Anda di halaman 1dari 3

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS (KONFLIK WATAK UTAMA)

Berdasarkan novel yang telah saya kaji, Novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin
Ayip. Terdapat beberapa konflik yang dihadapi oleh watak utama.
Antaranya ialah konflik watak utama dengan neneknya. Contohnya, Nek Kiah sentiasa
mencemuh dan mengeluarkan kata kata yang kesat kepada Dahlia serta Nek Kiah langsung
tidak suka keluarga Dahlia kerana mereka merupakan keluarga yang miskin. Namun, konflik
itu dapat diatasi apabila Nek Kiah sakit dan dijaga oleh Dahlia serta kebaikan hati Dahlia
telah menyebabkan Nek Kiah insaf.

Selain itu, konflik antara watak utama dengan jiran. Contohnya, Dahlia sentiasa dicemuh dan
dipersalahkan oleh Aton atas kematian anaknya. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia
dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan tabah menghadapi dugaan Tuhan.

Akhir sekali, konflik dalaman watak utama. Contohnya, Dahlia menghadapi konflik dalaman
sama ada dia patut meninggalkan asrama dan menjaga adik adiknya ataupun tinggal di asrama
dan membiarkan adik adiknya begitu sahaja. Konflik ini diselesaikan apabila Dahlia membuat
keputusan untuk meninggalkan asrama demi keluarganya dan adik adiknya.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN ( KONFLIK WATAK UTAMA)

Berdasarkan novel yang telah saya kaji, Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini
MatDarin. Terdapat beberapa konflik yang dihadapi watak utama. Antaranya ialah konflik
antara watak utama dengan jiran. Contohnya, Lili terpaksa berhadapan dengan Haziq dan
Rafiq yang menculiknya. Namun, konflik itu dapat diatasi apabila rakan Lili iaitu Daniel
datang untuk menyelamatkannya.

Selain itu, konflik watak utama dengan ibunya. Contohnya, Lili tidak mahu pulang ke
kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan pelbagai aktiviti bersama rakan
rakannya. Akan tetapi ibunya berkeras mahu menghantarnya ke kampung konflik ini dapat
diselesaikan apabila Liki akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Akhir sekali, konflik watak utama dengan datuknya. Contohnya, datuk melarang Lili supaya
tidak masuk campur rumah tangga jirannya, Che Jah. Konflik ini dapat diselesailan apabila
Lili meminta bantuan daripada kak Hamimah iaitu pesakit datuknya yang bekerja di jabatan
kebajikan masyarakat. Hasil daripada bantuan kak Hamimah, masalah pergolakan rumah
tangga che Jah berjaya diselesaikan apabila anak2 nya dihantar ke pusat pemulihan dan
suaminya Seman dikenakan hukan atas kesalahan yg dilakukannya.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Novel yang telah saya kaji di tingkatan lima ialah Novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Terdapat pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan contoh kepada pembaca.

Antara peristiwa yang boleh dijadikan contoh kepada pembaca ialah peristiwa Dahlia terjun
ke dalam arus sungai yang deras untuk menyelamatkan Said ,anak Atun yang dibawa arus
deras tetapi Said tidak dapat diselamatkan kerana mati lemas .Peristiwa ini boleh dijadikan
contoh kepada pembaca kerana menunjukkan keberanian seorang gadis untuk menyelamatkan
orang lain yang ditimpa kecemasan tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapinya.

Seterusnya,peristiwa Dahlia tekun dan gigih mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi


peperiksaan STPM semasa berada di pusat pemindahan banjir setelah rumahnya dilanda
banjir besar walaupun keadaan di pusat pemindahan banjir itu sangat sesak dan
bising.Peristiwa ini boleh dijadikan contoh kepada pembaca kerana menunjukkan kegigihan
seorang pelajar untuk belajar dengan bersemangat walaupun dalam keadaan sukar dan tidak
selesa.

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan empat iaitu novel Jendela Menghadap
Jalan karya Ruhaini Matdarin.Terdapat pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan contoh
kepada pembaca.

Antara peristiwa yang boleh dijadikan contoh kepada pembaca ialah peristiwa Lili
memaafkan kesalahan Rafiq dan Haziq yang telah menculiknya dan meletaknya di sebuah
pondok usang di dalam hutan walaupun tindakan mereka itu tidak baik dan dianggap sebagai
kes jenayah.Lili juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perbuatan mereka yang
telah menculik Lili kerana Lili memahami pergolakan masalah rumah tangga yang dihadapi
oleh mereka. Peristiwa ini boleh dijadikan contoh kepada pembaca untuk sentiasa memaafkan
kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah melakukan perkara yang tidak baik
kepada kita.

Seterusnya, peristiwa Lili tetap menolong keluarga Che Jah dengan bantuan Kak Mimah
dalam menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah walaupun Datuk melarang
Lili untuk mencampur urusan rumahtangga Che Jah kerana Datuk tidak mahu Lili
menghadapi masalah yang lebih besar. Peristiwa ini boleh dijadikan contoh kepada pembaca
untuk menjadi masyarakat yang prihatin yang sentiasa membantu masyarakat lain yang
sedang menghadapi masalah atau musibah.

Peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca

Berdasarkan novel yang saya haji saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca dalam novel
ini

Antaranya ialah dua orang remaja yang terjebak dalam gejala sosial. Contohnya Haziq dan
Rafiq yang suka mencuri harta benda orang kampung dan terlibat dalam aktiviti
penyalahgunaan dadah. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi oleh pembaca kerana remaja yang
tidak mendapat kasih sayang yang cukup menyebabkan mereka lebih terjerumus dalam
aktiviti sostal yang negatif.

Selain itu, peristiwa masyarakat yang bercanggah pendapat Contohnya penduduk kampung
yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun di
masjid yang baru dibina. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi oleh pembaca kerana kita
hendaklah berfikiran terbuka menerima pendapat orang lain.

Songket Berbenang Emas (simpati)

Berdasarkan novel Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip yang telah saya kaji.
Pengarang menyatakan banyak peristiwa yang dapat mendatangkan perasaan simpati kepada
pembaca.

Antara peristiwa tersebut ialah peristiwa. Seorang abang yang berhasad dengki dengan
keluarga adiknya. Contohnya, Seman iaitu abang kepada ibu Dahlia menghasut nenek Dahlia
untuk menjual tanah yang menjadi tapak rumah keluarga Dahlia. Seman juga menfitnah
Embong iaitu bapa Dahlia menjadi punca ibunya menjadi gila Hal ini menimbulkan perasaan
simpati kerana seorang abang iaitu ahli keluarga harus menyayangi keluarganya dan
membantu mereka.

Selail itu, peristiwa seseorang yang membenci keluarganya kerana kemiskinan. Sebagai
contoh, Nenek Dahlia iaitu Nek Kiah tidak menyukai keluargo Dahlia kerana tidak merestui
perkahwinan ibu Dahlia dengan bapanya. Neneknya juga beranggapan bahawa keluarga
mereka membawa sial. Peristiwa ini menimbukan perasaan simpati kerana iba yang baik
seharusnya menyokong keputusan anaknya dan merestui perkahwinan anaknya

Anda mungkin juga menyukai