Anda di halaman 1dari 2

Pada masa ini kerjaya sebagai penulis semakin diminati.

Kerjaya ini meliputi bidang seperti kewartawanan, novelis dan penyajak. Bidang ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang menceburinya. Sebagai contoh tokoh penulis yang berjaya di Malaysia ialah A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan Nisa Haron. Seseorang itu memerlukan pelbagai ciri positif untuk menjadi penulis yang Berjaya. Ciri pertama yang perlu ada ialah seseorang itu perlu rajin membaca. Dengan membaca, kita akan mendapat banyak pengetahuan yang berguna. Pengetahuan tentang ekonomi, masyarakat ,pertanian, sukan dan antarabangsa dapat membantu kita untuk menulis bahan yang berkualiti. Hal ini demikian, kerana membaca jambatan ilmu. Sesungguhnya, hasil penulisan yang diolah daripada bahan bacaan bermutu dapat menjadikan seseorang, penulis yang berjaya.pada masa hadapan. Selain itu, minat yang mendalam juga merupakan ciri yang perlu ada untuk menjadi penulis berjaya. Apabila kita berminat dalam sesuatu bidang maka kita akan suka melakukannya secara bersungguh-sungguh. Minat yang mendalam juga akan mendorong kita untuk terus mendalami bidang tersebut tanpa unsur paksaan. Oleh yang demikian, kita akan terus mengasah bakat sedia ada dalam menghasilkan pelbagai karya. Jelaslah bahawa minat yang mendalam penting untuk kita menjadi penulis yang berjaya. Berpengetahauan luas juga menjadi ciri penting untuk kita menjadi penulis yang berjaya. Pengetahuan dapat diperoleh dengan melakukan pemerhatian, perbincangan dan menimba pengalaman orang lain. Pengetahuan juga boleh dipelajari daripada orang yang pakar dalam bidang tertentu. Sebagai contohnya, kita boleh mengikuti kursus , seminar atau perbengkelan yang berkaitan dengan aspek penulisan. Oleh itu, kita dapat menggunakan pelbagai pengetahuan yang diperoleh untuk menjadi penulis yang berjaya. Di samping itu, seseorang itu juga haruslah memiliki sifat tabah untuk menjadi penulis yang berjaya. Perkara ini penting kerana kejayaan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Kejayaan juga memerlukan usaha yang berterusan tanpa sifat jemu dan tidak mudah berputus asa. Pelbagai dugaan dan cubaan akan ditempuh sebelum kita mencapai kejayaan. Nyatalah, bahawa jika kita ingin menjadi penulis yang berjaya, maka sifat tabah dan tidak mengenal putus asa perlu ada.

Seterusnya, motivasi diri juga amat penting untuk kita menjadi penulis berjaya. Motivasi penting untuk mendorong dan menggerakkanm kita untuk melakukan sesuatu perkara. Motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi dalaman dan motivasi luaran. Akan tetapi motivasi dalaman yang paling penting untuk mendorong kita melakukan sesuatu. Dengan motivasi yang tinggi kita akan mampu menjadi penulis yang berjaya. Kesimpulannya, pelbagai sifat dan sikap positif perlu ada dalam diri kita untuk menjadi penulis berjaya. Ciri-ciri ini dimiliki secara semula jadi atau dipelajari dari semasa ke semasa. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Oleh itu,bakat dan minat dalam bidang penulisan perlu disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadi penulis yang berjaya.

Anda mungkin juga menyukai