Anda di halaman 1dari 44

AMOEBA

PARAMESIUM

• PARAMESIUM
PERGERAKAN

Amoeba sp. sentiasa berubah


bentuk apabila bertemu dengan
halangan.
Amoeba sp. bergerak dengan
mengunjurkan pseudopodium
(kaki palsu).
Ini diikuti oleh pengaliran
sitoplasma ke bahagian
pseudopodium yang diunjurkan
PERGERAKAN

Paramecium sp.
bergerak
menggunakan
pukulan silium secara
beritma.
GERAK BALAS
TERHADAP
RANGSANGAN
Amoeba sp. dan
Paramecium sp. Bergerak
balas terhadap rangsangan
seperti bahan kimia,
sentuhan atau cahaya
terang dengan bergerak
menjauhi rangsangan ini.
PEMAKANAN

• Amoeba sp. bergerak ke arah makanan


• dengan mengunjurkan pseudopodium
untuk memerangkap zarah makanan
secara fagositosis
• Vakuol makanan bergabung dengan
lisosom.
• Zarah makanan dihidrolisis oleh enzim
• lisozim dalam lisosom.
• Nutrien yang dihasilkan diserap ke dalam
sitoplasma.
• Makanan yang tidak tercerna disingkirkan
apabila Amoeba sp. bergerak
PEMAKANAN

1. Bagi Paramecium sp. pukulan silium


membantu zarah makanan masuk ke
dalam alur mulut.
2. Vakuol makanan bergabung dengan
lisosom.
3. Zarah makanan dihidrolisis oleh
enzim lisozim dalam lisosom.
4. Nutrien yang dihasilkan diserap ke
dalam sitoplasma.
5. Makanan yang tidak tercerna dalam
Paramecium sp. disingkirkan melalui
liang dubur.
RESPIRASI

Pertukaran gas oksigen dan karbon


dioksida berlaku melalui membran
plasma secara resapan ringkas di
seluruh permukaan sel.
PERKUMUHAN

• Oleh sebab Amoeba sp. dan Paramecium sp.

hidup di dalam persekitaran air tawar, air akan

meresap masuk ke dalam sel secara osmosis dan


mengisi vakuol mengecut.

• Vakuol mengecut akan mengembang ke saiz


maksimum lalu mengecut untuk menyingkirkan
air dari semasa ke semasa. • Bahan perkumuhan seperti karbon dioksida dan ammonia
disingkir secara resapan.
• Proses ini dinamakan sebagai
pengosmokawalaturan.
PEMBIAKAN SECARA SPORA

Apabila keadaan persekitaran


tidak sesuai, misalnya keadaan
kering, suhu rendah dan
kekurangan makanan, Amoeba
sp. membentuk spora yang
hanya akan bercambah apabila
keadaan persekitaran pulih
semula.
PEMBIAKAN SEKS PARAMECIUM - KONJUGASI

Untuk Paramecium sp.,


pembiakan seks

iaitu konjugasi berlaku


apabila keadaan

persekitaran tidak
sesuai.
PRAKTIS FORMATIF 2.2

• 1 Apakah fungsi
vakuol mengecut
dalam Paramecium
sp.?
1 Vakuol mengecut berfungsi
dalam
pengosmokawalaturan.
PRAKTIS FORMATIF 2.2

Bagaimanakah
Amoeba sp. bergerak?
1 Amoeba sp. bergerak dengan
mengunjurkan pseudopodium (kaki
palsu). Ini diikuti oleh pengaliran
sitoplasma ke bahagian
pseudopodium yang diunjurkan.
PRAKTIS FORMATIF 2.2

Bagaimanakah Amoeba sp. membiak apabila keadaan


persekitaran tidak sesuai?

Amoeba sp. membentuk spora. Di dalam spora,


mitosis berlaku berulang kali untuk menghasilkan
banyak sel anak. Apabila keadaan persekitaran
pulih semula, spora akan pecah dan sel anak akan
dilepaskan.
PRAKTIS FORMATIF 2.2
Ramalkan apa yang akan berlaku kepada kadar
pengecutan vakuol mengecut sekiranya
Paramecium sp. dimasukkan ke dalam larutan
garam pekat.

Kadar pengecutan vakuol mengecut akan berkurang. .

Anda mungkin juga menyukai