda dikehendaki secara individu membuat analisis dan pelaporan kajian kes satu
persatuan / pertubuhan di Malaysia atau antarabangsa dengan menganalisis perkara
berikut :

 Sejarah penubuhan
 Kaedah dan proses penubuhan
 Aktiviti dan perkhidmatan yang diamalkan
 Perbandingan perkhidmatan
 Strategi menjana kewangan
 Isu-isu berbangkit
 Cadangan penambahbaikan kewangan persatuan di Malaysia atau antarabangsa
dan menggunakan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats)

3. Penulisan kertas kerja yang dihasilkan adalah tidak melebihi 800 patah perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Anda boleh bergerak secara berkoloboratif untuk mengumpul maklumat dan


melaksanakan kajian kes.

2. Softcopy muka depan kerja kursus hendaklah dimuat turun oleh pelajar dari items
IPGK Ipoh.

3. Bentuk penulisan yang dilakukan perlu bertaip dengan saiz fon arial 11 dan langkau
1.5 baris.

4. Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah serta
ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali

6. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan
yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

Nasaruddin Shaha
……………………………………. ………………………………
(NASARUDDIN BIN MD RASOL) (SHAHALIZA BINTI HALIM)
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras
Kursus / Pensyarah Kanan

Disahkan oleh Ketua Jabatan :

Hafidz
……………………………………
(Dr. MOHD HAFIDZ BIN OSMAN)
Ketua Unit Kokurikulum
Unit Kokurikulum

Anda mungkin juga menyukai