Anda di halaman 1dari 11

BAB 3

PANTAI KASIH
TINGKATAN 4

PERSOALAN
KENANGAN PAHIT MENGUBAH PERSONALITI
SESEORANG
-Felicia kelihatan pucat setelah terbayang kembali peristiwa
bersama Dr Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran
kematian anak perempuannya akibat disambar api yang sedang
marak membakar kereta mewah doktor itu.
TANGGUNGJAWAB MEMBANTU SESAMA MANUSIA
-Doktor Raiha pernah beberapa kali menghantar Felicia yang
belum memiliki keretanya sendiri pulang kerumahnya.
AMANAH DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB
-Walaupun Felicia terketar-ketar,dia menarik nafas dan
mengeluh panjang.Lalu dia mula menunaikan tugasnya sebagai
doktor dengan berhati-hati,setertib dan seteliti yang mungkin.

SINOPSIS
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti
biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui
pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel
bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur
nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati
serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas
menengah atas ini memerlukan kesabaran yang tinggi dan
layanan yang baik diberi. Pesakit itu perasan akan
perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu
ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya
seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau
panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang
kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang
berkesudahan dengan gambaran kematian anak
perempuannya yang rentung akibat disambar api yang

GAYA BAHASA
DIKSI
-Astaghfirullah (m/s 48) (ARAB)
-Flashlight (m/s 50) (INGGERIS)
-Ortopedik dan Perawatan Ortopedik (LARAS SAINS)
AYAT PENDEK
-Dia geram. (m/s 47)
PERIBAHASA
- Gantung tak bertali. (m/s 51)
SINKOPE
- Barang-barang kemas yang aku belikan itu pun,semua kau
bawa lari juga.

LATAR
TEMPAT
- BILIK PESAKIT VVIP
~Felicia mengambil suhu dan mengukur nadi pesaakit bergelar
Datin.
-RUANG DAPUR PRPK
~Felicia telah makan aiskrim berkacang milik Doktor Raiha yang
disimpan di dalam peti ais dapu PRPK.
-GARAJ PRPK
~Raiha mendengar suara-suara aneh semasa berada di dalam
kereta mewah miliknya yang berada di dalam garaj PRPK.

MASA
-MUSIM KEMARAU PANJANG
~Felicia mengatakan kepada pesakitnya apabila ditanya tentang
kesihatannya bahawa mungkin disebabkan oleh bahang cuaca
panas musim kemarau panjang.
MASYARAKAT
-MASYARAKAT YANG BERPENDIDIKAN TINGGI
~Doktor Raiha merupakan pakr perubatan dan pembedahan
yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).Manakala
Doktor Sadiz pula berkhidmat di Hospital Kota Kinabalu.

-MASYARAKAT YANG SALING BANTU MEMBANTU


~Doktor Raiha yang membantu Felicia dengan menghantarnya
pulang ketika Felicia masih belum memiliki keretanya sendiri.
-MASYARAKAT YANG MENGAMBIL BERAT SESAMA
SENDIRI
~Seorang pesakit yang bergelar Datin bertanya akan kesihatan
Felicia kerana muka Felicia kelihatan kuning pucat.

TEKNIK PLOT
TEKNIK KEJUTAN
~Pembaca tidak menyangka bahawa Raiha dengan lantangnyab
berani menuduh suaminya,Dr Sadiz yang telah menyebabkan
kematian anak tunggal kesayangan mereka walaupun
mahkamah syariah telah mengisytiharkan bahawa Dr Sadiz
didapati tidak bersalah dalam kes tersebut. (m/s 46-47)
TEKNIK MONOLOG
~Raiha menjerit dalam hatinya apabila teringat akan tuduhan
suaminya yang memalukannya di hadapan golongan masyarakat
elit (m/s 51)
TEKNIK SASPENS
~Pembaca ingin tahu rahsia dan sebab sebenar Felicia Landosi
berasa gelisah dan mengalami tekanan emosi sehingga terpaksa
meneguk ubat batuk untuk meredakan perasaan sewaktu
bertugas di PRPK.

NILAI
NILAI HEMAH TINGGI
~Felicia melayan pesakitnya dengan sopan santun sebagai
contoh Felicia meminta izin Datin sebelum mengambil suhu dan
mengukur nadi dengan lemah lembut.
NILAI BANTU MEMBANTU
~Raiha pernah beberapa kali membantu Felicia dengan
menghantar Felicia pulang ke rumahnya.
NILAI TANGGUNGJAWAB
~Felicia memulakan tugasnya sebagai doktor dengan berhatihati dan teliti.

PENGAJARAN

Kita hendaklah saling membantu sesama sendiri


sebagai contoh Dr Raiha yang beberapa kali
membantu Felicia pulang ke rumahnya.
Kita hendaklah berhemah tinggi terhadap orang
lain sebagai contoh seorang pesakit mengambil
berat akan kesihatan Felicia.
Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan baik seperti Felicia melayan
Datin dengan lemah lembut.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai