Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN CONTOH 4 - LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT

PATRIOTIK DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Isu tentang semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering
diperkatakan. Kemukakan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Sejak akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini amat
membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan
sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera
Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Justeru., langkah-
langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini supaya tidak
menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan


semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk
semangat patriotik sejak dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat
patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah
dari rebungnya”. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa perhimpunan dan
sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah
semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula,
amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan
negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat
patriotik dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran
tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih
kecl lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama anak-anak ketika
sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-
tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah
mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu
bapa sejak kecil.

Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara


besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat
patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan
Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk
menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan
perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang
dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-
pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan
filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum
di negara kita.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara
yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa,
agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga
akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru,
semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar
semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai