Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
1. Pakar akar kayu dan ubat tradisional.
2. Berumur 70 tahun.
3. Seorang yang penyayang menyayangi Lili dan ibunya.
4. Seorang pengamal perubatan tradisional - menjadi sumber rujukan masalah kesihatan penduduk kampung.
5. Seorang yang berpengetahuan luas dalam perubatan tradisional - berjaya menyembuhkan Letchumi daripada sakit
teruk dengan herba yang dibuat oleh datuk.
6. Seorang yang penyabar - datuk sabar dengan tuduhan orang kampung yang mengaitkannya dengan pemaju yang ingin
membeli tanah orang kampung.
7. Seorang yang rajin beribadat, solat, zikir dengan tasbih.
8. Seorang yang rajin membaca kitab
9. Seorang yang menghormati tetamu melayani tetamu yang datang ke rumahnya dengan sopan.
Danel
1. Anak kepada William.
2. Seorang yang pandai berhujah - berhujah dengan berhemah supaya datuk tidak berkecil hati.
3. Seorang yang baik hati sering membawa buah tangan setiap kali bertandang ke rumah datuk.
4. Akrab dengan datuk.
5. Seorang yang suka menulis - menulis artikel tentang buah pisang di Tenom Sabah
6. Seorang yang rajin - sering membantu nenek memasak
7. Memasak menggunakan pisang
8. Seorang yang berani - membantu menyelamatkan Lili yang diculik.
Geetha
1. Kenalan Lili dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu
2. Seorang yang bijak - siswa tahun pertama jurusan Kejuruteraan Awam Universiti Malaya
3. Anak Letchumi yang mempunyai kedai runcit dan sembuh selepas makan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk.
4. Seorang yang aktif dan meminati aktiviti lasak menyertai aktiviti mendaki gunung, merunut hutan dan eksplorasi gua
sejak bangku sekolah lagi.
5. Seorang yang peramah dan mudah mesra - menjadi akrab dengan Lili walaupun baru berkenalan.
6. Seorang yang menepati janji menepati janji dengan membawa Lili melihat matahari terbit di jeti.
7. Seorang yang rajin membantu nenek memasak di dapur.