Anda di halaman 1dari 36

SULIT 1103/1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti riadah.


Huraikan pendapat anda tentang kepentingan riadah dalam kehidupan. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN BERIADAH

Mengurangkan Stres Memupuk Perpaduan

Mengelak Gejala Sosial

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/1

BAHAGIAN B
(100 Markah)

(Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit )

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Kerjaya yang memberikan pulangan yang lumayan, berdekatan dengan tempat


tinggal dan keselesaan dalam bekerja menjadi pilihan remaja untuk memilih kerjaya.
Bincangkan pernyataan tersebut.

2. Facebook, Instagram dan WeChat merupakan antara media sosial yang kini
menjadi keperluan dalam kehidupan remaja.

Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan
anak-anak.

3. Bersederhana dalam berbelanja melahirkan pengguna yang berhemat.

Ulaskan pernyataan tersebut.

4. Industri perfileman sesebuah negara dirancakkan dengan kemasukan filem-filem dari


Barat.

Huraikan pengaruh filem-filem Barat terhadap masyarakat di sesebuah negara.

5.
Seseorang yang sangat rajin boleh diumpamakan seperti peribahasa bagai
lebah menghimpun madu.

Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen berdasarkan peribahasa


tersebut.

Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/1 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah kepada masyarakat dan
manfaat-manfaatnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) telah membawa faedah yang
amat besar kepada orang ramai dalam memberi kesedaran kepada mereka mengenai
kepentingan industri saham amanah dan kepentingannya kepada negara. Selepas kegawatan
ekonomi yang menyaksikan saham-saham amanah oleh beberapa buah negara mengalami
kemalapan ketara, keyakinan pelabur terutamanya kaum bumiputera turut luntur sehingga hari
ini. Semangat ini perlu dibangkit kembali oleh pengurus-pengurus dana dengan menyuntik
keyakinan baru kepada orang ramai. Dengan adanya keyakinan , masyarakat akan terus
melabur walaupun menghadapi masalah kewangan. Masyarakat perlu tahu akan konsep risiko
dan pulangan daripada pelaburan yang dibuat. Oleh itu, mereka perlu diberi pendidikan
sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah.

Para pelabur amanah saham negeri dan yang ditaja oleh beberapa pertubuhan telah
membuat aduan mengenai nasib mereka ‘yang tidak terbela’ setelah membuat pelaburan
dalam amanah saham berkenaan. Hal ini termasuklah penerangan yang tidak lengkap
sewaktu, bimbingan yang tidak menyeluruh dan pendedahan cara menangani sesuatu risiko.
Para pengurus dana terutamanya agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi
penerangan. Lebih penting lagi, program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan agar
mereka tidak keseorangan dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Para
pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen semata-mata.

Semasa berkempen pelbagai kata manis diucapkan tetapi selepas melabur dan saham
itu pula jatuh tiada apa-apa berita yang diterima. Sebenarnya kaum bumiputera masih lagi
lemah dalam urusan pelaburan. Sejak produk-produk pelaburan dilancarkan, penyertaan
kaum bumiputera terlalu sedikit bilangannya. Oleh itu, pengurus dana digesa agar memberi
penekanan kepada usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan supaya masyarakat
lebih bijak merancang kewangan dan pelaburan mereka. Sesungguhnya industri saham
amanah memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara, berpotensi untuk lebih
maju dan perlu diperluas lagi.

Kita mahu MSAM 2016 yang bertemakan ‘merakyatkan pelaburan’ diperluas ke


peringkat negeri dan daerah supaya kesedaran itu lebih meluas. Bagi memantapkan
pemahaman generasi muda tentang saham amanah, murid-murid sekolah harus didedahkan
dengan pengetahuan pelaburan. Walaupun usia amanah saham di negara ini sudah dikatakan
matang, pengetahuan masyarakat masih belum masak sepenuhnya. Dalam keghairahan
pengurus dana menjalankan kempen menarik pelabur, kempen kesedaran juga harus seiring
dan dipertingkatkan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tingkatkan


kesedaran pelaburan generasi muda’ Oleh
Zunaidah Zainon,Utusan 30 September 2016.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2
Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kemalapan ketara.


[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa rungutan oleh orang ramai dalam


membuat pelaburan.

Apakah rungutan-rungutan tersebut?


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pelaburan saham amanah masih


kurang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat
tempatan?

Berikan tiga sebab.


[4 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KHIR GHAZALI : Awal awak balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai
rumah. Ini mesti ada hajat, sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah.

AIMAN : Mana ada, daddy. Kan saya memang suka duduk di rumah. Daddy tu
yang pelik hari ini. Biasanya, malam baru sampai rumah.

KHIR GHAZALI: Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy
bercadang nak berehat di rumah. Tak payah nak soroklah, daddy tahu ada
sesuatu yang Aiman fikirkan.Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.

AIMAN : Daddy pasti dapat membantu saya kali ini. Saya yakin daddy dapat
selesaikan masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.

KHIR GHAZALI : Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin.
Aiman fikir daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar
menjadi permintaan yang dimahukan. Apa masalahnya?

AIMAN : Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai
SPM.

KHIR GHAZALI : Baguslah, apa pula masalahnya?

AIMAN : Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk saya.Saya tak sukalah program macam itu!

KHIR GHAZALI : Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy
mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat.
Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-budak lagi. Jadilah
manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya
pandai meminta daripada berusaha.

Dipetik daripada drama “Berkhidmat Untuk Negara oleh


Affix Zulkarnaen Adam dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2
(i) Apakah alasan yang diberikan oleh Khir Ghazali kepada Aiman tentang kepulangan
awalnya ke rumah pada hari itu?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Aiman tidak berminat untuk mengikuti program
PLKN?
[3 markah]

(iii) Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terkandung dalam petikan di atas dan satu nilai
kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.
[4 markah]

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan anak Bubunnya, akan dititahkan


menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi
Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal
orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu, Tuan
Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau
Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka
dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik
panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab
itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah Tuan keramat.”

Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti
kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam
menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:

Cau Pandan anak Bubunnya,


Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.

Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan


Lada' dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2

(i) Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.

[2 markah]

(ii) Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang cau Pandan anak Bubunnya
daripada menyerang Melaka?
[3 markah]

(iii) Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan
sesebuah negara?

[3 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2
Soalan 2(d) – Puisi Moden

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Kudup Perang

Sementara dia bergelar panglima Andai namamu Jebat, kita masih tidak
laskar perang; yang terus-menerus menggelarnya sebagai pengkhianat
membajakan kezaliman – sering kerana kita masih menangisi
mengudupkan putik dendam peta keadilan yang tersiat – nun, karam
kita masih perlu berterima kasih di lautan kesumat
kepada jari-jemari takdir sedang warga memanggilnya keramat.
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari perang pun melecurkan lidah muslihat
sempat juga menadah sejambak puisi bercabang lalu bertemu bayu palsu;
untuk sehari lagi; sambil bertanya: bertiup dan memindahkan kebenaran pada
siapakah pahlawan yang asli? tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
Memang kita tidak sempat menjenguk menjungkitkan amarah pada damainya
ke luar jendela;sewaktu fajar menghembus teramat lara kita menjahit semula
ringkik kuda, gemerincing perca-perca bahagia – seperti perawan
pedang pusaka yang dibungkamkan cinta pertama.
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya Sehingga senja tiba,
menumbuhkan kelopak rahsia kita masih bertengkar
dalam keliru, tertanya-tanya kita tentang siapa
tangan mana yang memenggal pahlawan sebenarnya.
leher sang pendusta?

Andai namamu Tuah, kita masih


tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama Dipetik daripada sajak ‘Kudup Perang’
sesekali turut direntakan daki pendusta oleh Tuah Sujana dalam antologi
melekatlah selumbar sengsara Sejadah Rindu,
di tiang maruah kota. Kementerian Pendidikan Malaysia

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2
(i) Berikan maksud rangkai kata di daerah angkara.
[2 markah]

(ii) Pertikaian dalam mencari pahlawan yang sebenar antara Tuah dengan Jebat tiada
kesudahannya.

Berikan alasan anda jika Jebat dianggap sebagai pahlawan yang sebenar.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.


[4 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda berentak di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.

(i) olang-aling
(ii) awan-gemawan
(iii) batu-batan
(iv) beli-belah
(v) calar-balar
(vi) hingar-bingar

[6 markah]

(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud
asalnya.

(i) Satu gol dijaringkan oleh Faiz Subri untuk membantu Kedah menewaskan
Pahang 2-0 kelmarin.

(ii) Sepanjang 30 tahun menjadi warga pendidik, pelbagai anugerah telah


diterima oleh beliau.

(iii) Siasatan terhadap suspek kes buli telah selesai dijalankan oleh polis.

[6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan
satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kegunaan emel akhir-akhir ini banyak memberikan kemudahan untuk


dikomunikasi dengan cepat.

(ii) Puan Habsoh sedang menyiapkan deraf ucapan pengetua yang akan merasmi
majlis anugerah tersebut.

(iii) Bapa menunggang motosikalnya dengan memakai jeket yang bertempah khas
di Korea.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Lain-lain faktor yang menyebabkan dia gagal dalam pertandingan itu adalah
perangainya yang suka berlatih pada saat-saat akhir.

(ii) “Tolong jangan pijak rumput,” marah guru itu kepada para pelajarnya.

(iii) Sejak akhir-akhir ini, kejadian pecah rumah kerap berlaku di kawasan keliling
Bertam Indah.
[6 markah]

(e) Berikan peribahasa yang sama maksud di bawah.

(i) Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

(ii) Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

(iii) Seperti api dalam sekam.

[6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
SULIT 1103/2
Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(vii) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayib
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan konflik yang terdapat dalam
novel tersebut dan cara watak utama menyelesaikannya.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau


Pinang SULIT
PANDUAN PEMERIKSAAN

SOALAN BAHAGIAN A

1. Format penulisan ulasan : T - menepati tugasan


I - idea relevan, huraian jelas
B - gramatis dari segi kata dan ayat

2. Calon diminta menulis karangan yang panjangnya 200 patah perkataan ke atas.
3. Calon boleh menulis lebih daripada 250 patah perkataan.
4. Sekiranya calon menulis kurang daripada 200 patah perkataan – rujuk kriteria
dalam peraturan pemarkahan.
5. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan idea-idea yang diberikan dalam
soalan.
6. Jika huraian idea jelas, menarik dan matang dengan tiga idea – calon layak
mendapat peringkat cemerlang.
7. Sekiranya calon menggunakan satu atau dua sahaja idea daripada soalan dan
ditambah dengan idea sendiri – calon layak mendapat peringkat cemerlang.
8. Calon yang hanya menghuraikan dua idea sahaja – semak seperti biasa dan
rujuk kriteria dalam peraturan pemarkahan.
9. Calon yang tidak menghuraikan mana-mana idea yang diberikan dalam soalan
tetapi mengemukakan idea sendiri – diterima dan markah maksimum peringkat
Memuaskan.
10. Pada akhir karangan pelajar, pemeriksa perlu menulis peringkat dan markah
calon.

Contoh,
Cemerlang - 26
Bahagian A
(30 markah)
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Cemerlang 26 – 30 - menepati tema bahan rangsangan
(28 – 30) - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
(26 – 27) - penggunaan tanda baca betul dan tepat
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi dan
menggunakan ungkapan yang menarik
- idea relevan, huraian jelas dan matang

Kepujian 20 – 25 - menepati tema bahan rangsangan


(23 – 25) - bahasa gramatis dari segi kata dan ayat
(20 – 22) - penggunaan tanda baca betul dan tepat
- penggunaan kosa kata luas
- wacana lengkap, unsur bahasa bervariasi
- idea relevan, huraian jelas

Memuaskan 15 – 19 - masih menepati tema bahan rangsangan


(17 – 19) - bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat
(15 – 16) - penggunaan tanda baca masih betul dan tepat
- penggunaan kosa kata umum
- wacana masih lengkap, unsur bahasa masih
bervariasi
- idea masih relevan, huraian masih jelas

Kurang 10 -14 - masih/kurang menepati tema bahan rangsangan


Memuaskan (12 – 14) - bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat
(10 – 11) - kesalahan tatabahasa/ejaan ketara
- penggunaan kosa kata terhad
- wacana kurang lengkap, unsur bahasa kurang
bervariasi
- idea masih/kurang relevan, huraian
masih/kurang jelas

Pencapaian 01 – 09 - murid tidak menunjukkan penguasaan - murid tidak menunjuk


Minimum (06 – 09) kemahiran menulis
(01 – 05) menulis
- murid tidak memahami tema bahan rangsangan
- idea tidak menepati tema bahan rangsangan

Catatan : - Tiada pemotongan markah bagi setiap kesalahan ejaan


- Calon digalakkan menggunakan ungkapan menarik (peribahasa,
kata-kata hikmat, petikan hadis, slogan, petikan ucapan, pantun,
maksud al-Quran dan sebagainya)
Bahagian B
Perincian Pemarkahan
Cara Pemeriksaan :

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria


yang ditetapkan
2. Jika karangan : a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa
b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir
karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah


4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum
ialah sebanyak 3 markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan
yang berulang
5. Cara menanda kesalahan isi , ejaan dan tanda baca :

( ) = Kesalahan isi

_______ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

Bahagian B : Karangan Respons Terbuka


(100 markah)
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


CEMERLANG 80 – 100 - penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
(90 – 100) tepat
(80 – 89) - penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang, disertakan dengan
contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa
KEPUJIAN 66 – 79 - penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
(73 – 79) - penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
(66 – 72) tetapi terdapat kesalahan yang minimum
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan jelas dan matang, disertakan dengan
contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa
BAIK 51 – 65 - penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
(58 -65) - penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi
(51 – 57) terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan kosa kata umum
- laras bahasa sesuai mengikut tugasan
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
masih jelas dan contoh masih sesuai
- wacana masih lengkap
- penggunaan unsur bahasa masih bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan
MEMUASKAN 36 – 50 - penggunaan pelbagai jenis kata terhad
(43 – 50) - ayat kurang gramatis
(36 – 42) - ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat
kesalahan
yang minimum
- laras bahasa kurang sesuai
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
kurang jelas dan contoh kurang sesuai
- wacana masih/kurang lengkap
- penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan
KURANG 21 – 35 - penggunaan kata kurang tepat
MEMUASKAN (28 – 35) - ayat tidak gramatis tetapi masih difahami
(21 – 27) - terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara
- idea masih relevan/idea bercampur aduk dan
huraian
tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak
sesuai
- pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang
- Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah
PENCAPAIAN 01 – 20 - keseluruhan karangan menunjukkan penggunaan
MINIMUM (11 – 20) kata dan ayat yang tidak gramatis
(01 – 10) - kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak
berkembang dan contoh tidak sesuai
- pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang dan tidak sesuai
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik
- keseluruhan karangan sukar/tidak difahami
Soalan 1

1. Kerjaya yang memberikan pulangan yang lumayan, berdekatan dengan


tempat tinggal dan keselesaan dalam bekerja menjadi pilihan remaja untuk
memilih kerjaya.

Bincangkan pernyataan tersebut.

Kehendak Soalan:

1. Calon menjelaskan faktor-faktor yang menjadi pilihan remaja untuk


memilih kerjaya.
2. Calon perlu mengambil faktor-faktor yang diberikan dalam pernyataan soalan
- Kerjaya yang memberikan pulangan yang lumayan
- berdekatan dengan tempat tinggal
- keselesaan dalam bekerja

* Terima jawapan calon. Markah calon peringkat Cemerlang.

3. Calon menambah isi lain yang relevan – terima

4. Jika calon tidak mengambil idea/isi yang diberikan tetapi isi-isi yang dipilih
relevan- peringkat baik sahaja.

5. Sekiranya calon tidak mengambil idea/isi yang diberikan dan isi kurang
relevan,- peringkat kurang memuaskan.

Cadangan isi

- Minat terhadap pekerjaan


- Pengaruh daripada ibu bapa
- Tahap kelulusan
- Kemahiran yang dimiliki
- Latar belakang keluarga
- Kedudukan sosioekonomi keluarga
- Nilai agama
Soalan 2

Facebook, Instagram dan We Chat merupakan antara Media Sosial yang kini
menjadi keperluan dalam kehidupan remaja.

Huraikan peranan ibu bapa dalam mengawal penggunaan Internet dalam


kalangan anak-anak.

Tugasan Soalan

1. Calon perlu menghuraikan/menjelaskan peranan ibu bapa dalam mengawal


penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. Calon perlu menyatakan
contoh media sosial seperti Facebook, Instagram dan We Chat dalam
karangan.

2. Calon menghuraikan/menjelaskan peranan ibu bapa secara umum sahaja


dan tidak mengaitkan kawalan penggunaan Internet dalam kalangan
anak-anak. Markah calon peringkat memuaskan.

3. Calon memasukkan peranan ibu bapa dan ahli keluarga lain. Karangan
calon dianggap masih menepati tugasan. Markah calon peringkat
memuaskan.

4. Calon memasukkan peranan ahli keluarga yang lain seperti abang, kakak,
datuk atau nenek tanpa menulis peranan ibu bapa. Karangan calon
dianggap kurang menepati tugasan. Markah calon peringkat kurang
memuaskan.

Cadangan isi

1. Memasang perisian yang dapat menyekat lawan sesawang berunsur negatif


2. Mengehadkan waktu penggunaan Internet
3. Memperkenalkan kepada anak-anak dengan medium-medium pembelajaran
menerusi internet.
4. Ibu bapa perlu sentiasa mempertingkatkan pengetahuan tentang isu-isu
semasa berkaitan dengan keselamatan Internet
5. Ibu bapa perlu menetapkan beberapa peraturan asas dan memantau
penggunaan Internet dan gajet anak mereka bagi memastikan peraturan
dihormati.
Soalan 3

Bersederhana dalam berbelanja melahirkan pengguna yang berhemat

Ulaskan pernyataan tersebut

Tugasan Soalan

1. Calon hendaklah memberikan pendapat tentang bersederhana dalam


berbelanja melahirkan pengguna yang berhemat.

2. Calon perlu menghuraikan cara/langkah/kaedah/strategi bersederhana


dalam berbelanja dan mengaitkan kelebihan/kebaikan kepada pengguna.

3. Calon menghuraikan cara/langkah/kaedah/strategi bersederhana


dalam berbelanja tetapi TIDAK mengaitkan kelebihan/kebaikan kepada
pengguna. Markah calon peringkat baik.

4. Calon memasukkan isi yang kurang relevan berkaitan bersederhana


dalam berbelanja seperti amalan menabung, membawa bekal makanan,
menanan sayur-sayuran. Markah calon peringkat kurang memuaskan.

Cadangan isi

- Kebijaksanaan dalam merancang perbelanjaan


- Berbelanja mengikut kemampuan
- Berbelanja mengikut keperluan
- Menyediakan senarai barangan sebelum berbelanja
- Membuat perbandingan harga dan kualiti barangan sebelum berbelanja
- Berbelanja ketika harga promosi

Soalan 4

Industri perfileman sesebuah negara dirancakkan dengan kemasukan filem-


filem dari Barat.

Huraikan pengaruh filem-filem Barat terhadap masyarakat di sesebuah


negara.

Kehendak Tugasan

1. Calon perlu menulis kesan positif dan kesan negatif filem-filem Barat
terhadap masyarakat sesebuah negara. - Terima
2. Calon menulis pengaruh kesan positif sahaja filem-filem Barat . – Terima
3. Calon menulis pengaruh kesan negatif sahaja filem-filem Barat . – Terima
4. Calon menulis pengaruh kesan positif dan kesan negatif filem-filem
tempatan . Markah calon peringkat kurang memuaskan.

Soalan 5

Seseorang yang sangat rajin boleh diumpamakan seperti peribahasa


bagai lebah menghimpun madu.

Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen berdasarkan peribahasa


tersebut.

Tuliskan cerpen tersebut selengkapnya.

FORMAT : Cerpen

Kehendak Tugasan

1. Calon dikehendaki menulis sebuah cerita yang menepati maksud


peribahasa yang diberi. Markah calon peringkat Cemerlang.
2. Cadangan isi untuk menulis cerita mestilah menepati keperluan seperti
mempunyai permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian.
3. Cerita yang ditulis mestilah mengandungi nilai murni dan pengajaran
yang dapat dijadikan teladan.
4. Calon menulis usaha-usaha yang menunjukkan kerajinan tetapi bukan
dalam bentuk cerita. Markah calon peringkat Memuaskan.
5. Sekiranya calon menulis cerita secara naratif. Markah calon peringkat
Memuaskan
SULIT 1103/2

Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah


(b) bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

(i) Panduan mengira perkataan:


Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
- nama khas
- perkataan berganda / berulang
- penggunaan kata sendi ’di’ dan ’ke’
- tarikh
- angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja
sebelum diperiksa.

(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.

(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Isi Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv) Penutup / 2
Kesimpulan

Jumlah markah 20
1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT
SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan


meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah
kepada masyarakat di Malaysia /di negara ini. 2

Rumusan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan


meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah
kepada masyarakat dan manfaat-manfaatnya. 2

Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan


meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah
kepada masyarakat. 1

Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat terhadap


pelaburan saham amanah kepada masyarakat. 0

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]


Langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah
kepada masyarakat:
1. Pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru
kepada orang ramai. 2
2. Perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah. 2
3. Agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. 2
4. Program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan. 2
5. Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan
komisen semata-mata. 2
6. Pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha
Meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan. 2
7. Murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. 2
8. Kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan. 2

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]


Manfaat pelaburan saham amanah kepada masyarakat:
1. Melatih rakyat melabur sambil menyimpan
(memupuk sikap berjimat cermat). 2
2. Memberikan peluang kepada orang ramai untuk melabur
secara kecil-kecilan. 2
3. Memacu ekonomi negara agar berkembang lebih pesat. 2
4. Pelaburan yang berisiko rendah dari kerajaan. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT
SULIT 1103/2

Penutup
1. Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan
masyarakat melabur dalam saham amanah agar menjamin
masa hadapan 2
2. Kesimpulannya, pelbagai pihak haruslah bekerjasama menggalakkan
masyarakat melabur dalam saham amanah supaya dapat melahirkan
generasi yang berjimat-cermat. 2
3. Kesimpulannya, semua pihak haruslah berusaha menggalakkan
masyarakat melabur dalam saham amanah. 1
4. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar
kesejahteraanhidup manusia sentiasa terpelihara. 0

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:

Peringkat Markah Markah Huraian


Isi Bahasa

18 – 20 9 – 10  Kesinambungan isi baik.


Baik 15 – 17 7–9  Struktur ayat / tatabahasa baik
 Kosa kata luas
 Tanda bacaan / ejaan betul

12 – 14 6–7  Kesinambungan isi


8 – 11 4–6 masih baik
Sederhana  Struktur ayat /
tatabahasa masih
memuaskan.
 Kosa kata masih
memuaskan
 Tanda bacaan /
ejaan juga
memuaskan

Lemah 1–7 1–4  Pada keseluruhannya dalam serba


kekurangan / tidak memuaskan

Nota
(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat,perkataan demi perkataan,ayat demi ayat walau


pun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0
markah.

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak
dipotong.
[Markah bahasa maksimum: 10 markah]
Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:


Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat 2
Gramatis
- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup 1
- Isi cukup tetapi ayat tidak gramatis
- Jawapan tidak tepat/salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 3
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan, ayat 0
Gramatis

3. Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat 4
Gramatis
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

- Isi tidak cukup /kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1


- Isi tidak betul /tidak relevan dengan tugasan.ayat gramatis 0

Soalan 2 (a)– Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata kemalapan ketara


- keadaan yang tidak aktif/ tidak berkembang nyata/jelas kelihatan 2
- keadaan yang kabur dapat dilihat 1
- keadaan yang malap 0

[Maksimum : 2 markah]
(ii) Rungutan-rungutan : ( isi cukup – 2 )
- penerangan yang tidak lengkap
- bimbingan yang tidak menyeluruh
- pendedahan cara menangani sesuatu risiko

[Maksimum : 3 markah]

(iii) Sebab-sebab : ( isi cukup – 3 )


- kurang mendapat maklumat berkaitan pelaburan saham amanah
- kurang pengetahuan tentang amalan pengurusan kewangan terbaik
- persepsi negatif segelintir masyarakat tentang pelaburan
- media lebih banyak menyiarkan kegagalan pelaburan jika dibandingkan
kejayaan hasil pelaburan
- tidak memiliki kewangan yang kukuh
- kos hidup yang meningkat

[*Jawapan lain yang sesuai boleh diterima] [Maksimum : 4 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017
SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU : KERTAS 2

SET 2:
(i)
 beliau baru selesai daripada kerja luar
 hari itu beliau bercadang ingin berehat di rumah.

(ii)
 mendapat maklumat yang kurang tepat berkenaan
kelebihan program PLKN
 tidak memperoleh pendedahan / maklumat yang jelas
tentang kelebihan menyertai program PLKN
 memikirkan bahawa aktiviti-aktiviti dalam program PLKN
membebankan dan memenatkan
 merasakan program PLKN membuang masa dan tidak
mendatangkan apa-apa masalah
 tidak mempunyai semangat patriotisme/ cinta akan negara
dalam jiwa Aiman.

(iii) Satu nilai kemanusiaan dalam petikan drama :


 nilai ketegasan - Contohnya, Khir Ghazali menolak permintaan
anaknya, Aiman untuk meminta bantuannya mendapat
pepengecualian daripada terlibat dalam program PLKN
dengan tegas.

Satu nilai kemanusiaan dalam keseluruhan drama:


 nilai baik hati- Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan
surat tawaran untuk menyertai program PLKN kepada Aiman
sambil menasihatinya agar menerima tawaran itu.
 nilai berfikiran positif. Contohnya; Encik Posmen menyatakan
Aiman akan mendapat banyak kemahiran dan pengalaman
daripada program PLKN
 nilai bertanggungjawab- Contohnya, Nek Sinah
bertanggungjawab menjaga makan dan minum Aiman dan
menasihati Aiman tentang situasi keluarganya.
 berfikiran rasional - Contohnya; Khir Ghazali bertindak
rasional dan berpendapat dengan menyertai PLKN, cuti
sekolah Aiman dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
Bertindak rasional dengan menolak permintaan anaknya
untuk mendapatkan pengecualian untuk menyertai PLKN.

**Terima nilai-nilai lain yang relevan dengan drama

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

SKEMA JAWAPAN

SOALAN 2 (c) Petikan Prosa Tradisional

I. Maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat.

- Tuan Sidi Arab benar-benar warak/ mulia/ hebat/ soleh/ suci 2m


- patutlah tuan Sidi Arab keramat 1m
- sungguhlah tuan hebat 1m
[maksimum: 2 markah]

II. Tindakan Tuan Sidi Arab ialah :


- Tuan Sidi Arab berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah
- Tuan Sidi Arab menghalakan panah ke benua Siam
- Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati
[maksimum: 3 markah]
[isi cukup: 2 isi]

III. kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara:


- mampu merancang strategi pertahanan
- mengemas kini sistem persenjataan
- menaik taraf sistem radar keselamatan
- menggerakkan operasi ketenteraan
- melatih anggota menggunakan kaedah teknologi moden
[maksimum: 3 markah]
[isi cukup: 2 isi]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Skema 2

Soalan 2(d) – Puisi moden Sajak Kudup Perang


i) Bermaksud tempat kejadian.
[2 markah]
ii) - Jebat memperjuangkan hak dan keadilan
- Jebat mendapat sokongan rakyat jelata
- Jebat berkorban demi sahabat
[3 markah]
iii) Dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut ialah

1. Persoalan menegakkan keadilan.

Huraian: Menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan


kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.

2. Persoalan kesetiaan terhadap negara.

Huraian : Setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara


yang didiaminya. [1+1]

3. Persoalan pengorbanan diri untuk orang lain.

Huraian : Kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan


keadilan. [1+1]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Peraturan Pemarkahan Bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Soalan 3
Markah penuh dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa tanda baca daripada
keseluruhan soalan
3. Frasa digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambahkan imbuhan, berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetap sebenarnya lebih, tolak ½ markah
bagi setiap ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat , berikan pertimbangan
sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacaan.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah.

Jawapan 3(a) – Bina Ayat

(i) olang-aling

Maksud: bergerak atau berayun ke kiri ke kanan

(ii) awan-gemawan

Maksud: pelbagai rupa awan

(iii) batu-batan

Maksud: pelbagai jenis batu

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

(iv) beli-belah

Maksud: membeli beberapa jenis barang keperluan sehari-hari

(v) calar-balar

Maksud: banyak garis yang tidak keruan, penuh dengan calar

(vi) hingar-bingar

Maksud: sangat bising, riuh-rendah

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (b) Menukar Ayat – Ayat Pasif kepada Ayat Aktif

(i) Faiz Subri menjaringkan satu gol untuk membantu Kedah


menewaskan Pahang 2-0 kelmarin.

(ii) Sepanjang 30 tahun menjadi warga pendidik, beliau telah menerima


pelbagai anugerah.

(iii) Pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap suspek


kes buli baru-baru ini.

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

(i) Ejaan: e-mel Imbuhan: berkomunikasi

(ii) Ejaan: draf Imbuhan: merasmikan

(iii) Ejaan: jaket Imbuhan: ditempah

[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3 (d) Kesalahan Kata atau Istilah dan Tatabahasa

(i) Tatabahasa: faktor-faktor lain Istilah/kata: ialah

(ii) Tatabahasa: jangan Istilah/kata: larang

(iii) Tatabahasa: akhir-akhir ini Istilah/kata: sekitar

[Maksimum : 6 markah]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Jawapan 3 (e) Peribahasa

(i) - Lain orang, lain hatinya


- Lain mangkuk, lain cawan
- Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya

(ii) - Burung terbang, dipipiskan lada

(iii) - Gunting dalam lipatan


- Musuh dalam selimut

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan Pemarkahan bagi Soalan 4

Soalan 4(a)

i. Jawaban berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 2 markah untuk setiap isi yang lengkap/jelas.
iv. Beri satu markah untuk satu isi yang kurang jelas/lengkap
v. Markah isi maksimum 4 markah
vi. Markah bahasa maksimum 3 markah
vii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
viii. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
ix. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum : 7 markah ]

Soalan 4(b)

i. Jawaban berdasarkan dua buah novel yang dipelajari


ii. Jawaban hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
iii. Beri 1 markah untuk setiap pernyataan yang lengkap.
iv. Beri 2 markah untuk setiap huraian/contoh yang lengkap/jelas.
v. Beri 1 markah untuk huraian/contoh yang kurang lengkap.
vi. Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel ).
vii. Markah bahasa maksimum 2 markah.
viii. Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Sederhana : 1 markah
ix. Jika calon menjawab dan markah isi 0 beri 1 markah untuk bahasa
x. Jika calon tidak menjawab 0 markah.

[ Maksimum : 8 markah ]

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Soalan 4(a) – Tema

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Tema novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam
menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti
persekolahan di kampung datuknya.

 Buktinya, semasa Lili berada di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah


menghubungi ibunya di Kuala Lumpur untuk mengadu mengenai masalah yang
dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya menempuh dugaan dengan semangat
yang kental.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang


mempertahankan pengamalan perubatan tradisional yang dikatakan boleh
menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun disanggah oleh golongan muda.

 Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah
jendela menghadap jalan.

 Lili tabah menghadapi karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti
persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan
cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.

 Peristiwa Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah
pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk
pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.

 Peristiwa Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri
menunjukkan ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.

Novel Songket Berbenang Emas

 Tema Novel Songket Berbenang Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang


gadis remaja menghadapi cabaran hidup.

 Dahlia tabah menghadapi karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah


menghidap tekanan perasaan.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

 Dahlia tabah menjaga adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong
dirawat di hospital akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke
hospital melawat bapanya.

 Dahlia tabah menghadapi desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak
menjual tanah yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan
tidak mampu membayar wang yang diminta oleh neneknya.

 Dahlia tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap
keluarganya kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital
Permai.

 Kecekalan Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi
mencapai kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di
pusat pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.

Soalan 4(b) – Cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi

Novel Jendela Menghadap Jalan

 Watak utama dalam novel ini ialah Lili.

 Konflik dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya
menghabiskan cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik
tersebut ialah Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung
dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia
bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala
Lumpur.

 Konflik kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran


suaminya. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan
Kak Mimah menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah
tangganya kepada pihak polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka
pengadilan.

 Konflik antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara


penyelesaian konflik tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai
cadangan kepada penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat
tentang masalah yang dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah
tersebut dipasang pada bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung
itu.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT


SULIT 1103/2

Novel Songket Berbenang Emas

 Watak utama dalam novel ini ialah Dahlia

 Konflik antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk
terhadap Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah.
Cara penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur
oleh Nek Kiah

 Konflik antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke
hospital. Cara penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan
berulang-alik dari rumah ke sekolah.

 Konflik antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil
perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya.
Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya . Cara
penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan
tabah menghadapi dugaan Tuhan.

1103/2 Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang SULIT

Anda mungkin juga menyukai