Anda di halaman 1dari 1

Amirul merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Oleh itu, dia sangat

disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh. Segala kemahuannya
turut dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapanya. Namun begitu, dia anak yang
baik. Amirul tidak pernah meninggi diri malah dia seorang yang ringan
tulang.
Hobi Amirul ialah suka membaca buku. Semasa waktu lapang, Amirul
pasti akan membaca buku. Rakan-rakannya menggelar Amirul “ Budak Ulat
Buku”. Amirul tidak pernah ambil hati dengan jolokan itu. Setiap hujung
bulan pula, ayah Amirul selalu memberinya buah tangan seperti buku cerita
atau buku latihan kepadanya.
Baru-baru ini, ayah Amirul membawa Amirul makan angin ke Pulau
Langkawi. Di sana, Amirul telah membeli beberapa cenderamata untuk
rakan-rakannya di sekolah. Amirul sangat bermurah hati.

Amirul merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Oleh itu, dia sangat

Anda mungkin juga menyukai