Anda di halaman 1dari 20

1.

SILIR DAKSINA
NIZAR PARMAN

a. Sinopsis Keseluruhan

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada


seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung
halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum
menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya
untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan
daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam
hidup Haiqal.
Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh
masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar
ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang
dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-
watak sebenar yang wujud di kampung itu.
Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu,
malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah
mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu,
beliau sanggup meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan
Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal
melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia
yang perlu dihuraikan.

b. Sinopsis Bab

BAB SINOPSIS
1 Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-
belek olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai
tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa
memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan
dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal
teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu
bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah
bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan.
Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah
dewasa.
2 Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi
Pantai Batu Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu.
Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita
tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak
sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana
takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa
manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkai
persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim
manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee
Hwa yang tidak dikenalinya.
3 i. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk
belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar
dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim
(Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti
itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke
Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).
Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah
Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-
mula datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan
datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah
menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini. Sejak hari itu
hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik. Dia seorang yang
rajin sehingga mampu memgumpul duit untuk membeli tanah kebun
ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi
oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia
menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti
cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk
menumpangkan anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak
berfungsi. Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia
sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di sekolah, Amirulnizam
diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas
Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat
dengan Ai Ling.

ii. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta,


Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya
minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya
untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari.
Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyiaan
semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya
Aiman.

iii. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan
Zapin DPurnama meminta Amirulnizam dan beberapa orang untuk
berkumpul. Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke
kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri
juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak
zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan
nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji untuk
menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir
mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi
dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya.
Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang
tersebut.

iv. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang


peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang
dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam
mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju
dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke
rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya
membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam.
Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh
sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah
Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan
Aiman.

v. Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan deklamasi puisi murid-


murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat
gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana
mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan
Roslan meminta supaya Amirulniizam aktif semula dalam bidang
penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan
isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti
berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling
menpengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada
anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

vi. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan


Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang
memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan
deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman
berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh
orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai
persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri
dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai
oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa
dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah
kepadanya. Beliau berharap agar Amirulnizam dapat
mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan menjadikan
Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

vii. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam


menganggapnya seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang
memuaskan telah membataskan aktivitinya. Suatu petang
Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur.
Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang
anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam mmberitahu bahawa
Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling
teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya.

viii. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara


sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat
untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling datang ke rumah
Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh
Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan mejadikan Ai Ling orang
pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi
Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya
yang kesepian menjadi lebih bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan
Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan
bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga turut bertanya
tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk
menjawabnya.

ix. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi


dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak.
Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk
menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip
dan menyimpan manuskripnya. Sakit kepalanya semakin kerap
menyerang. Pada malam iu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap
Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar anaknya
sambil menangis teresak-esak.
4 Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya,
Haiqal berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi
berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang
terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya.
Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah
yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan
kata-kata dan bahasanya.
5 Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan
dan pelbagai persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan
ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya kerana
terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik
dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi
ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa
menduduki peperiksaan UPSR.
6 Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya.
Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga
diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan
hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai
perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap
berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad
untuuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara dam-diam.
7 Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum
itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di
stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa
kemarahan ibunya.
8 Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk
ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah
menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah
bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan
rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan
kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa
Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
9 Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah
menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus
menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana
dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk
makan tengah hari.
10 Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal kepunyaan anaknya
kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal
menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah
berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
11 Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah
ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan
berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong
berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala
urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong
kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan
ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan
Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit.
Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang
kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu
Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di
Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga
adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali
remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak
kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak
memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing
ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia
teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan
hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
12 Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia
dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada
beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan
terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan
penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku
yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan
di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan
gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut,
Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang
penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
13 Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di
balai raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua
Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga
memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
14 Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut
untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan
zapin.
15 Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk
Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan
untuk persembahan zapin.
16 Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang
terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi
berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik
tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal
mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab.
Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi
rakan kongsi dalam perniagaannya.

c. Tema

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh
Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan
olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.

d. Persoalan

PERSOALAN CONTOH
1 Persoalan kegigihan seorang remaja untuk
merungkai misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan
ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah
mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
2 Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian
zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama
telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin
di kampung tersebut.

3 Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada


anaknya.
Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang
dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa
merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita
tentang perasaan rindu kepada anaknya.
4 Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.
Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama
menjayakan setiap aktiiviti dan acara yang dijalankan di
kampng tersebut seperti majlis sambutan Hari
Kemerdekaan peringka mukim di situ
5 Persoalan hubungan baik antara dua bangsa
walaupun berbeza kebudayaan.
Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk
kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.
6 Persoalan cinta akan bahasa
Abdullah Kayan, Cikgu Amirulnizam dan haiqal Haqimi
cinta akan bahasa dengan meminati bidang penulisan
walaupun mendapat tentangan daripada insan yang
disayangi. Abdullah Kayan sendiri telah menghasilkan
beberapa buah karya. Begitu juga dengan Haiqal yang
menyertai beberapa pertandingan sastera peringkat
sekolah, daerah dan negeri.
7 Persoalan amanah dalam menjalankan
tanggungjawab
Tauke Ong dan anaknya, See Hwa dilukiskan sebagai
dua watak yang cukup amanah dan bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Sejak
Abdullah Kayan meninggal dunia dialah yang
diamanahkan untuk menguruskan kebun dan memegang
buku simpanan wang Haiqal Haqimi. Rumah pusaka
peninggalan Abdullah Kayan juga dijaga dengan baik.
Sementara itu, See Hwa juga merupakan remaja yang
amanah dan bertanggungjawab akan tugasnya. Dia
bertanggungjawab membersihkan dan mengemas rumah
Abdullah Kayan serta membersihkan galeri di balai raya.
Malah kesanggupannya menyerahkan manuskrip terakhir
Abdullah Kayan kepada Haiqal membuktikan bahawa
See Hwa menunaikan amanah yang ditinggalkan oleh
Abdullah Kayan.
8 Persoalan ketabahan dalam menghadapi konflik
Haiqal Haqimi tabah dalam menghadapi konflik sebelum
berdaya ke kampung kelahiran ayahnya di Johor. Dia
tabah mengharungi dugaan meskipun terpaksa
bertengkardengan uminya Rafiqah.
9 Persoalan ketaatan kepada perintah agama
Haiqal taat kepada perintah agama dengan menunaikan
solat Subuh di surau Stesen Bas Batu Pahat sebelum
meneruskan perjalanannya ke Kampung Seri Purnama.
10 Persoalan kegigihan generasi muda terhadap seni
budaya dan sastera
Sikap kegigihan Haiqal Haqimi yang mempelajari seni
tarian zapin walaupun tidak mempunyai apa-apa
pengetahuan tentang tarian tersebut. Selain itu, Haiqal
telah bekerjasama dengan penduduk kampung untuk
mengadakan persembahan zapin dengan tujuan untuk
menghidupkan semula kegemilangan kumpulan zapin
D’Purnama
e.Nilai dan pengajaran

NILAI PERISTIWA PENGAJARAN


Kasih sayang Haiqal amat sayang akan Sebagai seorang anak, kita
ayahnya dengan pergi ke hendaklah menyayangi ibu
kampung arwah bapanya di bapa walaupun mereka
Batu Pahat untuk menjejaki sudah tiada lagi.
kehidupan ayahnya.
(MS175)
Keberanian/Berdikari Haiqal berani menaiki bas Kita hendaklah berani dalam
ekspres ke Batu Pahat, melakukan sesuatu perkara
Johor seorang diri untuk walaupun kita tidak
menjejaki kisah hidup mempunyai pengalaman
ayahnya. (MS 128) dalam perkara itu.
Ketabahan Abdullah bin Kayan tabah Kita hendaklah tabah dalam
mengharungi konflik hidup menghadapi dugaan hidup.
apabila terpisah dengan
anaknya, Haiqal. Dia juga
tabah walaupun
menghidapi penyakit
hingga meninggal dunia.
(MS90)
Kerjasama Penduduk Kampung Seri Kita haruslah bekerjasama
Purnama yang diketuai dalam masyarakat supaya
oleh Pak Haji Salam telah keharmonian dalam
mengadakan mesyuarat masyarakat terjamin.
bagi menyambut
kedatangan YB
Samsuridan pegawai
Yayasan Warisan Negeri
yang ingin mengkaji dan
mempelajari rentak zapin
jincat di kampung mereka
(MS 47)
Ketaatan Haiqal menunaikan solat Kita hendaklah mentaati
Subuh berjemaah apabila perintah tuhan dengan
tiba di Johor sejurus melakukan segala
mendengar seruan azan di perintahnya.
Stesen Bas Batu Pahat.
(MS137)
Setia kawan Haiqal menenangkan Kita hendaklah setia dalam
Ratna ketika mereka sesebuah hubungan
menerima keputusan SPM persahabatan.
dengan memberikan kata-
kata semangat tentang
kegagalan dalam
peperiksaan bukan
bermakna gagal dalam
kehidupan sambil
menyatakan contoh tokoh-
tokoh yang pernah gagal
sebelum menempa
kejayaan. (MS11)
Hormat menghormati Abdul Fatah, ayah tiri Kita hendaklah menghormati
Haiqal sangat menghormati pendirian orang lain.
pendirian Haiqal untuk
mengenali kehidupan
ayahnya di Kampung Seri
Purnama, Batu Pahat .
(MS127)
Semangat bermasyarakat/ Penduduk Kqmpung Seri Kita seharusnya bersatu
bersatu padu Purnama tanpa mengira padu dalam masyarakat
bangsa dan agama supaya hidup dalam aman
mengamalkan perpaduan dan harmoni.
sehingga membolehkan
mereka tinggal dengan
aman. (MS45)
Kerajinan Ratna rajin berusaha untuk Kita perlulah rajin berusaha
brjayadalam hidupnya untuk memperbaiki
setelah gagal dalam SPM. kehidupan
Ratna membantu ibunya
menguruskan gerai.
(MS11)
Amanah Tauke Ong menjaga tanah- Kita mestilah amanah dalam
tanah Abdullah bin Kayan melaksanakan
di baruh dan belakang tanggungjawab yang
rumahnya dengan baik diberikan.
serta menyerahkan buku
bank Haiqal yang dibuka
oleh Abdullah kepadanya.
(MS156)
Kegigihan Abdullah bin Kayan gigih Kita hendaklah gigih dalam
berusaha untuk melakukan sesuatu
menubuhkan kumpulan pekerjaan
zapin D’Purnama semula
setelah lebih 20 tahun
kumpulan asalnya
dibubarkan. (MS48)
f. Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Haiqal

1. Seorang yang gigih (ms 249)


Walaupun pada awalnya Haiqal seorang yang tidak tahu menari Zapin, dia gigih
berusaha dan berlatih menari untuk persembahan.

2. Seorang yang taat pada agama (ms 137)


Setelah tiba di Stesen Perhentian Bas Batu Pahat pada jam 5.30 pagi, Haiqal terus
ke surau untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah.

3. Seorang yang cintakan budaya (ms 223)


Haiqal giat berusaha mengumpulkan ahli kumpulan Zapin D'Purnama untuk
menghidupkan kembali Tarian Zapin Jincat di kampung itu.

4. Seorang anak yang bertanggungjawab (ms 170)


Haiqal mengunjungi pusara ayahnya dan membacakan Surah Yaasin untuk arwah
ayahnya.

5. Seorang yang setiakawan (ms 104)


Haiqal berkawan baik dengan Ratna dan sentiasa berkongsi pendapat antara satu
sama lain.

Watak Sampingan

Abdullah bin Kayan

1. Seorang yang gigih (ms 220)


Abdullah bin Kayan bercita-cita menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat
pengembangan sastera di daerah itu. Dia terlalu mencintai bidang sastera dan gigih
mendekatkan masyarakat dengan sastera.

2. Seorang yang teliti dalam pekerjaan (ms 224)


Pak Cik Bakar memberitahu Haiqal bahawa ayahnya sangat teliti dalam membuat
sesuatu keputusan. Dia tidak tergesa-gesa. Sebagai contoh semasa beliau
memperkenalkan tarian zapin di Kampung Seri Purnama.
3. Seorang yang bertanggungjawab (ms 156 ) dan ms 216
a. Abdullah bin Kayan walaupun tidak membesarkan Haiqal tetapi dia tidak
melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Sebagai contoh, Abdullah
membuka akaun bank atas nama Haiqal dan semua tanah miliknya diserahkan
kepada Haiqal selepas kematiannya melalui Tauke Ong.
b. Abdullah merupakan orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin D'Purnama yang telah lama berkubur di kampung tersebut.

4. Seorang yang tabah ms 183


Abdullah tabah menanggung penderitaan apabila terpaksa berjauhan dengan anak
kandungnya Haiqal sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya.

5. Seorang yang penyayang ms 229


Abdullah sangat menyayangi Haiqal. Dia membuka sebuah akaun bank atas nama
Haiqal dan meninggalkan kebun kelapa sawit untuknya.

6. Seorang yang perahsia ms 229


Abdullah tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang dialaminya kerana dia
tidak mahu menyusahkan orang lain.

7. Seorang yang kreatif ms 126 dan 234


a. Abdullah bayak menghasilkan novel-novel dan antologi cerpen. Semasa Haiqal
berada di kampung bapanya, dia menghabiskan masa membaca karya-karya
bapanya di rumah tinggalan Abdullah.
b. Abdullah pandai menari Zapin berdasarkan beberapa keping gambar ayahnya
yang segak mengenakan baju melayu teluk belanga bersama-sama kumpulan zapin
D'Purnama.

8. Seorang yang suka menolong ms 30, 32 dan 57


a. Berdasarkan manuskrip Abdullah bin Kayan, Cikgu Zam menolong Tauke Lim
membelikan bateri keretanya.
b. Cikgu Zam menolong Tauke Lim menghantar dua orang anaknya iaitu Ai Ching
dan Ai Ling ke sekolah.
c. Cikgu Zam mengajar Ai Ling cara untuk mendeklamasikan sajak yang
bertemakan kasih sayang sebelum pertandingan mendeklamasikan sajak di
sekolahnya.
RATNA
1. Seorang yang baik hati. (m.s 129)
a. Ratna telah menghantar Haiqal ke stesen bas ekspres di Kuala Terengganu
kerana Haiqal ingin pulang ke kampung di Johor pada pukul 10.00 malam.

2. Seorang yang bercita-cita tinggi. (m.s 11)


a.Ratna mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi usahawan berjaya. Dia terus
membantu emaknya mengurus gerai sambil belajar cara mengurusnya.

3. Seorang yang rajin menguruskan perniagaan kedai makannya.(m.s 104)


a. Ratna meminta izin daripada Haiqal untuk mengemas kedai makan bersama
abangnya.

4. Seorang yang berani mengambil risiko. (m.s 9)


a. Ratna berani mengambil alih gerai makan daripada emaknya dan dia dibantu oleh
adik dan abangnya.

5. Seorang yang mempunyai sifat setia kawan. (m.s 15)


a. Ratna mendengar segala luahan rasa dan cerita tentang keluarga Haiqal.

ONG SIEW HWA


1. Seorang yang amanah .( m.s. 149 dan m.s. 227)
a. Ong Siew Hwa menyerahkan mamuskrip lama milik Abdullah bin Kayan kepada
Haikal
b. Ong Siew Hwa juga memberi koleksi buku yang ditulis oleh Abdullah bin Kayan
kerana itulah permintaan Abdullah bin Kayan sebelum beliau meninggal dunia.

2. Ong Siew Hwa seorang yang rajin ( m.s. 149, m.s. 215)
a. Siew Hwa sentiasa mengemas rumah Abdullah bin Kayan setelah gurunya itu
meninggal dunia.
b. Siew Hwa juga mengemas bilik bacaan di balai raya seminggu sekali.

3. Ong Siew Hwa seorang yang cinta akan seni budaya . (m.s. 268- 270)
a. Siew Hwa berkebolehan untuk menari zapin walaupun dia berbangsa Cina
b. Dia juga pengerusi kelab seni budaya di kolejnya.

4. Ong Siew Hwa seorang yang gemar membaca ( m.s. 163-164)


a. Setelah makan di restoran, Siew Hwa mengajak Haikal pergi ke kedai buku. Di
sana Siew Hwa telah membeli sebuah novel.
b. Siew Hwa meminati tokoh-tokoh sastera negara seperti Shahnon Ahmad.

5. Ong Siew Hwa seorang yang suka membantu/tolong - menolong (m.s. 263)
a. Siew Hwa bersama -sama dengan penduduk kampung yang lain membersihkan
balai raya agar kelihatan cantik sebagai persiapan menjelang hadirnya YB Adun
Dato' Syaiful Azizi ke kampung itu.
g.Latar Masyarakat
1. Masyarakat Majmuk
Huraian : Kampung Seri Purnama terdiri daripada masyarakat yang majmuk seperti
Pak Cik Bakar, Wak Min, Sea Hwa (Ai Ling), tauke Lim (Ong). (m/s 146)

2. Masyarakat peniaga
Huraian 1 : Tauke Lim menjalankan perniagaan peraih pisang dan pinang di
kampung Seri Purnama dengan mejual jasilnya di pekan. (m/s 28)
Huraian 2 : Wak Min berniaga di warung menjual makanan dan minuman di
kampung Seri Purnama. (m/s 143-145)

3. Masyarakat guru
Huraian : Cikgu Zam, Cikgu Latifah, ustazah Munirah berbincang tentang Ai Ling
yang berminat belajar Pendidikan Agama Islam. (ms 38)

4. Masyarakat kampung
Huraian : Beberapa penduduk kampung seperti Pakcik Bakar, Tauke Ong,Haji
Salim,Wak Arif dan Pak Cik Ramlan menghadiri mesyuarat JKKK untuk menghidupkan
kembali kumpulan zapin D’Purnama. ( ms 238)

5. Masyarakat petani
Huraian : Abang Bidin dan abang Salleh mengambil upah memotong buah kelapa
sawit ( ms 193 )

6. Masyarakat yang rajin


Huraian : Pada sebelah pagi tauke Lim dan isterinya menoreh getah manakala pada
sebelah petangnya pula tauke Lim akan meronda dengan motosikalnya untuk
meraih hasil-hasil kampung seperti buah pinang, pisang, kopi dan getah beku.
( ms 28)

7. Masyarakat yang mencintai seni kebudayaan


Huraian : Penari-penari Yayasan Warisan Negeri mempelajari tarian seperti jincat,
alip-alip dan Melayu daripada Abang Bakir, Wak Parmin dan Ramli. (ms 72)

8. Masyarakat yang bekerjasama


Huraian : penduduk Kampung Seri Purnama sibuk bergotong-royong memasak
makanan untuk hidangan para tetamu pada malam pesembahan daripada kumpulan
zapin D’purnama ( ms 264)

9. Masyarakat yang mementingkan ilmu


Huraian : Haikal menimba ilmu di sebuah universiti di bumi kenyalang.

10. Masyarakat yang mementingkan agama


Huraian : Haikal menyatakan kepada Pak Cik Bakar bahawa dia bersolat di masjid
yang jemaahnya seramai tiga saf lebih. (ms 179)
h.Latar masa

1. Waktu malam

Haiqal membelek – belek manuskrip yang diterimanya, kemudian menyelak helaiannya.


(m/s 2)

Umi Haiqal masuk ke kamarnya lalu duduk di birai katil dan membelai – belai rambut Haiqal
lalu

menceritakan perihal walid yang sebenarnya (m/s 5)

2. Waktu 11.30 malam

Cikgu Amirul Nizam, Roslan, Ramli dan Abang Bakir bersembang – sembang di hadapan
Balai Raya (m/s 50)

3. Waktu 9.30 malam

Acara persembahan tarian Zapin dan Ghazal dimulakan. Selepas bacaan doa, Ai Ling naik
ke

pentas untuk mendeklamasikan puisi. (m/s 67)

4. Waktu 12.15 tengah malam

5. Waktu 10.05 malam


i. Latar tempat

1. Pantai Batu Buruk


Haiqal dan Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang manuskrip
yang ditulis oleh ayahnya

2. Gerai Ratna
Haiqal menikmati keropok lekor dan segelas teh tarik ( ms 8 )
Haiqal mengunjungi warung Ratna untuk menikmati laksam

3. Rumah Abdullah Bin Kayan


Tempat Ai Ling belajar mendeklamasikan sajak dengan Abdullah Bin Kayan
( ms 60 )
Haiqal kali pertama menjejakkan kaki ke rumah Abdullah Bin Kayan bersama dengan
Tauke Ong ( ms 149 )

4. Bilik Guru
Cikgu Zam ( Abdullah Bin Kayan ) berbual-bual dengan Cikgu Latifah tentang sikap
pelajarnya ( ms 35 )

5. Warung Pak Dollah


Tempat Cikgu Zam ( Abdullah Bin Kayan ) bersembang sehingga lewat malam
setelah selesai berlatih zapin ( ms 20 )

6. Balai Raya Kampung seri Purnama


Ai Ling mendeklamasikan sajak dan persembahan zapin diadakan di balai raya
( ms 67 )
Tempat latihan zapin
Galeri dan pameran Abdullah Bin Kayan terletak di balai raya

7. Beranda Rumah Cikgu Zam


Cikgu Zam menyemak draf buku program yang disiapkan oleh Mazli ( ms 85 )
Cikgu Zam dan Ai Ling minum petang ( teh susu dan apam balik ) ( ms 88 )

8. Warung Wak Min


Haiqal ke warung Wak Min selepas solat isyak untuk minum kopi o dan makan mi
goreng ( ms 176 )

Anda mungkin juga menyukai